narrow coastal plain | dataran pinggir laut sempit | Sains Marin | Tiada | Dataran pinggir laut sempit yang meminggiri zon pinggir laut di sesebuah kawasan. Contohnya, dataran pinggir laut yang terbesar terletak di kawasan timur Amerika Selatan, iaitu dataran pinggir laut Teluk Amerika Utara yang menganjur dari Teluk Mexico selari dengan Sungai Mississippi ke Sungai Ohio yang berjarak 800 km. |
longitudinal coast | pinggir laut longitud; tepi laut longitud; pinggir laut membujur | Geografi | Tiada | Pinggir laut yang terletak selari dengan sifat topografi dan struktur geologi kawasan. |
narrow coastal plain | dataran pinggir laut sempit | Geografi | Tiada | Dataran pinggir laut yang sempit dan berbentuk linear meminggiri zon pinggir laut sesebuah kawasan. |
dalmation coastline | garis pinggir-laut dalmatia | Geografi | Tiada | Pinggir laut yang terdiri daripada semenanjung sempit, teteluk panjang dan pulau-pulau linear akibat pinggir laut yang ditenggelamkan oleh kenaikan aras laut. |
indented coast | pinggir laut lekuk | Geografi | Tiada | Pinggir laut yang berlekuk akibat tindakan hakisan ombak terhadap susunan batuan yang berbeza kekuatan. |
drowned coast | pinggir laut tenggelam | Geologi | Tiada | Pinggir laut yang telah mengalami penurunan relatif. |
leeward coast | pinggir laut lindung angin | Geografi | Tiada | Pinggir laut yang terlindung daripada tiupan angin disebabkan wujudnya pulau di kawasan pesisirannya. |
haff coastline | pinggir laut haff | Geografi | Tiada | Lagun pinggir laut yang cetek terbentuk akibat pertumbuhan sebuah tetanjung merentasi mulut sungai atau sebuah teluk. |
indented coast | pinggir laut lekuk | Sains Marin | Tiada | Kawasan pinggir laut yang berlekuk akibat tindakan hakisan ombak terhadap susunan batuan yang berbeza kekuatan. Kawasan ini membentuk laluan air yang menghala ke arah daratan. Ciri ini membolehkannya menjadi pelabuhan semula jadi dan kedalamannya juga lebih dalam daripada biasa. |
coast land | tanah pinggir laut | Geografi | Tiada | Bahagian daratan kawasan pinggir laut. |