Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.lo] | ڤولو

Definisi : sj permainan bola yg melibatkan dua pa­sukan pemain yg menunggang kuda dan meng­gunakan kayu panjang sbg pemukul bola utk memasukkan bola ke dlm gol; ~ air sj permainan bola di air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.lo] | ڤولو

Definisi : permainan bola di atas padang dgn menggunakan kayu pemukul sambil menunggang kuda: ~ air sj permainan membaling bola dlm air yg dimainkan oleh dua pasukan, setiap pasukan mencuba memasukkan bola ke dlm gol lawan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata polo


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
POLO AIR

Polo air sejenis sukan yang melibatkan dua

pasukan bertanding di dalam kolam dan cuba

menjaringkan gol dengan membaling atau menolak

sebiji bola getah berongga ke arah pintu gol lawan.

Satu mata diperoleh bagi satu gol yang masuk ke

gawang. Polo air adalah salah satu sukan yang

paling lasak kerana pemain menendang dan

bergelut atau kadangkala menekan kepala lawan ke

dalam air, sungguhpun perbuatan tersebut

menyalahi peraturan.

UMUM 
POLO

Polo ialah sukan menggunakan bola yang

dimainkan dengan menunggang kuda di padang

yang luas atau di dalam bangunan. Dalam

permainan ini, dua pasukan yang mempunyai empat

pemain setiap pasukan akan cuba memukul bola ke

gawang pihak lawan.

UMUM 
POLO, MARCO

Polo, Marco (1254–1324?) ialah pedagang dan

pengembara Itali yang terkenal dengan

pengembaraannya di Asia tengah dan negara China.

Dia menulis sebuah buku yang memberi maklumat

tentang negara China kepada bangsa Eropah.

UMUM 
LAMURILAMURI, negeri yang meliputi kawasan barat laut Sumatera dan terletak di sekitar daerah Kutaraja, Aceh, Indonesia. Sumber Arab (850-1150) mencatatkan Lamuri sebagai Ar-Ramni atau Ar-Ramini. Menurut Abu Zaid Hassan (916 M), kawasan ini terletak dalam kawasan kerajaan Maharaja Zabag. Lamuri amat terkenal dengan pokok kayu lidah buaya atau kelembak. Kedudukan Lamuri yang Strategik iaitu di jalan utama Selat Melaka menjadikannya pelabuhan persinggahan bagi para pedagang Arab sekurang-kurangnya seawal abad ke-10. Pada akhir  abad ke-12, kapal dagang yang membawa kumpulan pedagang Cina telah pergi  ke Lamuri dan berlabuh di pelabuhan Nan-P’o-Li (Pedir/Pedie) atau Sigli moden. Pada hujung abad ke-13, Marco Polo menyifatkan Lamuri sebagai salah sebuah daripada enam kerajaan yang terletak di utara Sumatera. Menurut catatan Chao Ju-Kua (1225), lamuri merupakan salah sebuah daripada 15 negeri yang diperintah oleh San-fo-chi (Sriwijaya). Kitab Negarakertagama (1365) pula telah memasukkan Lamuri dalam kawasan pemerintahan empayar MajapahitSEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas