Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[plas.tik] | ڤلستيک

Definisi : 1. sj bahan sintetik yg warnanya ber­macam-macam utk membuat pelbagai jenis alat (pinggan, sisir, alas meja dll); 2. kesenian membuat patung dll dgn mengukir atau memahat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[plas.tik] | ڤلستيک

Definisi : benda spt damar yg dibuat drpd campuran bahan kimia dan digunakan utk membuat pinggan mangkuk dll: mangkuk ~; baju hujan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata plastik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PLASTIK

Plastik ialah bahan buatan manusia yang boleh

dibentuk dalam pelbagai rupa. Plastik adalah salah

satu bahan paling berguna yang pernah dicipta.

Rumah, sekolah dan sektor perniagaan

menggunakan banyak barangan plastik. Jurutera

telah mencipta plastik yang kukuh seperti keluli

atau yang lembut seperti kapas. Mereka boleh

membuat plastik yang berwarna seperti warna

pelangi atau yang jernih dan tidak berwarna

seperti kristal. Plastik boleh menjadi bentuk yang

tegar atau bergetah dan boleh dibentuk menjadi

pelbagai objek dari bamper kereta hingga kepada

botol dan kain yang lembut. Barangan plastik,

terutama yang digunakan oleh sektor

perindustrian, biasanya boleh digunakan untuk

jangka masa yang lama.

UMUM 
POLIETILENA

Polietilena ialah polimer sintetik yang utama,

iaitu bahan penting dalam plastik. Keluaran plastik

polietilena termasuk beg plastik dan bekas untuk

susu dan minyak. Kira-kira satu per tiga daripada

keluaran polimer sintetik adalah polietilena.

UMUM 
POLIVINIL KLORIDA (PVC)

Polivinil klorida (PVC) ialah bahan plastik yang

kuat, tahan lama. Ia mudah bercampur dengan

pelincir, pengisi, dan pewarna untuk membuat

plastik yang mempunyai banyak sifat yang berbeza.

Terdapat dua jenis asas plastik PVC – tegar dan

fleksibel. Keluaran yang dibuat daripada plastik PVC

tegar termasuk botol, paip, dan bahan sisian bingkai

tingkap. Keluaran yang dibuat daripada plastik PVC

mudah dibentuk termasuk pakaian hujan, tirai

mandi, hos, dan bahan penebat elektrik.

UMUM 
PEMBEDAHAN PLASTIK UMUM 
POLIESTER

Poliester adalah mana-mana kumpulan bahan

plastik yang digunakan dengan meluas. Poliester

yang terpenting, polietilen tereftalet (PET), boleh

dipintal menjadi serat, disemperit untuk dijadikan

tapisan, atau digabungkan dengan bahan-bahan

lain dan diacu menjadi bahagian plastik. PET ialah

termoplastik – iaitu, ia menjadi lembut dan

melebur pada suhu tinggi (lihat Plastik [Jenis

plastik]).

UMUM 
POLISTIRENA

Polistirena ialah bahan plastik bak kaca, ringan

yang digunakan dalam pelbagai barang. Keluaran

yang dibuat daripada polistirena termasuklah

pembungkus makanan, penebat, barang rumah, dan

bahagian kereta.

UMUM 
KAD KREDIT

Kad kredit ialah sekeping kad plastik yang

membolehkan pemegangnya membeli barangan,

perkhidmatan, dan (kadang-kadang) mata wang

asing secara kredit

UMUM 
STIROFOAM

Stirofoam ialah nama dagang bagi satu bentuk

plastik yang dikenali sebagai busa polistirena. Ia

mengandungi berjuta-juta gelembung udara yang

halus, yang menjadikannya nipis dan pengalir haba

yang tidak baik. Stirofoam hanya menyerap air

dalam kadar yang amat sedikit, manakala bakteria

dan kulapuk tidak boleh merosakkannya.

UMUM 
GENTIAN OPTIKTiub halus boleh lentur yang diperbuat daripada kaca atau bahan lut sinar lain seperti plastik.FIZIKAlat/Alatan
KAPAS PELETUP

Kapas peletup ialah bahan letupan. Ia juga

digunakan dalam pembuatan plastik dan sampang.

UMUM 
1234

Kembali ke atas