Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.li.gon] | ڤوليݢون

Definisi : (Mat) bidang atau rajah yg bersudut lebih drpd empat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.li.gon] | ڤوليݢون

Definisi : bidang atau rajah yg bersegi lebih drpd empat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata poligon


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimanakah hendak membezakan penjuru dan tepi?Untuk membezakan kata penjuru dan kata tepi, anda perlu tahu makna yang terkandung dalam kata tersebut. Sila fahami takrif kedua-dua kata ini seperti yang terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) di bawah:

penjuru 1 kata nama
1 tempat bertemunya dua garisan, sisi atau permukaan; sudut.
Contoh penggunaan:
Dia mengambil talam yang terletak di penjuru meja.
Kertas itu dicampakkannya ke dalam bakul sampah yang terletak di penjuru bilik.

2
tempat yang paling hujung dan terpencil di sesebuah kampung, negeri dan sebagainya; ceruk.
Contoh penggunaan:
Bangunan pencakar langit dan hutan batu memenuhi setiap penjuru bandar raya.

3
bahasa kiasan
ruang dalam fikiran, hati dan sebagainya:
Contoh penggunaan:
Kemelut yang berlegar-legar di penjuru fikirannya membuatkan dia gelisah.
Kata-kata itu tertancap terus ke penjuru hatinya.

tepi kata nama
1 bahagian bidang, permukaan dan sebagainya yang di luar sekali.
Contoh penggunaan:
Bahagian tepi kain dikemas dan dikelepet bertindih.
Salutkan permukaan dan tepi kek dengan krim mentega.

2
bahagian yang terletak di kiri atau di kanan seseorang atau sesuatu:
Contoh penggunaan:
Hanya bunyi kiut gerakan dayung dan tamparan ombak memukul tepi perahu.

3 tempat atau kawasan berhampiran dengan dinding, sawah, air laut dan lain-lain.
Contoh penggunaan:
Ramai juga yang membuat khemah dan unggun api di tepi pantai.
Mereka berehat melepaskan lelah di tepi sawah.

4 sempadan di antara satu dengan yang lain:
Contoh penggunaan:
tepi hutan; tepi kota; tepi langit;

5 sesuatu yang dipasang pada pinggir baju, kain dan lain-lain supaya tidak retas:
Contoh penggunaan:
Tiba-­tiba kakinya tersadung tepi permaidani.
tepi langsir;

6 Matematik garisan yang menyambungkan satu poligon atau yang menemukan dua muka dalam pepejal tiga dimensi, misalnya kuboid mempunyai 12 tepi dan piramid bertapak sisi empat mempunyai 8 tepi.

Setiap kata mempunyai makna yang tertentu mengikut konteks dan penggunaannya.

Untuk carian pantas berkaitan kata dalam bahasa Melayu, sila layari prpm.dbp.gov.my.

Makna19.09.2023

Kembali ke atas