Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.sang] | ڤيسڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buahnya) yg bermacam-macam jenisnya, Musa spp.; jenis-­jenisnya: ~ embun, ~ batu, ~ biji, ~ benggala, ~ emas, ~ nangka, ~ raja, ~ susu, ~ tanduk dll; ~ benang (manila) = ~ tali sj pokok pisang yg seratnya dibuat benang atau tali; anak ~ Mn panggilan atau gelaran kpd anak drpd keluarga sebelah bapa; jantung ~ bunga pisang; pucuk ~ daun pisang yg muda sekali; spt ~ rebah ki mendiamkan diri dgn tidak bergerak­-gerak atau berkata-kata; ~ sesikat sengkuap; ~ ditanam tak berjantung prb usaha yg tidak memberi hasil yg dimaksudkan; ~ masak separak prb satu keluarga yg hidup berbahagia; ~ sesikat digulai sebelanga, tanda muafakat bersama-sama prb sahabat (keluarga dll) yg hidup setia dan sentiasa bertolong-tolongan; ~ tak akan berbuah dua kali prb sekali tertipu atau kerugian tentu akan berjaga-jaga pd masa akan datang: bagai rasa batang ~ prb amat sejuk (badan); bukan budak-budak makan ~ prb seseorang yg tidak mudah ditipu atau diperdayakan; mencari ~ gala tiada butir Kl menunggu ketibaan sesuatu yg tidak munasabah; mendapat ~ terbuka (terkubak) prb mendapat keuntungan dgn tiada bersusah payah; mengenalkan diri bagai ~ lebat prb beroleh bencana kerana keangkuhan diri; menopang ~ yg tak berbuah prb mengerjakan sesuatu yg tidak memberi hasil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.sang] | ڤيسڠ

Definisi : ; ~ kaki sj tumbuhan (pokok dan buahnya berwarna jingga), kesmak, Diospyros kaki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.sang] | ڤيسڠ

Definisi : ; pucuk ~ sj ikan darat, Labeobarbus faciatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.sang] | ڤيسڠ

Definisi : berbagai-bagai jenis pokok atau buahnya (buahnya bertandan dan bersikat-sikat, Musa spp.. ~ kipas nama sj tumbuh-tumbuhan palma, Ravenala madagarcariensis. ~ manila (benang, tali) nama sj pisang yg seratnya dibuat benang atau tali, musa textilis. ~ sesikat sengkuap. ~ tanah nama sj tumbuh-tumbuhan tropika (utk hiasan dsb) yg mempunyai getah yg sangat bisa, Dieffenbachia amoena (bausei, camilla, exotica). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pisang

Puisi
 

Jangan ditebang pisang awak,
     Pisang lain banyak lagi;
Jangan ditebeng orang tak hendak,
     Orang lain berlambak lagi.


Lihat selanjutnya...(75)
Peribahasa

Pisang masak separak.

Bermaksud :

Keluarga yang senang dan berbahagia hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(32)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, bolehkah kata ganda penuh "pisang-pisang" digunakan untuk merujuk banyak pisang? Terima kasih.Lebih gramatis sekiranya menggunakan frasa "banyak pisang" berbanding pisang-pisang.Tatabahasa24.04.2013
Assalamualaikum. Merujuk kepada gambar yang dilampirkan, adakah penjodoh bilangan yang betul telah digunakan? (i) Sebatang pokok pisang. (ii) Seulas pisang. -atau- Sebiji pisang. (iii) Sesikat pisang. (iv) Setandan pisang. (v) Sebiji jantung pisang. Terima kasih.Waalaikumussalam,

Berdasarkan lampiran yang diberikan, penjodoh bilangan yang betul:

