vegetative barrier | penghalang vegetatif | Pertanian | Agroteknologi | Kawasan yang ditanam dengan pokok-pokok termasuk pokok renek atau rumput-rumput tinggi, bertujuan untuk mengurangkan tempiasan daripada semburan racun kimia ke kawasan tanaman. Kawasan ini akan menapis semburan racun yang melalui pokok-pokok atau rumput tersebut. Walau bagaimanapun, kawasan penghalang vegetatif ini tidak boleh dijadikan sebagai pengganti amalan pertanian baik (GAP). Hal ini bermakna, sekiranya cuaca terlalu berangin misalnya, maka semburan racun tidak digalakkan walaupun ada penghalang vegetatif. |
hazard trees | pokok berbahaya | Pertanian | Agroteknologi | Pokok-pokok yang mempunyai risiko menyebabkan kerosakan kepada harta benda atau mencederakan manusia kerana mempunyai beberapa ciri yang berbahaya. Contohnya, pokok besar yang ditanam di tepi jalan yang dahannya mudah patah atau pokok yang akarnya tidak kuat dan mudah tumbang apabila ditiup angin kencang. Suatu masa dahulu, pokok angsana banyak ditanam di Kuala Lumpur tetapi kini tidak lagi ditanam kerana sifatnya yang mudah tumbang dan mempunyai dahan yang rapuh. Contoh lain ialah pokok pompom yang juga berbahaya kerana buahnya mempunyai racun. Selain itu, pokok-pokok yang diserang penyakit dan perosak juga dianggap sebagai pokok berbahaya kerana dahannya mudah patah dan boleh merosakkan harta benda. |
planting shelter belt | menanam pokok pelindung | Geografi | Tiada | Menanam pokok sejalur untuk melindungi pokok-pokok tanaman jualan daripada kesan tiupan angin kencang. |
cryoplankton | krioplankton | Geologi | Tiada | Pokok-pokok dan organisma mikro yang terdapat di kawasan-kawasan yang sentiasa dilitupi ais dan salji. |
branching | pencabangan | Pertanian | Agronomi | Proses pengeluaran cabang daripada batang utama pokok. Pokok jenis dikotiledon biasanya akan mula mengeluarkan cabang apabila sampai ke satu peringkat tumbesaran. Contohnya, pokok durian akan bercabang setelah enam bulan disemai. |
deciduous woodland | hutan kayu daun luruh | Geografi | Tiada | Hutan pokok kayu yang terdiri daripada pokok-pokok yang meluruhkan daun pada musim luruh. |
economic plants | tumbuhan ekonomi | Geografi | Tiada | Pokok-pokok yang mempunyai nilai komersil. |
reforestation | penghutanan semula | Geografi | Tiada | Penanaman semula pokok-pokok yang telah ditebang, sama ada semula jadi atau buatan manusia. |
refforestation | penghutanan semula | Geografi | Tiada | Penanaman semula pokok-pokok yang telah digondol atau ditebang, sama ada semula jadi atau buatan manusia. |
reforestation | penghutanan semula | Perhutanan | Tiada | Penanaman semula pokok-pokok yang telah ditebang, sama ada semula jadi atau buatan manusia. |