Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
politik (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan siasah, kenegaraan, kerajaan, pemerintahan, pentadbiran negara.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anarchyanarkiSains PolitikPolitik Perbandingan1. Keadaan sesebuah masyarakat yang kacau-bilau, tidak wujud kerajaan dan undang-undang untuk mengawal negara tersebut. Keadaan ini berlaku apabila wujudnya konflik politik di kalangan pemimpin atau kegagalan sesebuah kerajaan mentadbir negara. Contohnya, negara Iraq selepas kejatuhan Saddam Hussein. 2. Konsep masyarakat yang berasaskan kepada kerjasama secara sukarela dan individu yang bebas dalam mengatur hubungan sosial sesama anggota masyarakat. Masyarakat sebegini tidak memerlukan undang-undang, pemerintah dan juga autoriti. Dalam erti kata lain, konsep ini menerangkan keadaan masyarakat yang aman, harmoni dan sejahtera dalam aspek ekonomi, politik dan sosial. Konsep ini digunakan dalam konteks falsafah politik.
martial lawundang-undang tenteraSains PolitikPolitik Perbandingan1. Undang-undang yang dikuatkuasakan ke atas sesebuah negara oleh golongan tentera yang telah merampas kuasa negara tersebut dari kerajaan awam. Dengan undang-undang ini, semua hak sivil dibataskan, kebebasan politik terhad dan segala keputusan serta penggubalan undang-undang dibuat oleh pemerintah tentera ini. Pemerintahan ini pernah dilaksanakan di Fiji pada tahun 1988. 2. Pelaksanaan undang-undang tentera oleh sebuah kerajaan awam setelah berlaku satu keadaan darurat yang memerlukan campur tangan dan penguatkuasaan undang-undang oleh tentera bagi memelihara keamanan. Kerajaan awam meminta bantuan tentera untuk mengawal keadaan dan pihak tentera menjalankan tanggungjawabnya tanpa melepasi batasan atau merampas kuasa. Apabila undang-undang ini dibubarkan, pemerintahan akan kembali kepada kerajaan awam. Contohnya, penggunaan undang-undang tentera era Marcos di Filipina pada tahun 1971-1981.
dictatordiktatorSains PolitikPolitik PerbandinganSeseorang yang memiliki kuasa mutlak dan memerintah secara kuku besi. Pemerintah kejam ini sentiasa menafikan hak politik masyarakat seperti kebebasan mengundi, hak untuk bersuara, berorganisasi, berkumpul dan sebagainya. Setiap keputusan politik ditentukan oleh beliau tanpa diperiksa oleh pihak lain. Seorang diktator biasanya memerintah dengan sokongan agensi pemerintahan seperti tentera, polis, perkhidmatan awam dan mahkamah. Undang-undang yang diamalkan di bawah pemerintahan diktator bersifat tegar, berat sebelah dan tidak demokratik. Diktator juga akan menghukum secara sewenang-wenangnya penentang politik yang mencabar kuasa beliau. Contohnya, Jeneral Pinochet sewaktu memerintah Chile pada tahun 1 970-an.
preferential votingpengundian keutamaanSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pengundian yang memerlukan satu wakil dari satu kawasan tetapi memberi peluang kepada pemilih menyenarai calon yang disukai menurut keutamaan pengundi berdasarkan nombor 1, 2, 3 dan seterusnya. Calon pertama yang mendapat undi tertinggi melepasi 50%+1 undi akan dianggap pemenang dan akan dipilih menjadi wakil rakyat. Walau bagaimanapun sekiranya tiada calon yang mendapat majoriti sedemikian maka calon yang mendapat undi yang tercorot akan terkeluar daripada pemilihan dan kertas undi beliau akan disemak dan seterusnya calon yang menjadi pilihan kedua dari kertas ini akan mendapat undi tersebut. Daripada pengumpulan undi ini, calon yang melepasi majoriti seperti di atas yang akan menang. Proses tersebut akan berulang sehingga pemenang diperoleh. Sebagai contoh, Australia mengamalkan sistem pengundian keutamaan ini dalam pilihan raya mereka.
precinctkawasanSains PolitikPolitik PerbandinganSatu bahagian dari wilayah atau daerah kecil yang mempunyai sempadan yang jelas, dibahagi berasaskan fungsi pentadbiran, seperti kawasan pilihan raya, kawasan pengawasan polis atau kawasan mukim pentadbiran penghulu. Terdapat beberapa kawasan dalam satu wilayah yang lebih besar yang dibahagi mengikut fungsi pentadbiran ini yang lerletak bersebelahan atau berdekatan antara satu dengan yang lain. Satu kawasan ini mempunyai penduduk, sekolah, tempat ibadat, pasar dan kawasan perniagaannya sendiri. Contohnya, bangunan pentadbiran utama termasuk Pejabat Perdana Menteri terletak dalam Presint 1 Putrajaya.
radicalradikalSejarahTiada1. Kumpulan politik yang menyokong pembaharuan atau perubahan dalam sesuatu dasar pemerintahan.
abstentiontegah diri; kekecualianSains PolitikTiada1. Tidak mengundi dalam sesuatu mesyuarat, perhimpunan atau sebagainya, walau pun hadir di majlis berkenaan semasa pengundian dijalankan.,2. Amalan atau tindakan yang menahan diri daripada melibatkan diri dalam politik atau campur tangan antarabangsa.
bipolardwikutubSains PolitikTiada1. Pola perhubungan antarabangsa yang bertumpukan kepada dasar serta tindak-tanduk dua kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet pada masa era perang dingin dahulu.
bomberpesawat pengebomSains PolitikTiada1. Kapal atau pesawat terbang yang digunakan untuk mengebom.,2. Boleh juga merujuk kepada askar yang telah dilatih untuk mengebom.
administrative communicationkomunikasi pentadbiranSains PolitikTiada1. Pernyataan oleh pihak yang bertanggungjawab mengurus dan mengelolakan perjalanan sesebuah organisasi.,2. Perhubungan antara sesama bahagian pentadbiran dan antara pihak pentadbiran dengan pihak-pihak lain tentang pelaksanaan dasar dan keputusan.
1234

Kembali ke atas