Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.li.gon] | ڤوليݢون

Definisi : (Mat) bidang atau rajah yg bersudut lebih drpd empat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.li.gon] | ڤوليݢون

Definisi : bidang atau rajah yg bersegi lebih drpd empat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata poligon


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
POLIGON

Poligon ialah rajah satah yang disempadani oleh

segmen garis yang dikenali sebagai sisi . Jumlah

panjang semua sisi pula ialah perimeter . Sudut

yang terbentuk oleh sisi adalah sudut poligon,

manakala titik pertemuan semua sisinya ialah

verteks poligon tersebut. Poligon yang mempunyai

tiga sisi dikenali sebagai segi tiga; empat sisi, segi

empat; lima sisi, pentagon; enam sisi, heksagon;

tujuh sisi, heptagon; lapan sisi, oktagon;

sembilan sisi dikenali sebagai nonagon; sepuluh

sisi, dekagon; sebelas sisi, hendekagon; dan dua

belas sisi, dodekagon.

UMUM 
POLIHEDRON

Polihedron ialah sesebuah bentuk padu yang

disempadani oleh empat atau lebih permukaan

rata yang dikenali sebagai sisi . Setiap sisi

polihedron adalah satu poligon. Bahagian tepi

poligon ini membentuk sempadan polihedron.

Titik pertemuan kesemua sempadan ini dikenali

sebagai bucu atau verteks . Contoh polihedron

termasuklah kiub dan piramid.

UMUM 
OKTAGON

Oktagon ialah rajah satah bersisi lapan. Ia

merupakan sejenis poligon. Bahagian sisi

oktagon bertemu di titik yang dikenali

sebagai puncak membentuk lapan sudut dalam.

Jumlah sudut dalam sesuatu oktagon sentiasa

membentuk 1080 ° C. Sejenis oktagon yang dikenali

sebagai oktagon sekata mempunyai sisi dan sudut

yang sama. Luas oktagon sekata bersamaan separuh

hasil perimeter dan apothem , jarak dari tengah-tengah

poligon sekata hingga titik tengah salah satu sisinya.

UMUM 
SEGI TIGA

Segi tiga dalam geometri satah ialah rajah

tertutup yang mempunyai tiga sisi. Sisinya

bertemu pada tiga titik yang dinamakan bucu ,

dan setiap bucu membentuk sudut dengan dua

daripada sisinya. Jumlah tiga sudut segi tiga ialah

180º. Segi tiga ialah sejenis poligon (lihat Poligon ).

UMUM 
SISI EMPAT

Sisi empat ialah rajah yang mempunyai empat

sisi lurus, iaitu poligon empat sisi. Sisi empat

yang sisi berlawanan adalah selari dikenali segi

empat selari. Sisi dan sudut berlawanan dalam

segi empat selari adalah sama. Jika kesemua

sudut dalam segi empat selari adalah bersudut

tepat, ia dikenali segi empat tepat. Kalau kesemua

empat sisi adalah sama, ia dikenali rombus. Segi

empat selari yang mempunyai empat sisi sama

dan empat sudut tepat dikenali segi empat sama.

Keluasan L satu segi empat selari dengan tapak d

dan ketinggian t dikira dengan formula L = dt.

Ketinggian ialah garis tegak antara dasar dan sisi

berlawanan dengannya.

UMUM 
PRISMA

Prisma ialah sebuah bungkah padu yang

mempunyai dua tapak selari yang dicantumkan oleh

tiga atau lebih permukaan sisi (lateral). Tapak ini

merupakan poligon yang mempunyai saiz dan

bentuk yang sama. Permukaan-permukaan sisinya

bersegi dan selari.

UMUM 
PIRAMID

Piramid dalam geometri, ialah bongkah dengan

muka sisi berbentuk tiga segi yang bertemu pada

satu titik atau punca sepunya. Tapak piramid

dikenali sebagai poligon , iaitu permukaan datar

yang disempadani oleh tiga atau lebih sisi. Jumlah

muka mana-mana piramid bergantung pada

jumlah segi di atas tapak. Titik terjauh dari tapak –

tempat semua muka bertemu – dikenali sebagai

puncak piramid.

UMUM 
OKTAHEDRON

Oktahedron ialah sebarang rajah pepejal dengan

lapan muka. Ia adalah sejenis polihedron (rajah

pepejal dengan pelbagai muka). Muka oktahedron

tidak semestinya berbentuk sama. Sesetengahnya

mungkin segitiga dan terdapat jenis poligon yang lain.

Pelbagai jenis oktahedron yang dikenali sebagai

oktahedron sekata ialah polihedron cembung

dengan kelapan-lapan mukanya bersamaan pada

sebarang segitiga sama sisi.

UMUM 

Kembali ke atas