Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
POKOK TULIP

Pokok tulip juga dinamakan poplar kuning

dan poplar tulip , ialah pokok daun lebar yang

tertinggi di timur Amerika Syarikat. Di hutan, ia

boleh tumbuh setinggi melebihi 60 meter, dan

batangnya mungkin setebal 1.5 meter hingga 3

meter di bahagian pangkal. Ia tumbuh dari

selatan New England hingga ke Florida dan ke

arah barat hingga ke selatan Missouri dan

Louisiana.

UMUM 
RESIN

Resin ialah salah satu kelas bahan semula jadi

yang digunakan untuk membuat varnis, ubat-ubatan,

sabun, cat dan kegunaan lain. Penggunaan

resin semula jadi sebahagian besarnya telah

digantikan dengan resin sintetik (lihat Resin,

Sintetik ). Resin semula jadi boleh dibahagikan

kepada tiga kumpulan utama: (1) resin yang

mengalir dari pokok apabila pokok itu dilukakan

atau dipotong; (2) resin yang diekstrak dari kayu

dengan menggunakan pelarut; dan (3) resin fosil

yang dijumpai terpelihara bersama dengan

tinggalan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Sejenis

serangga skel yang dijumpai pada pokok acacia

juga mengeluarkan resin, dikenali sebagai lak .

UMUM 
SIALANG

SIALANG (Koompassia excelsa (Becc.) Taub. daripada famili Leguminosae), sejenis pokok hutan yang besar dan antara yang tertinggi di Malaysia.  Nama lain bagi pokok ini ialah tualang.  Pokok ini boleh mencapai ketinggian sehingga melebihi 85 m.  Batangnya berukuran antara 1 m hingga 2.5 m diameter, berbanir tinggi dan berwarna kelabu kekuningan, berdahan banyak sehingga membentuk dom dan kadang-kadang terdapat subsilara yang juga berbentuk dom.  Daun pokok ini berwarna hijau dan biasanya luruh setahun sekali.  Pokok ini mempunyai getah yang berbisa yang boleh menyebabkan kulit gatal-gatal dan bengkak-bengkak.  Pokok ini juga amat keras kayunya tetapi dahannya rapuh dan kadang-kadang sekah dengan sendiri.

BUDAYAFlora dan Fauna
SENDUDUK

SENDUDUK (Malastoma malabathricum daripada famili Melastomataceae), pokok renek, setinggi 1 m hingga 2 m dan sering ditemui di sekitar tanah terbiar atau di pinggir hutan sekunder. Daunnya berbentuk lanseolat, dua urat daun memanjang  kiri kanan urat tengah, kesat dan berwarna hijau muda. Bunga pokok senduduk berjambak di hujung ranting dan berwarna merah sama.  Isi buah pokok ini berwarna kebiruan dan mengandungi biji-biji yang halus.

BUDAYAFlora dan Fauna
KELUANG

Keluang ialah sejenis kelawar besar. Ia hidup di

kebanyakan kawasan tropika kecuali Amerika

Selatan. Ia biasa terdapat terutamanya di kawasan

Pasifik Selatan. Kepala dan badannya kira-kira 30

sentimeter panjangnya, dan bukaan sayapnya

mungkin melebihi 1.5 meter. Mukanya kelihatan

seperti muka rubah. Keluang memakan buah, dan

lebih sesuai dikenali sebagai kelawar buah. Ia juga

memakan kudup bunga, nektar, dan debunga. Pada

waktu siang, ia bergayut pada pokok, biasanya

bersama kelawar buah yang lain. Ini menjadikan

pokok kelihatan seolah-olah sarat dengan buah.

Keluang boleh bergerak jauh untuk mendapatkan

makanan. Ia boleh memusnahkan dusun buah-buahan.

UMUM 
SUMBER ASLI

Sumber asli ialah hasil dan ciri bumi yang

membolehkannya menyokong kehidupan dan

memenuhi keperluan manusia. Tanah dan air adalah

sumber asli. Begitu juga dengan hasil biologi di atas

tanah dan di dalam air, seperti bunga, pokok,

burung, binatang liar, dan ikan. Sumber galian

termasuk minyak, batu arang, logam, batu, dan

pasir. Sumber asli yang lain termasuklah udara,

cahaya matahari, dan iklim. Sumber asli digunakan

untuk membuat (1) makanan; (2) bahan api; dan

(3) bahan mentah untuk menghasilkan barangan

siap.

UMUM 
PERTANDINGAN LOMPAT KUDA

Pertandingan lompat kuda ialah

pertandingan sukan menunggang kuda. Dalam

acara pertandingan lompat kuda, penunggang

bertanding dengan menunggang kuda atau kuda

padi dan melompat melepasi pelbagai halangan

yang disediakan khas. Halangan yang lazim

termasuk pintu pagar, pagar, palang selari, dan

tembok tiruan. Sesetengah padang pertandingan

lompat kuda memasukkan halangan yang tetap

seperti tebing, pagar pokok yang kekal, dan

lompatan air. Dua atau lebih halangan yang

diletakkan kurang daripada 12 meter jaraknya

dikenali sebagai kombinasi. Halangan mempunyai

ketinggian (sehingga lebih kurang 1.7 meter) atau

kelebaran (sehingga lebih kurang 2.2 meter,

melainkan lompat air, yang mungkin sepanjang

4.25 meter). Halangan seperti oxer (kombinasi

pagar pokok dan selusur) atau palang tiga

serangkai mempunyai ketinggian dan kelebaran.

Padang yang tipikal mempunyai 10 atau 12

halangan, tetapi padang bagi acara antarabangsa

mungkin mempunyai lebih halangan.

UMUM 
SAINS HAYATSains Hayat‚  ilmu yang mengkaji hidupan secara saintifik dari yang bersel tunggal seperti ameba‚ paramesium (haiwan)‚ rumpair‚ kulat dan bakteria (tumbuhan) hingga kepada hidupan peringkat tinggi seperti vertebrata‚ mamalia dan pokok. 1">Ahli-ahli yang membuat kajiaBIOLOGIDisiplin Ilmu

Kembali ke atas