Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.ta] | ڤيتا

Definisi : jalur (kain, kertas, dll) yg panjang, reben: Datuk penghulu pun menjemput beliau utk menggunting ~ yg terentang di tengah-tengah pintu masuk ke balai; ~ cukai Id pita kertas yg bertuliskan harga dan dilekatkan pd bungkusan rokok dll, ban­derol; ~ magnet pita plastik bersalut bahan bermagnet yg digunakan utk merakam bunyi atau gambar, atau utk menyimpan maklumat; ~ mesin Id tali pesawat; ~ mesin tulis pita yg berdakwat utk mesin tulis; ~ rakam (rakaman) sj pita utk merakam (menangkap) suara dgn menggunakan rakam pita; ~ suara lipatan membran dlm peti suara, yg apabila bergetar akan menghasilkan bunyi; ~ video sj pita utk merakamkan gambar dan suara supaya dapat ditayangkan kemudian pd kaca TV dgn menggunakan perakam video; berpita mempunyai pita atau dibubuh pita: topi yg ~ merah di kelilingnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.ta] | ڤيتا

Definisi : carik atau jalur kain dll yg panjang; reben. ~ magnet pita plastik bermagnet yg digunakan utk merakamkan bunyi, gambar atau data komputer. ~ politena pita yg dibuat drpd politena dan digunakan utk mengikat sesuatu. ~ rakaman alat yg menggunakan pita utk merakamkan bunyi dan utk memperdengarkan rakaman. ~ suara bahagian bawah lipatan tisu di dlm larinks yg bergetar apabila udara keluar dr paru-paru dan menghasilkan bunyi. ~ ukur pita drpd kain, logam dll yg ditandai ukuran inci, sentimeter dsb dan digunakan utk mengukur sesuatu, terutamanya semasa membuat pakaian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pita


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pita pengukurmeasuring tapeAlat yang digunakan untuk mengukur panjang. Lihat RajahSekolah Rendah
pita detikticker-tapePita kertas yang digunakan untuk mencetak titik gerakan satu objek.Menengah Atas
cacing pitatapewormCacing yang berbentuk panjang dan pipih, berwarna putih kelabu dan hidup sebagai parasit dalam usus haiwan atau manusia. Lihat RajahMenengah Rendah
alat piawaistandard toolAlat yang telah ditentukan ukurannya mengikut ketetapan sistem piawai antarabangsa. Contohnya, pembaris atau pita pengukur digunakan untuk mengukur panjangnya sesuatu objek. Lihat RajahSekolah Rendah
jangka masa detikticker-timerPeranti elektrik yang disambungkan kepada bekalan arus ulang-alik untuk mencetak titik pada pita detik pada sela masa yang tetap iaitu 0.02 saat. Lihat RajahMenengah Atas

Kembali ke atas