Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
politik (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan siasah, kenegaraan, kerajaan, pemerintahan, pentadbiran negara.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SALVADOR

Salvador (pend. 1 496 276; pend. kaw. met.

1 772 018) juga dinamakan Bahia, ialah bandar raya

ketiga terbesar di Brazil. Hanya São Paulo dan Rio

de Janeiro mempunyai lebih ramai penduduk.

Salvador menjadi ibu negeri Bahia dan juga

merupakan pelabuhan Atlantik yang sibuk. Ia

terletak di Teluk Todos os Santos. Untuk lokasi,

lihat Brazil (peta politik).

UMUM 
PUNE

Pune (pend. 1 203 351), dahulunya dikenali

sebagai Poona , ialah sebuah bandar di bahagian

barat India. Pune merupakan pusat pendidikan,

ketenteraan, dan politik yang penting. Pune terletak

kira-kira 190 kilometer ke tenggara Bombay, di

negeri Maharashtra. Untuk lokasinya, lihat India

(peta politik).

UMUM 
SAMARA

Samara (pend. 1 250 000) ialah pusat pembuatan

yang utama di Rusia dan pelabuhan Sungai Volga

(lihat Rusia [peta politik]). Sebuah telaga minyak yang

besar dan ladang gandum yang subur terletak

berhampiran Samara. Loji kuasa hidroelektrik

Samara meliputi sebuah empangan di Sungai Volga.

Keluaran pembuatannya termasuk kapal terbang,

makanan dan lokomotif. Samara ditukar namanya

kepada Kuybyshev pada tahun 1935, apabila Rusia

menjadi sebuah republik dalam Kesatuan Soviet. Ia

dinamakan semula sebagai Samara pada tahun 1991,

tidak lama sebelum Republik Soviet menjadi negara

merdeka.

UMUM 
RECIFE

Recife (pend. 1 184 215; pend. kaw. met. 2 348 362)

terletak di timur laut Brazil, dan ibu negeri

Pernambuco

Recife (pend. 1 184 215; pend. kaw. met. 2 348 362)

terletak di timur laut Brazil, dan ibu negeri

Pernambuco. Recife terletak di muara Sungai

Capibaribe dan Sungai Beberibe, sebahagian di

tanah besar dan sebahagian lagi di sebuah pulau di

Lautan Atlantik (lihat Brazil [peta politik]).

Kilang-kilang di Recife menghasilkan tekstil,

tembikar, barangan kulit dan kertas, minyak sayur,

dan alkohol. Sumber kekayaan utamanya datang

daripada eksport pisang, kopi, kapas, kulit, dan

gula. Recife mempunyai empat buah universiti.

Orang Portugis menduduki wilayah Recife pada

tahun 1535. Semasa serangan Belanda ke atas

Brazil (1630–1654), Recife menjadi pusat operasi

musuh. Recife menjadi sebuah bandar Brazil pada

tahun 1710 dan bandar raya pada tahun 1823.

UMUM 
NIZHNIY NOVGOROD

Nizhniy Novgorod (pend. 1 443 000) ialah pusat

perindustrian di Rusia. Ia terletak di cabang sungai

Volga dan Oka (lihat Rusia [peta politik]). Nizhniy

Novgorod , ialah salah sebuah bandar tertua di

Rusia, terkenal sebagai Cradle of the Russian

Empire (tempat bermulanya Empayar Rusia).

UMUM 
SAPPORO

Sapporo (pend. 1 542 979) ialah ibu negeri

Hokkaido, pulau yang paling utara di Jepun. Ia

terletak di bahagian barat pulau berhampiran Teluk

Otaru. (Lihat Jepun [peta politik]).

Sapporo dibina pada tahun 1871, dan dibentuk

berdasarkan bandar di negara Barat. Ia menjadi pusat

pembuatan dan kebudayaan pulau itu. Keluarannya

meliputi kain jerami, barangan getah, susu pekat dan

kacang soya yang diproses. Tarikan utama Sapporo

meliputi Hokkaido University dan taman bunganya

yang khusus kepada flora alpin. Penduduk dan

pengunjung menikmati cerun ski yang terletak di

subbandar dan mata air panas Jozãnkei, 18 kilometer

ke barat daya bandar. Pada tahun 1972, Sukan

Olimpik Musim Sejuk berlangsung di Sapporo.

UMUM 
SAAR

Saar ialah negeri di Jerman di sempadan Perancis-

Jerman (lihat Jerman [peta politik]). Saar meliputi

2574 kilometer persegi dan mempunyai jumlah

penduduk 1 045 900. Ia dinamakan sempena

Sungai Saar yang mengalir melalui kawasan itu.

Kawasan itu juga dikenali sebagai Wilayah Saar

atau Lembangan Saar. Nama Jerman untuk Saar

ialah Saarland . Saar amat bernilai kerana lombong

batu arangnya dan loji kelulinya yang banyak. Ibu

negerinya ialah Saarbrucken.

UMUM 
MONTERREY

Monterrey (pend. 1 069 238; pend. kaw. met.

2 521 697) ialah salah sebuah bandar raya terbesar

di Mexico. Monterrey terletak di dalam lembah

yang subur berhampiran sempadan Amerika

Syarikat (lihat Mexico [peta politik]). Lebuh Raya

Pan Amerika menghubungkan Monterrey dengan

Laredo, Texas, Amerika Syarikat, di timur laut yang

sejauh 225 kilometer.

UMUM 
ROSARIO

Rosario (pend. 1 079 359) ialah bandar ketiga

terbesar di Argentina. Hanya Buenos Aires dan

Córdoba mempunyai penduduk yang lebih ramai.

Rosario terletak di Sungai Paraná, di bahagian timur-tengah

Argentina [lihat Argentina (peta politik)].

Bandar ini ialah bandar pelabuhan pedalaman yang

utama dan pusat industri yang penting di Argentina.

UMUM 
NETZAHUALC´OYOTL

Netzahualc´oyotl (pend. 1 256 115) ialah bandar

raya ketiga terbesar di Mexico. Netzahual´coyotl

terletak di negeri Mexico dan sempadan Mexico

City di sebelah timur. Untuk mengetahui lokasinya,

lihat Mexico (peta politik). Netzahual´coyotl

ditubuhkan pada tahun 1900 sebagai subbandar

Mexico City. Ia tidak digabungkan sebagai bandar

sehingga tahun 1963. Sejak tahun 1970, jumlah

penduduk Netzahual´coyotl meningkat dua kali

ganda. Perkembangan bandar yang cepat ini

menimbulkan masalah. Antaranya termasuk

kekurangan perumahan yang baik, kekurangan

perkhidmatan asas di bandar, dan pencemaran.

Penduduk bandar ini kebanyakannya golongan

kelas pekerja. Beberapa buah kilang pengeluar

tanam-tanaman beroperasi di sini.

UMUM 
12345

Kembali ke atas