Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pertanyaan 1 1) Pokok bunga itu _____________ oleh tukang kebun itu supaya kemas. a) ditebang b) dicantas c) ditetak d) dipangkas Pertanyaan: adakah soalan di atas mempunyai lebih daripada satu jawapan berdasarkan kepada konteks soalan? mohon pencerahan. Isikan tempat kosong dalam petikan dengan perkataan sesuai. "Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah sentiasa menunjukkan rasa sayang __________ negara. Kita juga mesti mempertahankan keamanan dan kedaulatan Malaysia supaya dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang." Pertanyaan: adakah sendi nama "kepada" jawapan yg betul dan adakah "terhadap" mempunyai makna yang sama dalam konteks ini. Bolehkah kedua-dua jawapan (kepada/terhadap) diterima?1) Pokok bunga itu dicantas/dipangkas oleh tukang kebun itu supaya kemas. Cantas dan pangkas bermaksud dipotong hujungnya supaya cantik.

2) "Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah sentiasa menunjukkan rasa sayang akan negara. Kita juga mesti mempertahankan keamanan dan kedaulatan Malaysia supaya dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang." Pernyataan bersifat emotif dan didahului oleh kata adjektif, lazimnya menggunakan kata sendi nama akan. Walau bagaimanapun, boleh juga menggunakan kata sendi nama kepada atau terhadap dalam konteks ayat tersebut.

Tatabahasa18.06.2015
Adakah penggunaan kata yang BERHURUF BESAR betul dalam konteks ayat ini? 1) BARISAN pokok-pokok pinang itu memisahkan tanah Pak Ali dengan Pak Seman. (barisan bermaksud "jamak"?) 2) Sikap penjaja yang menyorok barangan menyebabkan KURANG dalam pasaran. (sepatutnya kekurangan?)1) BARISAN pokok-pokok pinang itu memisahkan tanah Pak Ali dengan Pak Seman. Barisan bermaksud deretan dan boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. 

2) Sikap penjaja yang menyorok barangan menyebabkan kekurangan bekalan dalam pasaran.
Tatabahasa02.08.2013
Saya sedang membuat lapuran untuk pejabat saya mengenai penanaman pokok-pokok di dusun. Yang mana adalah betul? (1) Kerekot daun atau Daun kerekot. (2) Layu pokok atau Pokok layu. Terima kasih.Mengikut Hukum D-M, yang betul ialah daun kerekot dan pokok layu. Tatabahasa21.07.2008
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Ancient Cedar Avenue"? 1) Pokok Sedar Sangat Tua 2) Pokok Sedar Kuno 3) Pokok Sedar Purba 4) Lain-lain (sila nyatakan cadangan anda). Mohon bantuan pihak DBP. Terima kasih.Jawapannya ialah Pokok Sedar Sangat Tua, rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat bawah carian entri “ancient”.Istilah12.03.2014
Adakah 'pohon' merupakan perkataan penjodoh bilangan? 1) Sebatang pokok rambutan atau sepohon pokok rambutan? 2) Apakah perbezaan di antara sebatang pokok dan sepohon pokok?

Pohon penjodoh bilangan untuk dahan pokok kayu.  Contohnya: sepohon (kayu) ara.  Sebatang penjodoh bilangan untuk pokok. Contoh: Dia bersandar pada sebatang pokok.

Tatabahasa13.05.2011
Gabungkaan kedua-dua ayat tunggal. A)Datuk menanam pokok terung. B)Datuk menanam pokok tomato.(dan) JAWAPAN:1.Datuk menanam pokok terung dan tomato. JAWAPAN2:Datuk menanam pokok terung dan (pokok) tomato. Jawapan yang mana satu betul?Jawapan yang betul ialah "Datuk menanam pokok terung dan pokok tomato."Tatabahasa09.11.2014
Dia menanam pokok bunga itu untuk menceriakan kawasan rumahnya. Ayat pasif ialah 1) Pokok bunga itu ditanam olehnya untuk menceriakan kawasan rumahnya. Atau 2) Poko bunga itu dia tanam untuk menceriakan kawasan rumahnya. Terima kasih.

Ayat aktif:  Dia menanam pokok bunga itu untuk menceriakan kawasan rumahnya.

Ayat pasif: Pokok bunga itu ditanamnya untuk menceriakan kawasan rumahnya.
Tatabahasa26.11.2014
Yang manakah antara ayat yang berikut betul? 1. Pokok itu boleh mencapai ketinggian sehingga 30 m. 2. Pokok itu boleh mencapai ketinggian hingga 30 m.Ayat yang betul ialah nombor 2: Pokok itu boleh mencapai ketinggian hingga 30 m.Tatabahasa10.08.2016
1. Pokok yang berbunga di batangnya. Nama lain bagi pokok lidah katak. 2. Sejenis buah yang rasanya manis tetapi berkulit seperti kalbu dan berwarna perang terang bila masak.Kami tidak dapat memberikan jawapan kepada soalan yang berbentuk teka silang kata atau teka teki. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau hubungi Jabatan Pertanian, UPM atau FRIM  untuk rujukan lanjut.     Lain-lain03.07.2008
Salam, 1. Bunyi yang (kuat) itu telah mengganggu ketenteraman jiran tetangga. 2. Bunyi yang (bising) itu telah mengganggu ketenteraman jiran tetangga. Soalan : Adakah (kuat) dan (bising) betul digunakan dalam ayat no.1 dan ayat no.2 ? 3. (Pokok-pokok) di kampung itu musnah kerana dipukul ribut kencang. Soalan : Adakah (pokok-pokok) betul/boleh digunakan dalam ayat no.3 ? 4. Maksud (tanda mata) ialah (a) hadiah (b) pemberian percuma atau ada jawapan lain yang lebih sesuai ? Sekian, terima kasih.1. Perkataan bising yang sesuai untuk ayat tersebut.
2. Pokok tidak sesuai digunakan untuk ayat tersebut, sebaliknya rumah atau bangunan lebih sesuai.
3. Tanda mata ialah hadiah untuk kenangan atau barang pemberian untuk peringatan.
Tatabahasa05.03.2012
12345678910...

Kembali ke atas