Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pokok (kata nama)
Bersinonim dengan pohon, tumbuhan, tumbuh-tumbuhan, semak, samun, flora;,
Kata Terbitan : berpokok,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"melahirkan pelajar cemerlang hendaknya."adakah ayat ini betul dan sesuai digunakan untuk pantun?Ayat tersebut bukanlah satu ayat yang lengkap, tidak ada subjek yang menjadi pokok perbincangan dalam ayat. Jika hendak digunakan dalam pantun perlu ada kesinambungan dengan baris yang menjadi pasangannya (pembayang atau maksud).Tatabahasa15.05.2013
Selamat pagi, En. Sulaiman, Saya ingin tanya, macam mana nak bezakan penggunaan perkataan 'hal' dan 'perkara'? Betulkah ayat ini, 'Ada perkara yang runsingkan awak?' Jawapan daripada En. Sulaiman didahului dengan ucapan terima kasih. Terima kasih. Be LanDalam Kamus Dewan Edisi Keempat, antara maksud "hal" ialah 1. keadaan, kejadian, peristiwa 2. masalah, perkara, soal, urusan 3. perkara. "Perkara" pula bermaksud 1. sesuatu yg harus diselesaikan, pokok perbincangan (pertelingkahan dll), fasal, hal  2. kejadian, peristiwa 3. hal yg menghendaki keputusan, mahkamah, dll (perbuatan jenayah, perselisihan, dll), kes, sengketa.  Berdasarkan maksud yang telah diberikan, kedua-dua perkataan ini boleh digunakan dan boleh membawa maksud yang sama.Makna10.01.2014
Adakah rangkai kata "dikupas dan dibugar" dalam ayat "Langkah tersebut akan dikupas dan dibugar dengan lebih terperinci lagi dalam perbincangan seterusnya" betul penggunaannya?
Perkataan dibugar tidak sesuai digunakan kerana perkataan tersebut bermaksud sangat sihat; kebugaran 1. hal subur (tentang tumbuhan): benih itu lebih besar dan akan tumbuh sebagai pokok-pokok yang rendah dan penuh ~; 2. hal sihat dan segar (tentang tubuh manusia). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Lain-lain01.02.2018
saya nak bertanya istilah atau maksud isu dengan lebih jelas.Salam,

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, isu ialah perkara pokok, persoalan.Bersinonim dengan persoalan, masalah, perkara, hal, pokok, perbincangan, tajuk perbualan, topik.,
Tatabahasa20.09.2012

Kembali ke atas