Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pnéu.mo.nia] | ڤنيومونيا

Definisi : (pnéumonia) (penyakit) radang paru-paru yg menyebabkan kesukaran bernafas kerana sebahagian drpd paru-paru berisi cecair. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pneumonia


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pneumonia(pnéumonia) (penyakit) radang paru-paru yg menyebabkan kesukaran bernafas kerana sebahagian drpd paru-paru berisi cecair.Kamus Dewan Edisi Keempat
penisilin(pénisilin) antibiotik yg digunakan utk mengubati pneumonia, gonorea, dan in­feksi-infeksi lain yg disebabkan oleh bakteria.Kamus Dewan Edisi Keempat
radang paru-parusakit bengkak pd paru-paru, pneumonia;Kamus Dewan Edisi Keempat
radang paru-parusj penyakit bengkak paru-paru, pneumonia.Kamus Dewan Edisi Keempat
streptokokus(stréptokokus) (Ubat) bakteria drpd genus Streptococcus yg boleh menyebabkan jangkitan dan penyakit, mis sakit tekak, demam merah dan pneumonia.Kamus Dewan Edisi Keempat
radang1. panas badan, gerah, meriang, palak; naik ~ marah sungguh, panas hati, geram; 2. (Ubat) keadaan sesuatu bahagian badan atau organ menjadi bengkak, merah, panas, gatal dan sakit akibat jangkitan atau kecederaan: ~ paru-paru; ~ lidah penyakit bengkak-bengkak pd lidah (kerana kekurangan vitamin B2); ~ paru-paru sakit bengkak pd paru-paru, pneumonia; ~ tenggorok bengkak pd tenggorok, bronkitis; sakit ~ penyakit yg disebabkan oleh bengkak; meradang 1. radang: badannya ~; 2. naik radang, marah sungguh, panas hati: banyak orang yg ~ dan marah-marah apabila menerima surat dr pejabat kerajaan yg ditulis dlm bahasa Inggeris; meradangkan marah kpd, panas hati kpd: apa yg kauradangkan? keradangan 1. perihal radang, kemarahan: dlm pertemuannya nanti, dia akan dapat me­le­paskan kegeraman dan ~nya; 2. (Ubat) (keadaan) radang: jangkitan kuman pd salur-an pernafasan mengakibatkan ~ dan ke-bengkakan di saluran telinga tengah; kemeradangan perihal meradang; peradangan berkaitan dgn, menyebabkan jadi, atau cenderung menimbulkan radang (bkn penyakit): hepatitis adalah penyakit ~ di bahagian hati; peradang orang yg lekas panas hati (lekas marah): dia memang ~ benar orangnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
paru-paruorgan pernafasan vertebrat yg berfungsi dlm pertukaran udara utk mem­bekalkan darah dgn oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida dr darah; ~ besi sarung logam kedap udara yg dipasang di sekeliling badan, kecuali kepala, utk mem­bantu pernafasan seseorang secara mekanikal; penyakit ~ penyakit batuk kering, penyakit TB; radang ~ sj penyakit bengkak paru-paru, pneumonia.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas