Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1 segala jenis tumbuh-tumbuhan: ~ pisang; ~ keladi; ~ beringin. 2 bahagian tumbuh-tumbuhan dr pangkal hingga ke pucuk: Jika akarnya dikerat, ~ tentu mati. 3 ki sesuatu yg terpenting atau yg terutama; sesuatu yg menjadi asas: Dlm hal ini, ~nya, kita perlu bekerja keras. 4 modal dlm sesuatu perniagaan: Jika tiap-tiap bulan termakan ~, bila kedai akan maju? ~ angin awan yg bergumpal-gumpal di kaki langit alamat ribut akan turun. ~ hujan mendung yg tebal menandakan hari akan hujan. ~ jalar (rayap) pokok yg menjalar di permukaan tanah (pd tunggul kayu dsb) spt keledek, tembikai. ~ kata, = kata ~ kata dasar yg belum diberi imbuhan. ~ pagar pokok yg ditanam berbaris spt pagar. ~ pangkal hal-hal atau sebab yg terpenting. ~ panjat (lilit) jenis tumbuh-tumbuhan yg hidupnya berpaut pd pokok atau pd benda lain. ~ pembicaraan (cerita) perkara yg dibicarakan (diceritakan). ~ penanti pokok yg menerima tunas baka pokok lain yg sama jenis dgnnya dlm proses cantuman. ~ renek jenis pokok kecil yg batangnya berteras. ~ tirus jenis pokok malar hijau yg mengeluarkan kon, spt pain, fir. berpokok berasas (pd); berdasar (pd). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pokok (kata nama)
Bersinonim dengan pohon, tumbuhan, tumbuh-tumbuhan, semak, samun, flora;,
Kata Terbitan : berpokok,

Puisi
 

Pokok rumbia pokok dedap,
     Manakan sampai si pokok jambu;
Sedangkan lebai lagikan tersilap,
     Inikan pula kurang ilmu.


Lihat selanjutnya...(126)
Peribahasa

Dilihat galas berlaba,
     dihitung pokok termakan.

Bermaksud :

Lahirnya saja untung, tetapi yang sebenarnya rugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Dibilang genap, dipapar ganjil).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Pokok-pokok MalaysiaAbdul Kadir YunusDewan Pelajar1 January 1982
Pokok-Pokok Hutan BakauE. SoepadmoDewan Pelajar1 March 1978
Pokok-PokokLoh Hwai SinDewan Pelajar1 December 1975
Pokok-PokokGaneshDewan Pelajar1 November 1975
Pokok-pokok ceramah untuk Fakultas Sastra UI, 25-8-1975Mohamad, GoenawannHorison1 September 1975
Tentang kemerdekaan kreatif: pokok-pokok ceramah Goenawan Mohamad, 3Oktober 1977, teater Arena TIMMoehamad, GoenawanHorison1 September 1977
Pokok Getah Pokok DurianA. Ghani AbdullahDewan Sastera1 September 2004
Pokok Fir dengan Pokok SemaluNg Gim SiongDewan Pelajar1 August 1978
Pokok Hiasan dan Pokok HutanAgus SalimDewan Sastera1 July 2005
Pokok PakuE. SoepadmoDewan Pelajar1 June 1979
12345678

Kembali ke atas