Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.sau] | ڤيساو

Definisi : sj besi tipis yg tajam dan berhulu utk memotong (menghiris dll); ~ belati sj pisau kecil yg tajam (digunakan oleh kelasi kapal); ~ calung sj pisau besar yg bengkok hujungnya utk menebas belukar; ~ cukur (pencukur) a) sj pisau yg tajam utk mencukur rambut; b) ki perempuan yg suka menghabiskan wang (harta) lelaki; ~ dapur pisau yg digunakan di dapur; ~ getah sj pisau yg digunakan utk menoreh getah; ~ lipat sj pisau yg matanya (bilahnya) boleh dilipat; ~ makan = ~ meja sj pisau yg digunakan utk memotong daging waktu makan; ~ raut sj pisau kecil yg tajam utk meraut rotan dll; ~ runcing sj pisau tajam yg matanya tirus ke hujung; ~ sadap sj pisau utk menyadap mayang kelapa dll; ~ wali sj pisau kecil yg tajam utk mengukir dll; berapakah tajam ~ parang, tajamlah lagi mulut manusia prb kata-kata seseorang itu lebih tajam drpd senjata; bermain ~ luka prb seseorang yg melakukan kejahatan akan me­rasakan akibatnya; spt ~ raut, bongkok orang boleh dibetulkan, bongkok sendiri tak boleh betul prb kesusahan orang dapat diselesaikan tetapi kesusahan sendiri berkehendakkan per­tolongan orang lain; tajam ~ kerana diasah prb jadi berani kerana dihasut, jadi pintar kerana diajar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.sau] | ڤيساو

Definisi : ; burung ~ raut sj burung, burung kendi, Numenius phaeopus variegatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.sau] | ڤيساو

Definisi : besi tipis yg tajam serta berhulu dan digunakan utk menghiris dll. ~ cukur a. pisau yg digunakan utk bercukur. b. ki perempuan yg suka menghabiskan harta atau wang lelaki. ~ dapur pisau yg digunakan di dapur utk menyiang sesuatu yg hendak dimasak dsb. ~ getah pisau yg digunakan utk menoreh pokok getah. ~ lipat pisau yg matanya dpt dilipat ke dlm hulunya. ~ makan (meja) pisau yg digunakan utk memotong daging dsb ketika makan. ~ raut pisau kecil utk meraut rotan dll. ~ wali pisau kecil utk mengukir dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Pisau raut ulu sekerat,
     Pakai anak panglima desa;
Dari laut naik ke darat,
     Memang nak cari senjata yang bisa.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Pisau bongkok melukakan sarungnya.

Bermaksud :

Mengkhianati orang yang melindunginya.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PISAU

Pisau alat memotong yang digunakan sebagai

perkakas makan, peralatan, atau senjata. Pisau

terdiri daripada pemegang dan mata pisau. Mata

pisau diperbuat daripada keluli dan kebanyakan

pemegang pula diperbuat daripada kayu keras

atau plastik. Bahan pemegang yang lain, termasuk

tanduk rusa dan tulang.

UMUM 
MIKROTOM

Mikrotom ialah alat yang digunakan untuk

memotong bahan menjadi sangat nipis supaya

keratan rentasnya boleh dilihat melalui mikroskop. Ia

mempunyai pemegang untuk mengepit spesimen,

pisau setajam pisau cukur, panduan untuk pisau dan

skru putar yang mengawal ketebalan hirisan. Lihat

juga Mikroskop; Mikrotomi.

UMUM 
PISAU BOWIE

Pisau Bowie ialah peralatan berburu dan

senjata yang popular di sempadan Amerika. Ia

terdiri daripada pemegang yang pendek dengan

pengadang tangan dan mata pisau yang panjang

dan lebar. Mata pisaunya melengkung hingga ke

hujungnya. Panjang mata pisau ini kira-kira 20

hingga 40 sentimeter dan lebar kira-kira empat

sentimeter hingga lima sentimeter.

