Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[plas.ma] | ڤلسما

Definisi : sj cecair tidak berwarna yg merupakan sebahagian drpd darah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[plas.ma] | ڤلسما

Definisi : ist cecair tidak berwarna yg merupakan sebahagian drpd darah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata plasma


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Maaf sebenarnya soalan saya adalah 'plasma total bilirubin' iaitu total bilirubin dalam plasma, adakah istilah bahasa malaysia untuk total bilirubin, total cholesterol? terima kasihUntuk makluman, istilah plasma total bilirubin, total bilirubin dan total cholesterol tidak ada dalam pangkalan data kami.  Walau bagaimanapun, dalam bidang Perubatan terdapat beberapa padanan istilah untuk total, iaitu jumlah, keseluruhan, total dan lengkap. Oleh itu, cadangan istilah untuk total bilirubin ialah jumlah bilirubin dan istilah untuk total cholesterol ialah jumlah kolesterol.Istilah19.04.2011
apakah istilah bahasa malaysia untuk digunakan bagi 'total plasma bilirubin' Terima kasihUntuk makluman, istilah total plasma bilirubin tidak ada dalam pangkalan data kami.Istilah19.04.2011
Saya merupakan pelajar yang sedang menulis tesis dalam Bahasa Melayu. Oleh itu, saya mempunyai masalah untuk menentukan istilah bahasa melayu bagi tajuk tesis saya. Kajian saya berkaitan dengan gangguan di dalam lapisan ionosfera. Gangguan tersebut disebabkan oleh ketumpatan ionosfera yang rendah berbanding persekitarannya. Dalam bahasa inggeris, ia dikenali sebagai plasma depletion. Manakala bahasa yang lazim digunakan ialah equatorial plasma bubble. Perkataan bubble dalam bahasa melayu ialah gelembung atau buih. Manakala kajian saya tertumpu kepada "plasma depletion". Berikut saya lampirkan gambar rajah simulasi equatorial plasma bubble. Terima Kasih.DBP tidak mempunyai istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "plasma depletion" dan "plasma bubble". , Kesesuaian istilah bahasa Mlayu bergantung pada konsep yang ingin disampaikan. Contohnya perkataan "depletion" mempunyai beberapa padanan seperti pengurangan, susutan, pengosongan, kehabisan dan pengikisan. Oleh itu, terpulang pada puan untuk memilih perkataan  yang sesuai dengan konteks yang ingin dikemukakan.Istilah07.03.2016

Kembali ke atas