Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[piu.tang] | ڤيوتڠ

Definisi : wang yg dipinjamkan kpd orang (boleh ditagih kembali); hutang ~ wang yg dipinjam drpd orang lain dan yg dipinjamkan kpd orang lain; si ~ orang yg memberikan pinjaman wang; berpiutang mempunyai wang yg dipinjam­kan kpd orang: yg berhutang membayar dan yg ~ menerima; memiutangi meminjamkan wang kpd orang; memiutangkan menjualkan barang dagangan dll dgn berhutang (pembayarannya dilakukan kemudian); pemiutang orang atau pihak yg memberikan pinjaman, pemberi pinjaman (hutang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[piu.tang] | ڤيوتڠ

Definisi : wang yg dipinjamkan kpd orang dan boleh diminta kembali. berpiutang ada wang yg dipinjamkan kpd orang lain. memiutangi memberikan pinjaman wang kpd. memiutangkan menjual barang dagangan dan harganya dijadikan piutang (tidak dibayar tunai). pemiutang orang yg memberikan piutang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata piutang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
group creditors insuranceinsurans kumpulan pemiutanginsuransTiadaKontrak yang dikeluarkan ke atas hayat si piutang untuk membayar baki amaun yang dipinjam jika si piutang mati sebelum hutangnya dijelaskan.
creditorsi piutang; pemberi kreditEkonomiTiadaTiada
creditorsi piutang; pemberi kreditPentadbiranTiadaTiada
creditorsi piutang; pemberi kreditUndang-undangTiadaTiada
liquidator provisionalpenyelesai hutang-piutang sementaraUndang-undangTiadaTiada
approved liquidatorpenyelesai hutang-piutang yang diluluskanUndang-undangTiadaTiada
creditor administrationpentadbiran si piutangPentadbiran PerniagaanTiadaPentadbiran yang menguruskan penyelesaian akaun negara yang berhutang dengan bank yang menerima dana pindahan.
creditor bankbank si piutangPentadbiran PerniagaanTiadaBank yang menerima dana pindahan.
creditor countrypentadbiran si piutangPentadbiran PerniagaanTiadaPentadbiran yang menguruskan penyelesaian akaun negara yang berhutang dengan bank yang menerima dana pindahan.
on liquidationatas penyelesaian hutang-piutangUndang-undangTiadaTiada
12

Kembali ke atas