Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[piu.tang] | ڤيوتڠ

Definisi : wang yg dipinjamkan kpd orang (boleh ditagih kembali); hutang ~ wang yg dipinjam drpd orang lain dan yg dipinjamkan kpd orang lain; si ~ orang yg memberikan pinjaman wang; berpiutang mempunyai wang yg dipinjam­kan kpd orang: yg berhutang membayar dan yg ~ menerima; memiutangi meminjamkan wang kpd orang; memiutangkan menjualkan barang dagangan dll dgn berhutang (pembayarannya dilakukan kemudian); pemiutang orang atau pihak yg memberikan pinjaman, pemberi pinjaman (hutang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[piu.tang] | ڤيوتڠ

Definisi : wang yg dipinjamkan kpd orang dan boleh diminta kembali. berpiutang ada wang yg dipinjamkan kpd orang lain. memiutangi memberikan pinjaman wang kpd. memiutangkan menjual barang dagangan dan harganya dijadikan piutang (tidak dibayar tunai). pemiutang orang yg memberikan piutang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata piutang