Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata podcast


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai untuk "Podcast"? Menurut kamus Microsoft, "Podcast" juga boleh digunakan. Sekiranya salah, sila perbetulkan. Mohon pendapat DBP. Terima kasih.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah Podcast ialah  'fail media digital'.Penyemakan dan penterjemahan03.03.2015
Hi, apakah podcast dalam bahasa Melayu? Podkas?'Podcast' bermaksud 'fail media digital'.Istilah11.08.2007
Apakah. Aksud podcast di dalam bahasa melayuPadanan bahasa Melayu bagi istilah podcast ialah audio siar. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah03.10.2023
Apakah penterjemahan bagi perkataan "podcast" yang digunakan dalam domain IT / Internet?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah Podcast ialah  fail media digital.Penyemakan dan penterjemahan17.11.2017
Salam sejahtera, baru-baru ini DBP ada menganjurkan Canai Bahasa, sebagai saranan sahaja, bolehkah DBP anjurkan audio siar (podcast) yang khusus berkaitan dengan bahasa?Salam sejahtera tuan,

Terlebih dahulu, sayan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tuan, kerana menyokong program-program anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.

Cadangan tuan berhubung dengan penganjuran audio siar (podcast) berkaitan dengan bahasa, telah dipanjangkan kepada bahagian Promosi dan Pengiktirafan, DBP untuk makluman dan tindakan selanjutnya.

Terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama.
Lain-lain30.11.2019
Saya melihat satu podcast di internet mengatakan satu pepatah melayu yang belum saya pernah dengar , bolehkan saya meminta untuk membuat semakan adakah terkandung secara rasmi dalam persuratan melayu atau hanya satu perkataan biasa sahaja " Tunduk sebelum Melangkah , Senyum sebelum Menengking , Menganga sebelum Bermadah" kalau menyanyi asli iramanya saya ingin memastikan ini adalah suatu pantaun ataupun sejenis rangkap apa
"Tunduk sebelum melangkah, senyum sebelum menengking, menganga sebelum bermadah" ialah ungkapan baharu yang dicipta atau dalam erti kata lain bukan peribahasa (pepatah) yang sedia ada.
Sastera21.02.2024

Kembali ke atas