Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pin.tal] | ڤينتل

Definisi : pilin, terpilin (tali dll); tali ~ tali yg ter­pilin; berpintal-pintal berpilin-pilin (dawai, rambut, dll), berpiuh-piuh; memintal 1. memilin supaya jadi tali: ~ tali rami; 2. membuat benang, mengantih: perusahaan-perusahaan ~ benang dan menenun kain kapas; pemintalan 1. hal atau perbuatan memintal; 2. perkakas (tempat dll) memintal; pemintal 1. perkakas utk memintal benang atau tali, pengantihan; 2. orang yg memintal (benang, tali dll): ia ~ tali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pin.tal] | ڤينتل

Definisi : ; berpintal-pintal berpilin-pilin (bkn tali, benang, rambut dsb). memintal memusing-musingkan tali dll supaya jadi berpiuh; memilin: ~ tali rami. pemintal 1 alat yg digunakan utk memintal benang dll. 2 orang yg kerjanya memintal tali dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pintal
Kata Terbitan : berpintal-pintal, memintal,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bolehkah/adakah sesuai untuk saya menggantikan istilah cording process (dalam bahasa inggeris) dengan proses pengkodan (dalam bahasa malaysia)?Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "coding" (bukan cording) ialah pengekodan. Oleh itu, padanan bahasa Melayu untuk "coding process"  ialah proses pengekodan. Istilah "cording" terdapat dalam bidang kesenian dan istilah  bahasa Melayunya ialah trimin tali pintal yang bermaksud trimin yang diperbuat daripada pita serong bertali pintal dan digunakan sebagai butang mata lalat atau gelung butang.Istilah14.04.2014
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Dairy washdown pump 2. Wool Willowing Machine 3. Wool Roving MachineIstilah bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. Dairy Washdown Pump - Pam Cuci Bersih Tenusu
2. Wool Willowing Machine - Mesin pembersihan Bulu Biri-biri
3. Wool Roving Machine - Mesin Pintal Kasar Bulu Biri-biri
Istilah16.03.2016
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Cattle Kick Stop 2. Cow Hobble 3. Cattle Cable Spiker 4. Cattle Captive Bolt stunner 5. Cattle Humane Slaughter Equipment 6. Wool Carding Machine (Berkaitan dengan ternakan biri-biri) 7. Wool Roving Machine

Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. Cattle Kick Stop - Penahan Tendangan Lembu
2. Cow Hobble - Sengkela Lembu
3. Cattle Cable Spiker - Pepaku Kabel Lembu
4. Cattle Captive Bolt Stunner – Pemegun Bolt Kurungan Lembu
5. Cattle Humane Slaughter Equipment – Peralatan Penyembelihan Berperikemanusiaan untuk Lembu
6. Wool Carding Machine (Berkaitan dengan ternakan biri-biri) – Mesin Sisir Kasar Bulu Bebiri
7. Wool Roving Machine – Mesin Pintal Kasar Bulu Bebiri

Istilah10.03.2016

Kembali ke atas