Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pin.tar] | ڤينتر

Definisi : 1. cekap, pandai: datuk itu ~ orangnya; 2. banyak akal, cerdik, licin: orang yg kita hadapi itu lebih ~ dan lebih cergas drpd kita; 3. mahir dlm membuat sesuatu pekerjaan: tukang-tukang gambar dan pelukis-pelukis yg ~; mereka sudah ~ membuat baju sendiri; memintarkan menjadikan pintar; terpintar tercekap, terpandai; kepintaran 1. kepandaian; 2. kecerdikan; 3. kemahiran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pin.tar] | ڤينتر

Definisi : 1 banyak akal lagi cerdik; pandai; bijak: Dia memang murid yg ~. 2 mahir melakukan sesuatu pekerjaan: Dia belum berapa ~ membaca. kepintaran 1 keadaan atau sifat pintar; kecerdikan; kecerdasan. 2 hal atau sifat mahir; kemahiran: ~nya menenun kain telah menarik perhatian pelancong itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pintar
Rujuk :pandai

Peribahasa

Sudah tua daripada kakak,
     sudah cerdik daripada mamak.

Bermaksud :

Sudah merasa dirinya telah pintar. mamak = abang atau adik lelaki ibu.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ujian

PERKATAANPADANANBIDANGHURAIAN
smart drug  Ubat yang dihasilkan menggunakan teknologi reka bentuk molekul dan nanobiologi yang dapat bertindak secara berkesan di dalam tubuh, di tempat dan pada masa yang diperlukan. Contohnya, ubat penenang dan ubat terapi molekul DNA.
smart material  Bahan yang direka bentuk pada skala nano bagi melakukan fungsi tertentu, dan sifat fiziknya seperti mekanik, haba, optik dan elektromagnet dapat dikawal menerusi perubahan persekitaran. Contohnya, cermin kereta swagelap yang berada dalam keadaan jernih sepanjang masa, tetapi berubah menjadi gelap apabila disinari cahaya berkeamatan tinggi untuk melindungi pemandu daripada silauan.
electrochromic  Keadaan bagi bahan yang sifat optiknya berubah, seperti bertukar warna apabila bahan diletakkan dalam bahan elektrolit dan dikenakan medan elektrik luar. Perubahan sifat optik ini berlaku disebabkan oleh pengoksidaan atau penurunan bahan tersebut apabila disuntik dengan cas positif atau negatif. Perubahan ini dapat berbalik apabila arah medan elektrik luar disongsangkan. Kegunaan bahan elektrokromik adalah sebagai tingkap pintar. Contohnya, filem tipis tungsten dioksida, polianilina dan kromium oksida.

Kembali ke atas