Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ping.gang] | ڤيڠݢڠ

Definisi : bahagian badan antara rusuk dgn pinggul; ~ bukit (gunung) Mn lereng bukit atau gunung (kawasan bukit antara puncak dgn kaki); bercekak (berkerak, bertolak) ~ berpegang pd pinggang dgn kedua-dua belah tangan; buah ~ ginjal, kerinjal; hutang sekeliling (selilit) ~ terlalu banyak hutang; ikat ~ = tali ~ pengikat kain atau seluar, sabuk; sakit ~ sakit pd ba­hagian pinggang; ~ ramping bagai ketiding prb ejekan kpd perempuan yg gemuk dan besar pinggangnya; (tinggal) sehelai se~ prb habis hartanya kerana kecurian atau kerugian dlm perniagaan dll; berpinggang mempunyai pinggang; tidak ~ bp terlalu gemuk; peminggang bahagian tengah-tengah pera­hu, lambung perahu; dayung ~ dayung di bahagian tengah-tengah perahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ping.gang] | ڤيڠݢڠ

Definisi : bahagian badan di antara tulang rusuk dgn pinggul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pinggang

Puisi
 

Baju hitam kancingnya tujuh,
     Berikat kain di pinggang;
Kalau tuan berhati sungguh,
     Boleh ikut kami dari belakang.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Berkain tak cukup sebelit pinggang.

Bermaksud :

Kemiskinan yang amat sangat. (Biasa juga: Berkain tiga hasta).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bahagian pinggang, pula melambangkan "nusakancana" iaitu Tanah Melayu. Adakah penggunaan tanda petik tersebut betul dan adakah perkataan awal huruf "Nusakancana" perlu dibesarkan seperti itu?Penggunaan tanda petik pada perkataan "nusakancana" adalah betul. Perkataan ini dieja dengan huruf kecil ("nusakancana") sama seperti perkataan "nusaratang".Ejaan04.03.2020
Selamat sejahtera. Apakah penjodoh bilangan bagi tali pinggang keledar? Terima kasih.Tidak semua benda diberikan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. Setiap penjodoh bilangan tidak semestinya bergantung pada bentuk fizikal tetapi mengikut konteks atau kesesuaian dalam ayat. Untuk itu, tiada penjodoh bilangan yang khusus untuk tali pinggang keledar. Walau bagaimanapun, tali pinggang keledar boleh juga disebut sebagai satu “unit” atau “sepasang tali pinggang keledar”, jika merujuk kepada dua unit tali pinggang keledar.Lain-lain31.12.2023
Apakah penjodoh bilangan bagi tali pinggang?Pihak kami mencadangkan penjodoh bilangan bagi tali pinggang ialah utas.Istilah02.08.2009
Semalam saya mendapat sakit pinggang ketika membawa sebuah meja ke bilik saya.Ayat yang diberikan tidak betul. Ayat yang betul ialah “Semalam saya mengalami sakit pinggang kerana mengangkat meja ke bilik saya”.Tatabahasa27.10.2022
tuan, Doktor ini menjalani pemindahan buah pinggang ke atas pesakit itu. adakah ayat ini betul? TQAyat yang betul ialah Doktor menjalankan pemindahan buah pinggang terhadap  pesakit itu.Tatabahasa18.01.2012
Semalam saya mendapat sakit pinggang ketika membawa sebuah meja ke bilik saya. Ayat ini betul ke?Ayat yang diberikan tidak betul. Ayat yang betul ialah “Semalam saya mengalami sakit pinggang ketika mengangkat meja ke bilik saya”.Tatabahasa27.10.2022
Padanan bagi “loin” dalam peruntukan di bawah ini ialah “pinggang”. Melalui semakan kami di PRPM pula “loin” juga ialah “loin”. Walau bagaimanapun, jika kami bercadang untuk menggunakan padanan “loin” sebagai “pinggul”, adakah ia merupakan padanan yang tepat. Suet 181. (1) Suet shall be edible fat rendered from fresh, clean, sound fatty tissues from the region of the kidney or loin or caul of bovine, ovine or caprine animal or a combination of these, that was healthy at the time of slaughter and fit for human consumption. Suet 181. (1) Suet hendaklah lemak makan yang diperoleh daripada tisu lemak yang baik, bersih dan segar daripada bahagian buah pinggang atau pinggang atau kaul binatang bovin, ovine atau caprine atau kombinasinya, yang sihat pada masa sembelihan dan sesuai untuk makanan manusiaKami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

loin - loin

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain22.06.2021
Assalamualaikum Apakah kata kerja yang sesuai bagiperbuatan membawa pedang di pinggang ?Kata kerja yang paling hampir bagi perbuatan membawa pedang di pinggang ialah menyisipkan.Tatabahasa15.06.2020
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat terdapat banyak ungkapan dan ayat contoh “hingga ke”. Antara ungkapan itu ialah “panjangnya hingga ke pinggang” (di bawah masukan blaus, hlm. 195), “dari selatan hingga ke utara” (di bawah masukan daksina, hlm. 305) dan “dari pinggang hingga ke paras lulut” (di bawah masukan samping II, hlm. 1382). Antara ayat contoh yang mengandungi “hingga ke” terdapat pada halaman 617 (di bawah masukan jejak, menjejaki), 1418 (di bawah masukan selak, menyelak) dan 1392 (di bawah masukan sara, menyara). Susunan berturutan “hingga ke” dalam ungkapan dan ayat contoh itu gramatis atau tidak?Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa. Contoh: Pegawai itu berjaga hingga pagi. Anaknya belajar hingga peringkat universiti. Berdasarkan contoh tersebut, kata sendi nama tidak berdampingan dengan kata sendi nama (ke) yang lain. Oleh itu, penggunaan hingga ke berdampingan dalam satu ayat dianggap tidak gramatis.Tatabahasa06.12.2009
Adakah ayat-ayat berikut betul dari segi tatabahasa atau tanda baca? Andainya salah, apakah jawapan yang betul? 1. Kain tersebut diikat dan dililitkan pada bahagian pinggang. Kemudian, disangkutkan ke bahu. 2. Aiman menyambut hari Deepavali di Kampung Jublee.1. Kain tersebut diikat dan dililitkan pada bahagian pinggang, kemudian disangkutkan ke bahu.
2. Aiman menyambut Hari Deepavali di Kampung Jublee.
Tatabahasa25.06.2012
1234

Kembali ke atas