Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[plum.bum] | ڤلومبوم

Definisi : (Kim) unsur logam berwarna putih kebiru-biruan, mulur, lembut, dan digunakan sbg bahan utk membuat paip air, bateri, pateri, dll; minyak tanpa ~ = petrol tanpa ~ petrol yg kandungan plumbumnya dikurang­kan utk mengurangkan pencemaran alam sekitar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[plum.bum] | ڤلومبوم

Definisi : logam berwarna kelabu kebiru-biruan yg digunakan utk membuat paip, pancalogam dsb; timah hitam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata plumbum


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PLUMBUM

Plumbum , unsur kimia yang berat, berwarna

kelabu kebiruan, adalah satu daripada logam yang

paling lama diketahui di dunia. Simbol kimianya,

Pb, berasal daripada perkataan Latin, plumbum .

Manusia telah menggunakan plumbum ribuan

tahun dahulu sebagai bahan binaan, bahan untuk

perpaipan air dan membuat tembikar serta objek

lain. Kini, plumbum adalah penting kepada banyak

industri, terutamanya industri yang menghasilkan

bahan kimia, tenaga nuklear dan petroleum.

UMUM 
PLUMBUM TETRAETIL

Plumbum tetraetil ialah bahan yang ditambah

kepada petrol untuk memperbaik prestasi enjin.

Bahan ini dikenali sebagai bahan tambah anti-

ketukan kerana ia mengurangkan bunyi “ketukan”

atau bunyi “desing” yang dihasilkan oleh enjin.

Enjin membuat ketukan ini jika petrol dalam

silindernya mula terbakar dengan terlalu segera

atau terlalu pantas. Keadaan demikian yang

menyebabkan ketukan juga mengurangkan

kuasa enjin dan boleh merosakkan enjin.

Sedikit plumbum tetraetil dalam petrol

memperbaik keadaan ini.

UMUM 
KERACUNAN PLUMBUM UMUM 
ANTIMONI

Antimoni, unsur kimia, ialah logam yang rapuh,

berwarna putih kebiru-biruan. Ia digunakan untuk

mengeraskan dan menguatkan plumbum. Aloi

antimoni – plumbum digunakan dalam sesetengah

kabel elektrik, bateri, dan logam huruf taip dalam

percetakan. Sebatian yang mengandungi antimoni

digunakan untuk menghasilkan bahan-bahan yang

digunakan dalam peti sejuk, penyaman udara,

penyembur aerosol, cat, dan agen pengalis api.

UMUM 
KOLIK PENGECAT

Kolik pengecat yang kadangkala dikenali

sebagai kolik plumbum ialah rasa sakit yang

amat sangat di bahagian perut disebabkan

keracunan plumbum.

UMUM 
SANGA

Sanga ialah bahan bukan logam-logam yang

dikeluarkan semasa proses membuat besi

jongkong, melebur tembaga, plumbum, dan logam-

logam lain. Sanga dari relau bagas keluli

mengandungi sulfur dan silikat kalsium,

magnesium, dan aluminium. Sanga dari relau

tembaga dan relau melebur plumbum

mengandungi besi silikat, dan oksida logam lain

dalam kuantiti yang kecil. Sanga dari relau keluli

mengandungi kapur, besi oksida, dan silika.

Biasanya, bahan ini dilebur sekali lagi untuk

mendapatkan besi. Sanga kadangkala digunakan

untuk membuat simen dan jalan raya.

UMUM 
OSMIUM

Osmium ialah unsur logam keras, simbol kimianya

ialah Os. Beratnya dua kali berat plumbum, dan

mempunyai ketumpatan 22.48 gram per sentimeter

padu pada 20 ° C. Berat atomnya ialah 190.2 dan

nombor atomnya ialah 76. Smithson Tennant, ahli

kimia British, menemui osmium pada tahun 1804.

UMUM 
MILES, JOHN CAMPBELL

Miles, John Campbell (1883–1965), pencari gali

Australia yang menemukan singkapan bijih perak-plumbum

di Queensland pada tahun 1923 dan

menamakannya Mount Isa. Pada tahun 1925, Mount

Isa Mines Limited mengambil alih semua pajakan di

kawasan tersebut. Pada tahun 1942, syarikat itu

menemukan sebuah kawasan lipit kuprum yang luas

dan dalam, dan Mount Isa pun menjadi sebuah

bandar yang kaya (lihat Mount Isa). Miles lahir di

Melbourne, Victoria. Dia bekerja di ladang di barat

Victoria, New South Wales, dan Queensland

sebelum menjadi pencari gali emas pada tahun 1908.

UMUM 
KALKOSIT

Kalkosit ialah bijih penting bagi tembaga.

Formula kimianya ialah Cu2S. Kalkosit berwarna

kelabu plumbum berkilat yang bertukar menjadi

hitam apabila terdedah kepada udara.

UMUM 
SELENIUM

Selenium ialah unsur kimia separa logam. Secara

semula jadi ia paling kerap wujud berpadu dengan

logam seperti kuprum, plumbum, dan perak. Ahli

kimia Sweden, Jons Berzelius pertama kali

mengasingkan selenium pada tahun 1817. Manusia

dan haiwan-haiwan lain memerlukan sejumlah

kecil selenium dalam diet mereka. Unsur ini

membantu badan menukarkan lemak dan protein

menjadi tenaga. Makanan yang membekalkan

selenium termasuk daging dan ikan.

UMUM 
123

Kembali ke atas