Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kep Perdana Menteri; 2. Id kep Polisi Militer. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : simbol kimia bagi prometium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kep post meridiem (selepas tengah hari). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pm


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah penggunaan istilah am ( pagi ) dan pm ( petang ) boleh digunakan dalam bahasa Melayu?Dalam bahasa Melayu perkataan am dan pm tidak diunakan, sebaliknya untuk tempoh masa 1.00 am - 11.59 am dinamakan pagi, 12.00 pm - 1.59 pm dinamakan tengah hari, 2.00 pm - 6.59 dinamakan petang, 7.00 pm - 11.59 pm dinamakan malam dan 12.00 am - 12.59 am dinamakan tengah malam.Istilah06.02.2010
kenapa PM dipanggil perdana menteri sedangkan MB dipanggil menteri besar. kenapa perdana menteri tidak dipanggil menteri perdana dan kenapa menteri besar tidak dipanggil besar menteri? menjolok mata atau mencolok mata. kenapa?

Saudara,

Dalam pembinaan frasa terdapat peraturan bahasa yang diberi nama Hukum D-M. Dalam konteks menteri besar frasa ini mematuhi peraturan atau Hukum D-M. Walau bagaimanapun, terdapat kecualian dalam hukum ini, iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan akibat kebiasaan dalam penggunaan, terutama dalam nama jawatan. Contohnya, perdana menteri, timbalan menteri, naib canselor.

Makna mencolok mata ialah membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu (Kamus Dewan, 2007:285). Kata menjolok mata pula bermakna menusuk (merodok) sesuatu dengan galah dll. Supaya gugur, menusuk ke dalam lubang dll. (Kamus Dewan, 2007:636).

Tatabahasa13.08.2010
Salam, saya ingin tahu, apakah tempoh waktu yang sesuai bagi 7.00 pm?sama ada petang atau malam? 1.00 pm pula dipanggil 1.00 tengah hari atau 1.00 petang?Bolehkah tuan/puan jelaskan tempoh had masa yang sebetul-betulnya kepada saya? Sekian, terima kasih.Penggalan waktu yang betul adalah seperti yang berikut:
12.00-1.59 tengah hari;
 2.00 - 6.59 petang;
7.00- 11.59 malam;
12.00- 12.59 tengah malam;
1.00- 11.59 pagi.
Tatabahasa02.01.2013
Apa istilah bahasa Melayu tinggi untuk "PM tepi (private message tepi)"?Kami mencadangkan padanan "mesej peribadi" untuk perkataan private message (PM). Walau bagaimanapun, padanan ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang tertentu.Istilah16.08.2023
Soalan: Salam, saya ingin tahu, apakah tempoh waktu yang sesuai bagi 7.00 pm?sama ada petang atau malam? 1.00 pm pula dipanggil 1.00 tengah hari atau 1.00 petang? Bolehkah tuan/puan jelaskan tempoh had masa yang sebetul-betulnya kepada saya? Sekian, terima kasih.

Pemenggalan masa untuk waktu malam bermula pada pukul 7.00 malam hingga 11.59 malam. Di bawah ini disertakan pemenggalan masa untuk rujukan.

1.00 a.m. hingga  11.59 a.m. (pagi)

12.00 a.m. hingga 1.59 p.m.  (tengah hari)

2.00 p.m. hingga 6.59 p.m. (petang)

7.00 p.m. hingga 11.59 p.m. (malam)

12.00 a.m. hingga 12.59 a.m. (tengah malam) 

Lain-lain01.07.2020
BERTANYA TENTANG PENGGUNAAN WAKTU PETANG DAN TENGAHARI, BILA KAH MULA DIGUNAKAN? 1 PETANG ATAU 1 TENGAHARI.Tempoh masa yang digunakan adalah seperti yang berikut : 1.00 am-11.59 am = pagi;  12.00pm-1.59 pm = tengah hari;  2.00pm - 6.59 pm = petangLain-lain01.09.2008
Saya ada memohon pengesahan pada 16/12/2014 @ 11:50 pm, tetapi sampai hari ini pun tak dapat apa apa feedback dari pihak tuan / tuan. No. pendaftaran ialah : 32033/2014 Boleh tak tolong semak status dia macam mana? Thank You.Permohonan tuan telah disemak.Lain-lain18.12.2014
KINI DI BUKA LIGHT & EASY CAFE 7.00 AM - 7.00 PM NO 9, JALAN BOLING PADANG G 13/G SEKSYEN 13, 40100 SHAH ALAM NASI LEMAK + KOPI/ TEA O LAKSA IKAN SEKOQ + CENDOL/ ABC KARIPAP CHEESE TELURUntuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.Lain-lain22.01.2015
1.perkataan luar biasa harus dieja rapat atau jauh? 2.adakah ayat- ayat di bawah betiul dari segi ejaan, imbuhan? -sambut baik nyanyi Negaraku di pawagam - Karim dinasihat berdialog dengan bekas pemimpin dahulu. - PM seru pegang 4 asas utama perpaduan1. Ejaan yang betul ialah luar biasa. 
2. Frasa yang betul ialah "...menyambut baik nyanyian Negaraku di pawagam" dan "Karim dinasihatkan oleh ... berdialog dengan bekas pemimpin dahulu" dan "PM menyeru rakyat memegang 4 asas utama perpaduan".
Tatabahasa24.04.2014
Salam Saya masih belum menerima jawapan daripada tuan: Tarikh dan Masa Pertanyaan : 17/01/2023 01:25:43 PM Terima kasih.Mohon maaf atas kelewatan memberikan maklum balas. DBP telah memberikan maklum balas berkaitan dengan pertanyaan saudara pada hari ini. Mohon saudara menyemak e-mel. Sekali lagi, mohon maaf atas kelewatan.Lain-lain29.01.2023
123

Kembali ke atas