Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[plu.to.nium] | ڤلوتونيوم

Definisi : (Kim) sj unsur logam radioaktif yg sangat beracun dan bersifat karsinogen, dan digunakan terutamanya sbg bahan bakar dlm stesen kuasa nuklear dan senjata nuklear. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[plu.to.nium] | ڤلوتونيوم

Definisi : ist unsur logam radioaktif yg sangat beracun, digunakan utk membuat senjata nuklear, dan utk penjanaan kuasa elektrik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata plutonium


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PLUTONIUM

Plutonium ialah bahan kimia yang mempunyai

simbol Pu. Ia merupakan logam radioaktif.

Hampir semua Plutonium merupakan bahan

buatan. Hanya sebahagian kecilnya sahaja yang

benar-benar asli. Nombor atom Plutonium ialah 94.

Ia akan mencair pada suhu 460 ° C dan mendidih

pada 3460 ° C. Pada suhu 20 ° C, plutonium

mempunyai kepadatan 19.86 gram padu per

sentimeter (lihat Ketumpatan )

UMUM 
SEABORG, GLENN THEODORE

Seaborg, Glenn Theodore (1912–1999), ahli

kimia Amerika Syarikat, menjadi terkenal kerana

sumbangannya dalam penemuan beberapa unsur

yang lebih berat daripada uranium. Seaborg dan

sekutunya, Edwin M. Mc Millan, berkongsi

Hadiah Nobel tahun 1951 dalam bidang kimia

kerana penemuan unsur plutonium (Pu),

amerisium (Am), kurium (Cm), berkelium (Bk), dan

kalifornium (Cf). Seaborg kemudiannya

menyumbang kepada penemuan einstenium (Es),

mendelevium (Md), dan nobelium (No). Kesemua

unsur ini adalah radioaktif dan semuanya dicipta

secara artifisial.

UMUM 
REAKTOR NUKLEAR

Reaktor nuklear ialah peranti yang

menghasilkan amat banyak tenaga daripada sedikit

bahan api. Ia kadangkala dikenali sebagai tindanan

reatom . Reaktor nuklear menjana tenaga

terutamanya dalam bentuk haba melalui proses

yang dikenali sebagai pembelahan nuklear .

Pembelahan nuklear ialah pembelahan nukleus

atom uranium atau atom plutonium.

UMUM 

Kembali ke atas