1. Sebatang pokok pisang
2. Sebiji pisang
3. Sesikat Pisang
4. Setandan pisang
5. Perlu diingat tidak semua benda perlu diberikan penjodoh bilangan, akan tetapi berdasarkan bentuk, sebiji jantung pisang yang paling hampir.
Tatabahasa15.08.2015
keliru penggunaan ayat "goreng pisang panas" dan "pisang goreng panas" contoh; kipas angin seperti "goreng pisang panas" atau kipas angin seperti "pisang goreng panas"? mengikut pemahaman, "goreng pisang panas" adalah perbuatan, manakala "pisang goreng panas" merupakan hasil/produk, terima kasihPisang goreng panas” secara makna harfiahnya ialah pisang yang telah digoreng yang masih dalam keadaan panas.  Makna lain “pisang goreng” mengikut Kamus Pelajar ialah laku, banyak dibeli orang; sudah dijual; laris: “Goreng pisang”  ialah perbuatan menjadikan pisang sebagai “pisang goreng”.Makna13.02.2014
Assalamualaikum... Nama pisang, iaitu pisang emas/Pisang Emas termasuk dalam golongan kata nama am atau kata nama khas bagi tumbuhan? Terima kasihPerkataan pisang emas ditulis dengan huruf kecil.Tatabahasa15.07.2013
Soalan 1) Pihak kontraktor hendaklah menghantar beberapa dokumen berkaitan. Diantaranya / antaranya adalah/ialah :- 2) Tuan - tuan dijemput hadir ke / dalam / untuk mesyuarat ini. 3) Lain - lain hal berkaitan / hal lain - lain berkaitan 4) Goreng pisang / pisang goreng 5) Sos tomato / tomato sos 6) Kerja - kerja penyelenggaraan / penyenggaraan mestilah dilakukan secepat yang mungkin 7) Penyenggara landasan / penyelenggara landasan Rujuk 7 soalan di atas, mana satu perkataan yang betul dan sesuai. Terima kasih.1) Pihak kontraktor hendaklah menghantar beberapa dokumen berkaitan. Diantaranya / antaranya adalah/ialah :
Pihak kontraktor hendaklah menghantar beberapa dokumen berkaitan. Antaranya ialah ...

2) Tuan - tuan dijemput hadir ke / dalam / untuk mesyuarat ini.
Tuan-tuan dijemput hadir dalam mesyuarat ini.

 3) Lain - lain hal berkaitan / hal lain - lain berkaitan 
 Hal-hal lain berkaitan

4) Goreng pisang / pisang goreng
pisang goreng

5) Sos tomato / tomato sos
Sos tomato

6) Kerja - kerja penyelenggaraan / penyenggaraan mestilah dilakukan secepat yang mungkin
Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kerana mempunyai maksud yang sama.


7) Penyenggara landasan / penyelenggara landasan
Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kerana mempunyai maksud yang sama.


Tatabahasa23.04.2013
Fatimahwati Wahid Jul 11th, 1:59am As salam...ingin bertanya lagi. Yang mana satu betul.... pisang goreng atau goreng pisang? Adakah cara penggunaanya berbeza?Pisang goreng ialah pisang yang telah digoreng,iaitu sejenis makanan dan tergolong dalam kategori kata nama, contoh lain seperti ayam goreng, mi goreng, nasi goreng. Manakala goreng pisang merupakan perbuatan menggoreng pisang, iaitu memasak pisang dengan minyak.Tatabahasa11.07.2014
Salam tuan. 1.Apakah perbezaan antara pisang goreng dan goreng pisang ?Mengikut Hukum D-M, frasa yang betul ialah pisang goreng, pisang (yang diterangkan) dan goreng (yang menerangkan).Istilah17.04.2016
Apakah perbezaan goreng pisang dan pisang goreng dari segi tatabahasa? Terima kasih.

Jawapan yang betul ialah pisang goreng (kerana yang diterangkan ialah pisang).  Contoh lain ialah nasi goreng, mi goreng dan ikan goreng.

Tatabahasa04.07.2011
Tolong sahkan perkataan Janjitemu atau temujanji untuk appoiment sila sahkan perkataan goreng pisang atau pisang gorengIstilah yang betul ialah janji temu, pisang goreng. Istilah29.07.2009
Pisang goreng atau goreng pisang ?Kata nama yang betul ialah "pisang goreng". Ejaan25.08.2023
1234567

Kembali ke atas