Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1 segala jenis tumbuh-tumbuhan: ~ pisang; ~ keladi; ~ beringin. 2 bahagian tumbuh-tumbuhan dr pangkal hingga ke pucuk: Jika akarnya dikerat, ~ tentu mati. 3 ki sesuatu yg terpenting atau yg terutama; sesuatu yg menjadi asas: Dlm hal ini, ~nya, kita perlu bekerja keras. 4 modal dlm sesuatu perniagaan: Jika tiap-tiap bulan termakan ~, bila kedai akan maju? ~ angin awan yg bergumpal-gumpal di kaki langit alamat ribut akan turun. ~ hujan mendung yg tebal menandakan hari akan hujan. ~ jalar (rayap) pokok yg menjalar di permukaan tanah (pd tunggul kayu dsb) spt keledek, tembikai. ~ kata, = kata ~ kata dasar yg belum diberi imbuhan. ~ pagar pokok yg ditanam berbaris spt pagar. ~ pangkal hal-hal atau sebab yg terpenting. ~ panjat (lilit) jenis tumbuh-tumbuhan yg hidupnya berpaut pd pokok atau pd benda lain. ~ pembicaraan (cerita) perkara yg dibicarakan (diceritakan). ~ penanti pokok yg menerima tunas baka pokok lain yg sama jenis dgnnya dlm proses cantuman. ~ renek jenis pokok kecil yg batangnya berteras. ~ tirus jenis pokok malar hijau yg mengeluarkan kon, spt pain, fir. berpokok berasas (pd); berdasar (pd). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pokok (kata nama)
Bersinonim dengan pohon, tumbuhan, tumbuh-tumbuhan, semak, samun, flora;,
Kata Terbitan : berpokok,

Puisi
 

Pokok rumbia pokok dedap,
     Manakan sampai si pokok jambu;
Sedangkan lebai lagikan tersilap,
     Inikan pula kurang ilmu.


Lihat selanjutnya...(126)
Peribahasa

Dilihat galas berlaba,
     dihitung pokok termakan.

Bermaksud :

Lahirnya saja untung, tetapi yang sebenarnya rugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Dibilang genap, dipapar ganjil).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
vegetative barrierpenghalang vegetatifPertanianAgroteknologiKawasan yang ditanam dengan pokok-pokok termasuk pokok renek atau rumput-rumput tinggi, bertujuan untuk mengurangkan tempiasan daripada semburan racun kimia ke kawasan tanaman. Kawasan ini akan menapis semburan racun yang melalui pokok-pokok atau rumput tersebut. Walau bagaimanapun, kawasan penghalang vegetatif ini tidak boleh dijadikan sebagai pengganti amalan pertanian baik (GAP). Hal ini bermakna, sekiranya cuaca terlalu berangin misalnya, maka semburan racun tidak digalakkan walaupun ada penghalang vegetatif.
hazard treespokok berbahayaPertanianAgroteknologiPokok-pokok yang mempunyai risiko menyebabkan kerosakan kepada harta benda atau mencederakan manusia kerana mempunyai beberapa ciri yang berbahaya. Contohnya, pokok besar yang ditanam di tepi jalan yang dahannya mudah patah atau pokok yang akarnya tidak kuat dan mudah tumbang apabila ditiup angin kencang. Suatu masa dahulu, pokok angsana banyak ditanam di Kuala Lumpur tetapi kini tidak lagi ditanam kerana sifatnya yang mudah tumbang dan mempunyai dahan yang rapuh. Contoh lain ialah pokok pompom yang juga berbahaya kerana buahnya mempunyai racun. Selain itu, pokok-pokok yang diserang penyakit dan perosak juga dianggap sebagai pokok berbahaya kerana dahannya mudah patah dan boleh merosakkan harta benda.
planting shelter beltmenanam pokok pelindungGeografiTiadaMenanam pokok sejalur untuk melindungi pokok-pokok tanaman jualan daripada kesan tiupan angin kencang.
cryoplanktonkrioplanktonGeologiTiadaPokok-pokok dan organisma mikro yang terdapat di kawasan-kawasan yang sentiasa dilitupi ais dan salji.
branchingpencabanganPertanianAgronomi

Proses pengeluaran cabang daripada batang utama pokok. Pokok jenis dikotiledon biasanya akan mula mengeluarkan cabang apabila sampai ke satu peringkat tumbesaran. Contohnya, pokok durian akan bercabang setelah enam bulan disemai. 

deciduous woodlandhutan kayu daun luruhGeografiTiadaHutan pokok kayu yang terdiri daripada pokok-pokok yang meluruhkan daun pada musim luruh.
economic plantstumbuhan ekonomiGeografiTiadaPokok-pokok yang mempunyai nilai komersil.
reforestationpenghutanan semulaGeografiTiadaPenanaman semula pokok-pokok yang telah ditebang, sama ada semula jadi atau buatan manusia.
refforestationpenghutanan semulaGeografiTiadaPenanaman semula pokok-pokok yang telah digondol atau ditebang, sama ada semula jadi atau buatan manusia.
reforestationpenghutanan semulaPerhutananTiadaPenanaman semula pokok-pokok yang telah ditebang, sama ada semula jadi atau buatan manusia.
12345678910...

Kembali ke atas