Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : jarum penyemat, peniti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata plat I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
KESAN KEKASARAN PERMUKAAN KE ATAS LAPISAN SEMPADAN PADA PLAT RATA. SOALAN SAYA : Adakah perkataan ke atas itu perlu dijarakkan atau tidak dan ejaan "plat rata" dari perkataan inggeris " Flat plate". Terima kasih.

Ayat yang betul - Kesan kekasaran permukaan pada lapisan sempadan plat rata. Padanan flat plate dalam bahasa Melayu ialah plat rata.

Tatabahasa15.06.2009
Apakah istilah yang sesuai untuk "Signature Plate" dalam Bahasa Melayu?Kami mencadangkan "signature plate" diterjemahkan sebagai "plat pengenalan" atau "plat tandatangan". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah30.05.2022
Saya ingin mencari istilah untuk alat yang dipanggil "floor splitter plate". Alat ini digunakan untuk mengurangkan pusaran di dalam aliran pengambilan pam. Tanpa pemasangan alat ini, aliran pam akan menjadi berpusar. Saya cuba menterjemahkannya kepada "plat pemisah aliran lantai" berdasarkan terjemahan DBP untuk split = pisah, plate = plat dan floor = lantai. Saya tambahkan perkataan aliran bagi menunjukkan alat tersebut digunakan untuk memisahkan aliran air dan bukan lantai walaupun terma asal tiada perkataan flow = aliran. Apakah pandangan DBP berkenaan istilah ini? Adakah boleh diterjemahkan atau perlu digunakan terma asal di dalam Bahasa Inggeris? Saya sertakan gambarajah yang menunjukkan alat tersebut untuk membantu pemahaman. Terima kasih.Istilah bahasa Inggeris <i style="mso-bidi-font-style: normal;">floor splitter platei> boleh diberikan padanan plat pemisah aliran lantai dalam bahasa Melayu. Kami bersetuju tanpa ‘aliran’ makna istilah ini tidak akan mengelirukan kerana ‘pemisah lantai’ berbeza dengan ‘pemisah aliran lantai.'Ejaan25.02.2019
Boleh saya dapat terjemahan untuk perkataan-perkataan berikut: 1. Normalized the data 2. Microscope field 3. Armophous head 4. Quinoneimine 5. Catalyse 6. Lyophilized 7. Solid phase two-site enzyme immunoassay 8. Stop solution 9. Plat sealer 10. Plate shaker 11. Washing buffer solution 12. Enzyme Conjugates 13. Peroxidase-conjugated anti-insulin antibodies 14. 96-well microtiter plate 15. Tris base 16. Low melting agar 17. Normal melting agar 18. Gavage needle 19. Pouch and seal ziploc 20. Butylated hydroxytoluene 21. Calibrator for kit1. normalized the data - penormalan data atau menormalkan data
2. microscope field - medan mikroskop
3. amorphous head - kepala amorf
4. quinone imine - kuinon imina
5. catalyse -  istilah yang dicadangkan ialah memangkinkan (istilah yang ada ialah catalysed - termangkin, catalyst - mangkin)
6. lyophilized - istilah yang dicadangkan ialah meliofilkan atau terliofil (istilah yang ada ialah lyophil - liofil, lyophilization - liofilisasi)
7. solid phase two-site enzyme immunoassay - terjemahan yang dicadangkan ialah imunocerakin enzim dua tapak  fasa pepejal
8. stop solution - larutan henti
9. plat sealer - pemateri plat atau pengedap plat
10. plate shaker - penggoncang plat
11. washing buffer solution -  larutan penimbal basuh
12. enzyme conjugates - konjugat enzim
13. peroxidase-conjugated anti-insulin antibodies - terjemahan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah  antibodi antiinsulin berkonjugat peroksidase
14. 96-well microtiter plate - plat mikrotiter 96 telaga
15. tris base - bes tris
16. low melting agar - agar-agar lebur rendah
17. normal melting agar - agar-agar lebur normal/agar-agar lebur biasa
18. gavage needle - jarum gavaj 
19. pouch and seal ziploc - kantung dan kedap ziploc
20. butylated hydroxytoluene - hidroksitoluena dibutilkan
21. calibrator for kit - penentukur untuk kit
Istilah07.08.2012
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Depa ialah salah satu unit ukuran panjang. 2. Plat nombor keretanya hanya satu digit sahaja. 3. Penganut agama itu memuja tuhan yang esa. 4. Had umur minimum bagi pemandu kereta ialah tujuh belas tahun. 5. Encik Abu menjadi imam semasa bersembahyang. 6. Permukaan dinding itu mula kopak. 7. Adakah "juru" dan "kilo" tergolong dalam imbuhan pinjaman? Jika tidak, apakah golongan kata bagi perkataan yang terdiri daripada juru dan kilo? Terima kasih.1. Depa ialah ukuran panjang antara kedua-dua hujung tangan yang didepangkan.
2. Plat nombor keretanya hanya satu digit sahaja.
3. Penganut agama itu memuja tuhan yang esa.
4. Had umur minimum bagi pemandu kereta ialah tujuh belas tahun.
5. Encik Abu menjadi imam sembahyang zuhur.
6. Permukaan dinding itu mula terkopak.
7. Juru ialah awalan asing, manakala kilo ialah ringkasan kilogram dan kilometer dan bukan awalan asing.
Tatabahasa29.01.2013
Pertanyaan bahasa Saya telah memriksa motosikal tersebut dan mendapati (i) Nombor casisnya dibaca sebagai XXXXX yang disetem pada plat logam di bawah tempat duduk motosikal. saya tidak menemui sebarang bukti gangguan pada nombor tersebut. Huruf 'N' pada perkataan nombor sepatutnya ditulis dengan huruf besar atau huruf keciluntuk makluman, huruf "N" mesti ditulis dengan huruf besarEjaan08.07.2014
Soalan saya yang berikutnya. bagi pihak yang mentandatangan plak perasmian, sebagai contoh : Y.B Puan Elizabeth Wong Keat Ping. Pada plak / plat perasmian tersebut perlu dicetak sebagai Yang Berhormat Elizabeth Wong Keat Ping atau YB Elizabeth Wong Keat Ping atau pun Y.B Puan Elizabeth Wong Keat Ping Harap dapat membantu. Terima kasihYang Berhormat Elizabeth Wong Ket Ping dan YB Elizabeth Wong Keat Ping (singkatan) boleh digunakan.Lain-lain03.04.2017
Adakah perkataan KEPATAHAN wujud dalam kamus Dewan Bahasa dan boleh digunakan? Contoh ayat: 1. Pesakit telah didiagnosis mengalami kepatahan tulang fibula akibat insiden tersebut. 2. Panel berpendapat bahawa kepatahan tulang tersebut disebabkan oleh kesilapan pakar bedah ortopedik ketika mengendalikan plat dan skru. Rujukan dalam PRPM menunjukkan carian kata tiadadalam kamus talian. Tetapi terma ditemukan dalam Istilah Bahasa Melayu.