UMUM 
PISAU TEMBELINGPISAU TEMBELING, alat batu seakan-akan beliung. Pisau ini dijumpai oleh I.H.N. Evans di sekitar Sungai Tembeling, iaitu di Nyong pada tahun 1930-an. Pisau ini dinamakan Pisau Tembeling sempena dengan nama tempat ia dijumpai.SEJARAH DAN ARKEOLOGIAlat/Alatan
NATRIUM

Natrium ialah unsur kimia dengan simbol Na. Ia

adalah logam berwarna putih keperakan yang

mempunyai banyak kegunaan penting. Ia adalah

logam yang lembut dan mudah dibentuk atau

dipotong dengan pisau. Natrium tergolong dalam

kumpulan unsur kimia yang dikenali sebagai logam

alkali .

UMUM 
TUAI

TUAI, alat memotong atau menuai padi. Tuai atau pengetam padi dikenal sebagai ‘anai-anai’ atau ‘renggam’ di Kedah, dan ‘ketaman’ di Pantai Timur. Alat ini diperbuat daripada kayu dan mata pisau. Ia mempunyai dua bahagian, iaitu badannya yang diperbuat daripada kayu dan bahagian mata tuai yang dipasang dengan mata pisau. Badannya berbentuk bulan sabit dan di bahagian tengahnya dilengkapkan dengan pemegang berbentuk bulat yang diperbuat daripada kayu. Alat ini diperbuat daripada kayu dan mata pisau.

BUDAYAAlat/Alatan
TEGANGAN PERMUKAAN

Tegangan permukaan ialah daya yang

menyebabkan permukaan cecair berkelakuan

dengan cara tertentu. Ia menyebabkan cecair

berkelakuan seolah-olah sebagai tipisan nipis, anjal

meliputi permukaannya. Misalnya, permukaan air

boleh menyokong jarum atau bilah pisau cukur jika

ia diletakkan di atasnya dengan teliti.

Tegangan permukaan juga menyebabkan cecair

naik dalam tiub halus apabila tiub ini dicelupkan ke

dalam cecair. Tindakan ini dikenali sebagai

kererambutan.

UMUM 
BUKIT CHUPING

BUKIT CHUPING,  tapak gua yang menghasilkan alat tulang dalam bentuk pisau yang mempunyai mata yang tajam dan licin.  Penemuan alat tulang ini mempunyai persamaan dengan jumpaan di tapak-tapak  prasejarah kebudayaan ‘Hoabinh’ yang lain di Asia Tenggara.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
MACHETE

Machete ialah parang yang besar dan berat, dan

bentuk matanya seperti bilah pedang. Ia digunakan

terutamanya di Amerika Selatan dan Hindia Barat.

Machete yang digunakan sebagai senjata

mempunyai mata yang panjang, biasanya antara 60

sentimeter hingga 90 sentimeter. Machete yang

bermata pendek digunakan untuk memotong tebu

dan menebas. Lihat juga Pisau.

UMUM 
TAHAYUL

Tahayul ialah kepercayaan tradisi bahawa sesuatu

tindakan atau peristiwa boleh mengakibatkan atau

menjadi alamat bagi sesuatu peristiwa akan datang

yang tidak berkaitan. Sebagai contohnya, mereka

yang percaya kepada tahayul akan percaya bahawa

membawa kaki arnab akan membawa tuah. Ada pula

yang percaya bahawa jika seekor kucing hitam

melintasi laluan mereka, sesuatu musibah akan

menimpa. Ada juga yang percaya bahawa tetamu

akan tiba jika pisau atau garpu terjatuh ke lantai.

Kepercayaan begini merupakan tahayul kerana

setiap kali tindakan dan peristiwa yang diramalkan

akan berlaku mengikut adat lama, dianggap

berkaitan. Umpamanya kaki arnab dikaitkan dengan

kesuburan.

UMUM 
12

Kembali ke atas