Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pla.sén.ta] | ڤلاسينتا

Definisi : (plasénta) (Ubat) organ yg meng­hubungkan ibu dgn janin dlm rahim (mem­bekalkan makanan, termasuk oksigen drpd ibu kpd janin dan juga mengeluarkan bahan kumuh drpd janin melalui ibu), tembuni, uri; ~ previa kedudukan plasenta yg tidak normal yg boleh mengakibatkan perdarahan yg serius. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata plasenta


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PLASENTA

Plasenta ialah organ berbentuk ceper yang

terbentuk apabila seseorang wanita itu

mengandung. Plasenta membekalkan makanan dan

oksigen kepada bayi dalam kandungan serta

menyalurkan keluar hasil sisanya. Organ ini juga

menghasilkan hormon yang menyelaras

kandungan dan menolong mengawal

perkembangan bayi.

UMUM 
TALI PUSAT

Tali pusat ialah satu struktur berupa tali yang

menghubungkan janin (bayi yang belum

dilahirkan) kepada plasenta (uri). Tali pusat

mengandungi dua arteri dan satu vena. Arteri

membawa darah yang mengandungi hasil sisa

daripada janin ke plasenta. Vena pula membawa

darah yang mengandungi oksigen dan bahan

makanan daripada darah ibu kepada janin. Apabila

bayi itu dilahirkan, doktor akan memotong tali

pusat kira-kira 5 sentimeter daripada abdomen

bayi, dengan berhati-hati.

UMUM 
PROGESTERON

Progesteron ialah hormon yang dikeluarkan

terutamanya oleh ovari dan plasenta pada haiwan

betina dalam tempoh haiwan ini boleh melahirkan

anak. Sejumlah kecil hormon ini juga dikeluarkan

oleh kelenjar adrenal pada kedua-dua haiwan jantan

dan betina, dan oleh testes pada haiwan jantan.

UMUM 
REMBESAN

Rembesan ialah bahan berguna yang dikeluarkan

oleh sesuatu sel dan kemudian dilepaskan dari sel

tersebut. Sel yang membentuk rembesan biasanya

terdapat dalam kelenjar. Rembesan dari kelenjar

eksokrin dikeluarkan ke dalam duktus (tiub) yang

menuju ke organ-organ lain atau ke permukaan

badan. Rembesan demikian termasuk air liur, air

mata, mukus, peluh, hempedu, dan jus pankreas.

Kelenjar endokrin (tanpa duktus) mengeluarkan

rembesan terus ke dalam darah. Rembesan ini, yang

dinamakan hormon, membantu mengatur banyak

proses badan. Hormon termasuk tiroksin, insulin,

adrenalin, estrogen, dan androgen. Sel khusus

dalam usus, ginjal, jantung, dan plasenta juga

merembes hormon. Tumbuhan dan haiwan

invertebrat (tanpa tulang belakang) juga

mengeluarkan rembesan, yang sesetengahnya

mempunyai nilai komersial.

UMUM 

Kembali ke atas