Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.ta] | ڤيتا

Definisi : jalur (kain, kertas, dll) yg panjang, reben: Datuk penghulu pun menjemput beliau utk menggunting ~ yg terentang di tengah-tengah pintu masuk ke balai; ~ cukai Id pita kertas yg bertuliskan harga dan dilekatkan pd bungkusan rokok dll, ban­derol; ~ magnet pita plastik bersalut bahan bermagnet yg digunakan utk merakam bunyi atau gambar, atau utk menyimpan maklumat; ~ mesin Id tali pesawat; ~ mesin tulis pita yg berdakwat utk mesin tulis; ~ rakam (rakaman) sj pita utk merakam (menangkap) suara dgn menggunakan rakam pita; ~ suara lipatan membran dlm peti suara, yg apabila bergetar akan menghasilkan bunyi; ~ video sj pita utk merakamkan gambar dan suara supaya dapat ditayangkan kemudian pd kaca TV dgn menggunakan perakam video; berpita mempunyai pita atau dibubuh pita: topi yg ~ merah di kelilingnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.ta] | ڤيتا

Definisi : carik atau jalur kain dll yg panjang; reben. ~ magnet pita plastik bermagnet yg digunakan utk merakamkan bunyi, gambar atau data komputer. ~ politena pita yg dibuat drpd politena dan digunakan utk mengikat sesuatu. ~ rakaman alat yg menggunakan pita utk merakamkan bunyi dan utk memperdengarkan rakaman. ~ suara bahagian bawah lipatan tisu di dlm larinks yg bergetar apabila udara keluar dr paru-paru dan menghasilkan bunyi. ~ ukur pita drpd kain, logam dll yg ditandai ukuran inci, sentimeter dsb dan digunakan utk mengukur sesuatu, terutamanya semasa membuat pakaian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pita


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERAKAM PITA

Perakam pita ialah alat untuk merakamkan

bunyi, gambar dan pelbagai jenis maklumat pada

pita magnet. Ia juga boleh memainkan semula

rakaman pita. Perakam pita digunakan dengan

meluas oleh industri rakaman dan dalam siaran

radio dan televisyen. Berjuta-juta orang gemar

mendengar muzik dari perakam pita di rumah dan

dalam kereta mereka. Rakaman pita dari buku yang

dikenali sebagai buku bercakap, dibuat khas untuk

orang buta. Perakam pita juga boleh digunakan

untuk merakamkan data dari komputer,

perencanaan, bacaan dari alat saintifik dan isyarat

yang mengaktifkan kelengkapan berautomasi.

UMUM 
PERAKAM PITA VIDEO

Perakam pita video ialah peranti yang

merakamkan imej visual dan bunyi pada pita

magnet. Perakam pita video yang juga dikenali

sebagai VTR ataupun perakam video, juga

memainkan semula maklumat video (gambar) dan

audio (bunyi) yang dirakamkan pada peti

televisyen.

UMUM 
MESIN PERENCANA

Mesin perencana ialah mesin yang merakamkan

percakapan pada cakera magnet, pita atau peralatan

lain. Rakaman boleh dimainkan atau disalin semula,

dalam bentuk bertaip. Mesin perencana

menjimatkan masa kerana sesiapa boleh merencana

pada bila-bila masa tanpa menggunakan jurutaip

trengkas. Sesetengah mesin perencana adalah

ringan dan cukup kecil untuk dibawa dengan

mudah dalam perjalanan perniagaan.

Mesin perencana mempunyai sama ada mikrofon

terbina dalam atau mikrofon berasingan yang

dipasangkan kepada mesin itu. Perencana bercakap

pada mikrofon. Percakapan ini dirakamkan pada

pelbagai bahan termasuk sabuk plastik katrij, cakera

dan pita. Pita kaset paling banyak digunakan. Untuk

memainkan semula rencana, seorang jurutaip

meletakkan rakaman ini dalam alat yang dinamakan

pen transkripsi dan mendengarnya melalui fon

telinga. Sesetengah mesin perencana mempunyai

transkripsi terbina dalam. Yang lain menggunakan

unit berasingan.

UMUM 
CACING PITA UMUM 
PITA MERAH

Pita merah ialah istilah kurang baik yang

digunakan untuk menerangkan ketidakcekapan

sesuatu birokrasi yang besar sama ada, awam atau

swasta. Istilah ini berasal dari England pada tahun

1700-an.

UMUM 
PITA BRID

Pita brid atau pintalan adalah salah satu

daripada cara yang paling mudah untuk menjalin

yan atau serat-serat lain. Seseorang yang

menggunakan teknik ini membrid tiga atau lebih

serat dengan melalukan setiap satunya secara

melintang di atas dan di bawah satu atau lebih

serat lain. Kini kebanyakan brid hiasan dibuat

dengan mesin khas dan alat tambahan pada

mesin.

UMUM 
TELEPENGATUR HURUF (TPH)

Telepengatur huruf (TPH) ialah sejenis mesin

elektrik seperti mesin teletaip (lihat Mesin teletaip ). Ia

menghantar salinan tulisan mesin taip ke suatu

tempat yang jauh dan pada masa yang sama ia

menebuk lubang di pita kertas. Apabila pita ini

dimasukkan ke dalam mesin pengatur huruf, mesin

ini secara automatik akan menjadikan salinan ini

dalam bentuk yang akan digunakan untuk mencetak

akhbar.

UMUM 
MUZIK ELEKTRONIK

Muzik elektronik ialah muzik yang bunyinya

dihasilkan secara elektronik. Para penggubah

menggunakan peralatan elektronik untuk

mengeluarkan bunyi yang mempunyai

kelantangan, nada, irama dan alunan yang

dikehendaki. Mereka menyusun bunyi ke dalam

pita bermagnet atau cakera komputer untuk

menghasilkan satu gubahan muzik dan

memainkan semula muzik tersebut dengan

menggunakan perakam pita yang dilengkapkan

dengan pembesar suara.

UMUM 
SLIGO

Sligo (pend. 17 285) ialah bandar bagi kaunti Sligo

di barat Ireland. Ia merupakan bandar kedua

terbesar di wilayah Connacht. Bandar ini terletak di

sebuah dataran berhampiran Sungai Garavouge,

iaitu di antara Lough Gill dengan laut. Sligo

mempunyai sebuah lapangan terbang dan sebuah

pelabuhan yang baik.

Terdapat beberapa industri di Sligo, termasuk

perikanan, firma membuat acuan dan alat, serta

pemprosesan daging. Keluaran tempatan yang lain

termasuk jam, pembekalan hospital, penimbang,

pita video, dan pakaian wanita.

UMUM 
LEMBAGA PENAPISAN FILEM NEGARA

LEMBAGA PENAPISAN FILEM NEGARA, badan yang menapis dan meluluskan filem dan pita video.

BUDAYAInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas