Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pin.ja.man] | ڤينجمن

Definisi : 1. barang dll yg dipinjam (dipin­jamkan); 2. wang yg diberikan kpd seseorang dll utk sementara dan perlu dikembalikan kemudian, hutang; ~ bercagar (Eko) pinjaman yg bercagarkan sesuatu aset (mis rumah dan tanah) sbg jaminan terhadap pelunasan pinjaman berkenaan; ~ kenderaan pinjaman wang dgn kadar faedah tertentu yg diberikan oleh insti­tusi kewangan atau majikan utk memboleh­kan seseorang (pekerja dsb) membeli kenderaan sendiri, mis kereta dan motosikal; ~ peribadi = ~ persendirian pinjaman wang tunai dgn kadar faedah tertentu yg diberikan oleh institusi kewangan dsb kpd individu yg memo­hon, dgn syarat tertentu; ~ perumahan pin­jaman wang dgn kadar faedah tertentu yg diberikan oleh majikan atau institusi kewang­an kpd seseorang (pekerja dsb) utk membeli rumah; kata ~ (Lin) perkataan yg diambil drpd bahasa asing; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pin.ja.man] | ڤينجمن

Definisi : 1 apa-apa yg dipinjam atau dipinjamkan: buku ~. 2 hutang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pinjam
Kata Terbitan : meminjamkan, pinjaman, peminjaman, peminjam,

Puisi
 

Halia ini halia tanaman,
     Tempat hiris bintang berlenguh;
Dunia ini dunia pinjaman,
     Akhirat juga tempat yang sungguh.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Bagai menyesah kain dapat.

Bermaksud :

Barang pinjaman yang dipakai dengan sekehendak hati saja. menyesah = memukul.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
UNSUR PINJAMAN DALAM BAHASA MELAYU

UNSUR PINJAMAN DALAM BAHASA MELAYU, pinjaman, penyerapan atau pengambilan unsur-unsur bahasa asing ke dalam bahasa Melayu.  Fenomena ini merupakan kelaziman yang berlaku kepada kebanyakan bahasa di dunia.  Suatu bahasa akan menjadi kaya melalui peminjaman kata-kata daripada bahasa lain.

BAHASAKonsep
SYARIKAT KEWANGAN

Syarikat kewangan ialah firma yang

meminjamkan wang kepada orang yang berjanji

untuk membayar balik pinjaman itu berserta faedah

dalam tempoh yang tertentu. Peminjam mungkin

diperlukan memberi jaminan bahawa mereka akan

membayar pinjaman itu, seperti lien bagi gaji

mereka atau milik peribadi (lihat Lien).

UMUM 
PERSATUAN PEMBANGUNAN ANTARABANGSA

Persatuan Pembangunan Antarabangsa

(International Development Association–IDA) ialah

organisasi dunia yang menyediakan pinjaman

kepada negara sedang membangun untuk projek

pembangunan. IDA ditubuhkan pada tahun 1960

untuk membantu negara sedang membangun yang

memerlukan bantuan kewangan tetapi tidak

mendapat kemudahan pinjaman wang yang

mencukupi berasaskan syarat-syarat biasa.

UMUM 
GADAI

GADAI, penyerahan sesuatu barang (tanah, rumah, barang berharga) sebagai cagaran atau sandaran untuk pinjaman wang dalam tempoh tertsntu. Gadai bermakna suatu penggantian nilai wang dengan benda dalam urusan pinjaman dalam tempoh tertentu. Jika barangan seperti tanah tidak ditebus dalam tempoh yang dipersetujui ini, barang gadaian tersebut akan menjadi hak milik pemberi pinjaman. Dalam tempoh gadaian, pemberi pinjaman berhak menggunakan barangan tersebut.

BUDAYAKonsep
JUAL JANJI

JUAL JANJI, pinjaman kewangan yang diamalkan oleh penduduk desa yang memiliki tanah.  Jual janji ini merujuk kepada peminjam yang memiliki tanah bersetuju untuk menjadikan tanah miliknya sebagai sandaran dalam pembayaran pinjaman.

BUDAYAKonsep
LIEN

Lien ialah tuntutan yang sah di sisi undang-

undang oleh seseorang terhadap harta orang lain

sebagai cagaran untuk hutang. Lien hampir sama

dengan gadai janji (pinjaman atas harta). Tetapi

tidak seperti gadai janji, lien tidak boleh diserah

hak (dipindahkan) kepada orang lain (lihat Gadai

janji; Kontrak).

UMUM 
PERPUSTAKAAN BERGERAK

Perpustakaan bergerak ialah kenderaan

bergerak seperti bas atau van yang dipenuhi rak

yang disusun dengan buku-buku atau bahan-bahan

lain. Ia digunakan sebagai perpustakaan yang

memberi pinjaman buku kepada masyarakat

tempatan. Perpustakaan awam lazimnya

menggunakan perpustakaan bergerak sebagai satu

cara untuk meluaskan perkhidmatannya.

UMUM 
SYARIKAT PEMBINAAN

Syarikat pembinaan ialah bank simpanan khas.

Fungsi utama syarikat pembinaan ialah

menggalakkan simpanan daripada orang awam, dan

meminjamkan simpanan itu kepada individu yang

hendak membeli rumah sendiri. Pinjaman ini dibuat

mengikut perjanjian undang-undang yang dikenali

sebagai gadai janji. Gadai janji biasanya dibayar balik

dalam jangka masa yang panjang selama 20 atau 25

tahun.

UMUM 
BIL PERBENDAHARAAN

Bil perbendaharaan ialah instrumen pinjaman jangka pendek kerajaan.

EKONOMI DAN PENGURUSANKonsep
PADI KUNCA

PADI KUNCA, sistem pinjaman melibatkan cara pembayaran dengan hasil padi. Sistem ini diamalkan oleh penanam padi. Pihak yang member hutang kepada petani, seperti orang tengah, tuan tanah dan orang-orang berada dalam kampung, bersedia memberi pinjaman wang berasaskan kemampuan petani membayarnya dengan hasil padi.

BUDAYASistem
12

Kembali ke atas