Kami mencadangkan “patah tulang” kerana frasa ini merupakan bentuk lazim yang digunakan dan kerap muncul dalam korpus. Walaupun “kepatahan” wujud dalam istilah, namun ia bersifat khusus untuk bidang tertentu.

 1. Pesakit telah didiagnosis mengalami “patah tulang” fibula akibat insiden tersebut.

2. Panel berpendapat bahawa “patah tulang” tersebut disebabkan oleh kesilapan pakar bedah ortopedik ketika mengendalikan plat dan skru.

Lain-lain25.08.2022
Assalamualaikum. Apakah terjemahan bahasa melayu yang sesuai untuk backsplash yang merujuk pada dinding di kawasan memasak di dapur? Terima kasih.Padanan istilah yang sesuai back splash ialah penahan percikan iaitu Plat atau panel yang diletak di belakang peralatan seperti dapur untuk menyokong dan menahan percikan ketika memasak.Istilah01.09.2020
Apakah kesalahan ejaan dan imbuhan dalam ayat berikut? 2.Penduduk di Pekan Semenyih membantah tindakan sebuah kilang haram yang terbuang sisa-sisa toksid ke dalam longkang. 3.Hidayah memakaikan selendang berwarna hijau lumut semasa menghadiri majlis perkhawinan sepupunya. 4.Kerajaan akan memperkenal plat nombor pendaftaran pintar bagi mengatasi pemalsuan nombor pendaftaran kenderaan dinegara ini. 5. Murid sekolah itu tolak menolak ketika menaikki bas ke sekolah. 6. Mereka telah memelawa kami untuk menghadiri majelis yang akan diadakan pada malam ini. 7.Penglibatan rakyat negara kita dalam membantu mangsa gempabumi di negara jiran amat mengalu-alukan oleh pihak kerajaan. 8.Para peserta krusus itu bertukar-tukarkan pandangan bagi menyiapkan tugasan untuk dibentangkan pada hari terakhir nanti.1.Penduduk di Pekan Semenyih membantah tindakan sebuah kilang haram yang membuang sisa-sisa toksik ke dalam longkang.
2. Hidayah memakai selendang berwarna hijau lumut semasa menghadiri majlis perkhawinan sepupunya.
3. Kerajaan akan memperkenalkan plat nombor pendaftaran pintar bagi mengatasi pemalsuan nombor pendaftaran kenderaan di negara ini.
4.Murid sekolah itu tolak menolak ketika menaiki bas ke sekolah.
5.Mereka telah mempelawa kami untuk menghadiri majlis yang akan diadakan pada malam ini.
6.Penglibatan rakyat negara kita dalam membantu mangsa gempa bumi di negara jiran amat dialu-alukan  oleh pihak kerajaan.
7.Para peserta kursus itu bertukar-tukar pandangan bagi menyiapkan tugasan untuk dibentangkan pada hari terakhir nanti.
Tatabahasa22.03.2013
12

Kembali ke atas