Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[plum.bum] | ڤلومبوم

Definisi : (Kim) unsur logam berwarna putih kebiru-biruan, mulur, lembut, dan digunakan sbg bahan utk membuat paip air, bateri, pateri, dll; minyak tanpa ~ = petrol tanpa ~ petrol yg kandungan plumbumnya dikurang­kan utk mengurangkan pencemaran alam sekitar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[plum.bum] | ڤلومبوم

Definisi : logam berwarna kelabu kebiru-biruan yg digunakan utk membuat paip, pancalogam dsb; timah hitam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata plumbum


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
plumbumplumbumPerubatanTiadaTiada
lead-acid cellsela asid plumbumTeknikElektrikSel sekunder yang menggunakan plumbum peroksida dan plumbum mampung sebagai elektrodnya dan asid sulfat cair sebagai elektrolitnya.
lead-acid type batterybateri jenis asid plumbumKejuruteraanTiadaSel sekunder yang terdiri daripada elektrod plumbum, yang positif disaluti plumbum dioksida, yang terendam dalam larutan asid sulfurik.
desilverizationpendeargentumanKimiaTiadaPenyingkiran argentum daripada plumbum dengana mencampurkan zink kepada plumbum lebur. Zink tersebut akan bergabung dengan argentum yang terdapat pada plumbum lebur untuk membentuk sebatian yang tidak larut di dalam leburan plumbum, dan dengan itu sebatian ini mudah diasingkan.
unleaded gasolinegasolin tanpa plumbumKejuruteraan AutomotifEnjinGasolin yang tidak mengandungi plumbum tetraetil Pb(C2H5)4. Gasolin tanpa plumbum mempunyai pengkadaran oktana yang melebihi RON 87 melalui penambahan bahan, iaitu hidrokarbon aromatik seperti benzana bagi mengelakkan berlakunya letupan dan seterusnya menambah prestasi enjin. Penggunaan bahan api ini menyebabkan kadar kehausan yang lebih tinggi pada bahagian dalaman enjin era 80-an dan sebelumnya seperti dudukan injap dan pandu injap. Namun, masalah ini tidak berlaku pada enjin era 90-an dan seterusnya kerana bahagian tersebut diperkuatkan untuk mengelakkan kehausan. Sinonim petrol tanpa plumbum Banding gasolin berplumbum.
lead accumulatorakumulator plumbumKejuruteraanTiadaSel sekunder yang mengandungi elektrod plumbum, dengan yang positif diselaputi plumbum dioksida, terendam dalam larutan asid sulfurik.
cupellationpengkupelanKimiaKimia AnalisisProses mendapatkan emas dan perak dengan mengaloikannya dengan plumbum kemudian mengoksidakan plumbum yang telah lebur itu untuk memisahkan logam asas daripada logam berharga.
leadplumbumKimiaTiadaUnsur logam dalam kumpulan IVA (atau 14) jadual berkala, simbol Pb, nombor atom 82, berat atom 207.2, nombor pengoksidaan +2 dan +4, takat lebur 327.4°C, takat didih 1755°C, berbentuk pepejal kelabu, lembut, mulur, tahan kakis, pengalir elektrik yang lemah, larut sedikit di dalam air dan terdapat empat isotop yang stabil. Isotop-isotop ini merupakan hasil reputan unsur radioaktif uranium-206, torium-208 dan aktinium-207. Plumbum diperoleh daripada pemanggangan dan penurunan bijih galena (plumbum sulfida), anglesit (plumbum sulfat) dan serusit (plumbum karbonat). Unsur ini digunakan untuk membuat bateri storan, aloi pengimpal dan penyalut kabel.
sponge leadplumbum mampungTeknikElektrikPlumbum berliang yang digunakan sebagi plat dalam bateri storan asid.
lead equivalentsetara plumbumKejuruteraanTiadaKetebalan plumbum yang memberi perlindungan yang sama seperti yang diberikan oleh bahan tertentu pada keadaan penyinaran yang sama.
12345678910...

Kembali ke atas