Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pon.dan] | ڤوندن

Definisi : 1. laki-laki yg lebih bersifat kepe­rempuanan, banci, kedi, papak, ponen; 2. ark perempuan yg lebih bersifat kelelakian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pon.dan] | ڤوندن

Definisi : 1 orang yg bersifat spt lelaki dan perempuan. 2 laki-laki yg bertingkah laku atau berpakaian spt perempuan atau sebaliknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pondan (kata nama)
Bersinonim dengan khunsa, bapuk, hermafrodit, papak, ponen, kedi, darai, banci, wandu, sangkan.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
APAKAH PENGERTIAN LESBIAN,GAY,TOMBOY DAN PONDAN DARI SUDUT BAHASA GENDER.Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, lesbian ialah perempuan yg mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya, perempuan homoseksual. Gay ialah lelaki yg mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya, lelaki homoseksual. Merujuk istilah, tomboy ialah ala lelaki. Pondan pula ialah laki-laki yg lebih bersifat keperempuanan, banci, kedi. Untuk mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan.Makna26.08.2008
Salam DBP, Saya ingin memohon pertanyaan mengenai ejaan sebenar bagi perkataan-perkataan di bawah ini: 'beria-ia' atau 'bereya' 'bapuk' atau 'bapok' 'kenitkan mata' atau 'kenyitkan mata' Terima kasih.Menurut data kami, ejaan yang betul ialah i. beria-ia  ii. bapuk (bahasa percakapan laki-laki yang lebih bersifat keperempuanan, pondan.)   iii. kenyitkan mata Lain-lain10.03.2019

Kembali ke atas