Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Polis akan menangkap kamu (kalau) Kamu melakukan kejahitan a) Polis akan menangkap kamu kalau melakukan kejahitan b) Polis akan menangkap kamu kalau kamu melakukan kejahitan. Jawapan a) atau b) yang betulJawapan yang betul ialah b) Polis akan menangkap kamu kalau kamu melakukan kejahatanTatabahasa27.04.2012
Yang manakah betul? 1. Polis berjaya menemui barang-barang penyeludupan. 2. Polis berjaya menemukan barang-barang penyeludupan.Ayat yang betul ialah Polis berjaya menemukan barang-barang penyeludupan.Tatabahasa29.01.2016
Adakah ayat berikt betul? 1) Bapa Mei Ling polis. 2) Bapa Mei Ling ialah polis. 3) Bapa Mei Ling ialah seorang polis. 4) Bapa Mei Ling adalah seorang polis.

1) Bapa Mei Ling polis. - Betul

2) Bapa Mei Ling ialah polis. - Betul

3) Bapa Mei Ling ialah seorang polis. - Betul

4) Bapa Mei Ling adalah seorang polis. - Salah. Sepatutnya 'ialah'.

Tatabahasa13.11.2009
1)Pasukan polis berkawad. Pasukan bomba berkawad.(dan) A)Pasukan polis dan pasukan bomba berkawad. B)Pasukan polis dan bomba berkawad. Jawapan yang mana satu betul?Ayat yang betul ialah "Pasukan polis dan bomba berkawad."Ejaan04.07.2013
1. Boleh beri saya Terjemahan yang sesuai untuk: a) Braiding Machine 2. Dalam Kamus DPB, Bond didefinisikan sebagai bp Polis, apabila Tesaurus dirujuk, bp polis bersamaan dengan dua konteks, pangkat atau bidang polis i.e polis tentera, polis trafik. Jadi Apa terjemahan sesuai utk Bond Dealer?Terjemahan perkataan dalam bahasa Melayu yang sesuai ialah:
a) Braiding Machine. Terjemahan yang dicadangkan ialah Mesin Pita Brid. Ia tertakluk pada konsep pembuatan.
b) Bond Dealer. Adakah tuan maksudkan perkataan bond dalam bidang kewangan? Jika ya, terjemahannya ialah Wakil Penjual Bon. 
Istilah19.08.2021
Ini merupakan soalan PT3.Apakah kesalahan tatabahasa dalam ayat tersebut? 1.Polis sudah mengetahuiakan rahsia kumpulan kongsi gelap itu. 2.Buku itu dia karang mengambil masa 10 tahun.1. Pilihan kata terbitan yang betul ialah mengetahui - Polis sudah mengetahui rahsia kumpulan kongsi gelap itu.
2. Binaan ayat pasif kata ganti nama diri ketiga yang betul ialah - Buku itu dikarang oleh dia dalam masa 10 tahun.
Walau bagaimanapun sila rujuk pihak sekolah untuk mendapatkan skema jawapan yang betul.
Tatabahasa19.06.2018
Aspek makna akhiran -kan & -i Adakah ayat-ayat berikut gramatis? 1. Polis menemui kereta yang ditinggalkan penjenayah. 2. Polis menemukan kereta yang ditinggalkan penjenayah. Atas khidmat nasihat yang diberikan, didahului ucapan sesamudera terima kasih.Dalam Kamus Dewan, menemui sama makna dengan menemukan iaitu berjumpa dengan apa yang dicari. Oleh itu, ayat 1 dan ayat 2 adalah betul.Tatabahasa02.03.2009
Tuan, Adakah ayat-ayat dibawah betul? 1) Tugas polis trafik ialah mengawal lalu lintas. 2) Tugas polis trafik adalah untuk mengawal lalu lintas. 3) Pak Abu menjual barangannya dengan menjaja makanan. 4) Pak Abu menjual barangannya dengan harga yang murah. Terima kasih.Ayat yang betul ialah: 

 2)Tugas polis trafik adalah untuk mengawal lalu lintas.

4) Pak Abu menjual barangannya dengan harga yang murah.
Tatabahasa20.03.2012
Mohon pencerahan berikut: 1. "Penolong Pengarah Kanan" atau "Penolong Kanan Pengarah"? 2. "Pegawai Polis Kanan" atau "Pegawai Kanan Polis"?1. Yang pertama ialah binaan frasa nama yang tertakluk pada hukum D-M, iaitu yang diterangkan (Penolong Pengarah) dan yang menerangkan (Kanan). Maka, pembentukan frasa nama yang betul ialah Penolong Pengarah Kanan.

2. Yang kedua ialah pegawai kanan polis. Yang diterangkan ialah (pegawai) dan yang menerangkan ialah (kanan). Maka, frasa namanya ialah pegawai kanan polis, iaitu pegawai kanan dalam bidang kepolisan.
Tatabahasa16.12.2023
Soalan cerakinkan ayat Pihak polis mengadakan operasi untuk membanteras kegiatan jenayah. Ayat 1: pihak polis mengadakan operasi. Ayat 2: operasi ini membanteras kegiatan jenayah. Soalan saya: betulkah jawaban ayat 2. Terima kasih
Jawapan ayat 2 betul. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan ayat yang lebih tepat seperti yang berikut:

Ayat 1: Pihak polis mengadakan operasi.
Ayat 2: Operasi ini adalah untuk membanteras kegiatan jenayah.
Tatabahasa18.05.2023
12345678

Kembali ke atas