Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.lé.mik] | ڤوليميک

Definisi : (polémik) perbahasan (perdebatan, perbantahan) dgn rencana atau tulisan dlm surat khabar (majalah dll): wujudkan ~ yg sihat mengenai keilmuan ataupun isu semasa; berpolemik berbahas atau berbantah dlm surat khabar (majalah dll): memupuk semangat ~ di kalangan cerdik pandai; mempolemikkan membahaskan sesuatu pen­dapat (isu) dsb dlm bentuk polemik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.lé.mik] | ڤوليميک

Definisi : /polémik/ perbahasan yg dilakukan dlm surat khabar atau dlm majalah mengenai sesuatu perkara. berpolemik berbahas dlm surat khabar atau dlm majalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
polemik (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan perbahasan, perdebatan, perang pena, perbincangan, dialog, perbicaraan, pertanyaan, persoalan, kemusykilan, masalah, isu, dilema;,
Kata Terbitan : berpolemik,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah betul penggunaan perkataan 'polemik' di dalam ayat di bawah? Kemasukan produk kraf dari negara luar seperti produk songket dan sebagainya sehingga mencetuskan polemik semasa, yang sedikit sebanyak menimbulkan rasa kebimbangan terutama di kalangan usahawan dan pengeluar kraf tempatan.

Mengikut Kamus Dewan, polemik ialah perbahasan (perdebatan, perbantahan), maka penggunaan kata polemik dalam ayat yang puan kemukakan betul. Namun ayat puan boleh dibetulkan seperti berikut:

Kemasukan produk kraf seperti produk songket dan sebagainya dari negara luar mencetuskan polemik semasa yang sedikit sebanyak menimbulkan rasa kebimbangan terutama dalam kalangan usahawan dan pengeluar kraf tempatan.

Tatabahasa26.11.2014
Saya ingin menggunakan perkataan polemik dalam ayat saya. Contohnya: Sastera Islam banyak dipolemikkan begitu juga sastera Melayu Moden. Polemik yang paling bererti ialah mengenai pentokohan pelopornya setelah sekian lama kesusasteraan moden menerima Abdullah Munshi sebagai pelopornya.Kami mencadangkan perkataan polemic dalam konteks yang tersebut ditukar kepada pengisahan "...pengisahan yang paling bererti...".Tatabahasa02.12.2015
saya nak tahu tentang perkataan polemik?? apa kah yg dimaksud kn erti kata tersebut..Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan perkataan polemik merupakan sesuatu perbahasan (perdebatan, perbantahan) dengan rencana atau tulisan dalam surat khabar (majalah dll).Makna19.03.2009
Polemik Tabung Bantuan (TBP) berlaku lima tahun lalu setelah negara kita ( )dengan berita yang menyayat hati, iaitu seorang kanak-kanak, Intan Syafiqah Mohamad Fauzi yang berusia tiga tahun meninggal dunia kerana menghidap bengkak hati sebelum sempat menjalani pembedahan. pilihan A tergempar pilihanB kegemparan pilihan C digemparkan pilihanD mempergemparkan mana satu yang betul Kata "dengan" dalam ayat ini ialah kata apa?kata nama?
Polemik Tabung Bantuan (TBP) berlaku lima tahun lalu setelah negara kita digemparkan dengan berita yang menyayat hati, iaitu seorang kanak-kanak, Intan Syafiqah Mohamad Fauzi yang berusia tiga tahun meninggal dunia kerana menghidap bengkak hati sebelum sempat menjalani pembedahan. Kata dengan ialah kata sendi nama.
Tatabahasa31.10.2021
Saya berminat menganalisa novel Cakra Waruga karya Pak Arena Wati untuk Extended Essay. Topik yang saya ingin bincangkan ialah berkenaan tentang kritikan dan masalah yang dihadapi oleh golongan intelek. Apa perkataan yang saya boleh gunakan untuk menggabungkan kedua-dua ini. Saya bercadang untuk menggunakan perkataan "polemik", adakah ia relevan?

Perkataan polemik lazimnya digunakan bagi tujuan yang melibatkan kegiatan pertukaran, perbantahan atau perdebatan antara dua pihak yang berbeza pandangan mengenai sesuatu isu/masalah.  Jika  saudara melakukan penghujahan dengan menggunakan teknik/kaedah sedemikian dalam esei saudara,  maka saudara bolehlah menggunakan perkataan tersebut bagi tujuan penghujahan subjek yang ingin saudara ajukan.

 Adakah soalan saudara itu juga bertujuan untuk mendapatkan judul esei yang sesuai?  Jika demikian saya mencadangkan judul esei saudara ialah " Analisis kritis permasalahan golongan cendekia dalam Cakra Waruga"atau "Polemik permasalahan golongan cendekiawan dalam Cakra Waruga" dengan memasukkan hujahan sokongan dan sanggahan. 

Salam takzim.

Lain-lain03.08.2010
adakah simpulan bahasa ' Menara Gading' masih digunakan utk merujuk universiti? atau tdk boleh digunaksn slps disamaettikan dgn maksud 'tetek perempuan'?Polemik dalam media tentang makna "menara gading" sebenarnya hanyalah merujuk istilah Melayu lama yang digunakan dalam penceritaan pada zaman Hikayat Hang Tuah. Walau bagaimanapun, kini istilah itu tidak sesuai digunakan kerana menara gading sinonim dengan universiti.Tatabahasa24.04.2015

Kembali ke atas