Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pon.do/] | ڤوندوق

Definisi : 1. rumah kecil yg didirikan utk semen­tara (di sawah, di ladang, dll), dangau, gubuk, teratak; 2. rumah (utk merendahkan diri apabila bercakap dgn orang); 3. Jk rumah kecil yg tidak elok (berdinding buluh beratap rumbia dll); 4. Jw madrasah dan asrama tempat mengaji (belajar agama dll); ~ telefon bangunan kecil tempat telefon utk kegunaan orang ramai; memondok menumpang tinggal dan makan; memondokkan 1. memberi tempat menum­pang (di rumah orang dll), menumpangkan (di rumah orang dll); 2. memberi tempat me­numpang; pondokan 1. = pemondokan rumah tum­pangan, rumah tempat menginap; 2. tumpang­an, penginapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pon.do/] | ڤوندوق

Definisi : 1 rumah kecil yg didirikan utk kegunaan sementara saja; dangau. 2 rumah (digunakan utk merendah diri apabila bercakap dgn orang). 3 rumah yg tidak berapa sempurna dan biasanya beratapkan rumbia, berdindingkan buluh dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pondok (kata nama)
Bersinonim dengan teratak, dangau, gubuk, ran, sudung, sudung-sudung, cungkup, gerogol, sapar, jerumun, telatap, sarudung, pundung, lepau, jambar, rompok, pelampang, sulap.,

Puisi
 

Dirikan pondok bertanam nanas,
     Biar saya berburu rusa;
Biar orang melonggok emas,
     Saya niaga budi bahasa.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
pondok (usang / buruk) itu perlu diperbaiki secepata mungkin. yang manakah betul ?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, usang bermaksud 1. kering dan tidak berisi (padi), kersang (rambut, tembakau, dll); 2. sudah lama benar, lama terpakai atau tersimpan, manakala buruk pula bermaksud 1. tua dan rosak (busuk), tidak cantik. Oleh itu, kedua-dua ayat tersebut adalah betul. Namun penggunaannya dalam ayat bergantung pada konteks dan situasi.Lain-lain10.03.2010
salam... saya ingin mengetahui penggunaan istilah yang betul.'Ali makan di dalam pondok' atau 'Ali makan di bawah pondok'. Di dalam atau di bawah?Kedua-dua ayat tersebut betul mengikut konteks.  Dalam ayat pertama, Ali makan ketika dia berada di dalam pondok. Dalam ayat kedua, Ali makan ketika dia berada di bawah pondok (dengan andaian bahawa ada ruang di bawah pondok itu).Tatabahasa24.07.2012
Apakah jawapan yang paling tepat untuk soalan ini. Soalan 1: Pondok di kaki bukit itu tidak kelihatan dari jauh kerana di _______ kabus. A. dilindungi B diselubungi Soalan 2 : Mana satu yang betul? Para tamu atau para tetamu.

1: Pondok di kaki bukit itu tidak kelihatan dari jauh kerana diselubungi kabus.

2: Para tamu atau para tetamu. Kedua-duanya betul, tamu ialah orang yang datang mengunjungi orang lain, manakala tetamu merujuk orang yang diundang (dijemput) untuk menghadiri jamuan.

Tatabahasa27.05.2009
1. nyatakan perbezaan antara bila dan apabila 2. Pondok ini adalah sumbangan PIBG. adakah penggunaan kata pemeri dalam ayat berikut betul ?

1. Nyatakan perbezaan antara bila dan apabila?

Bila digunakan dalam ayat tanya kerana 'bila' merupakan kata tanya. Apabila merupakan kata penghubung ayat berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat apabila bererti pada ketika, semasa, sewaktu, bilamana dan apakala.

2. Pondok ini adalah sumbangan PIBG.

Kata ialah dan adalah merupakan kata pemeri. Kata pemeri 'ialah' menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri 'adalah' menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 263.

Pondok ini sumbangan PIBG (tepat)

Tatabahasa01.09.2012
Datuk Midun sedang _____ durian ditepi pondok. A. membelah B. mengupas C. mencekah ( Soalan daripada soalan 2, m.s. 71, Buku Teks Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan, Tahun 4, DBP, 2006 ).Jawapannya ialah C. mencekah.Tatabahasa20.07.2009
Sila semak ayat-ayat berikut: 1. Selepas waktu sesi persekolahan, ibu bapa harus menunggu anak di pintu pagar sekolah atau di dalam petak merah yang berhampiran dengan pondok keselamatan sekolah. Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan kantin sekolah untuk membawa anak pulang. 2. Ibu bapa tidak digalakkan menggunakan bekas polistirena untuk menyimpan makanan kepada anak semasa kelas tambahan. 3. Ibu bapa bagi murid Tahun 1 Sesi Persekolahan 2012 harus datang ke Bilik Pentadbiran SJK(C) Yuk Choi untuk membuat Pengesahan Penempatan Murid Tahun 1 Sesi Persekolahan 2012.

1. Selepas waktu sekolah, ibu bapa harus menunggu anak di pintu pagar sekolah atau di dalam petak merah yang berhampiran dengan pondok keselamatan sekolah. Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan kantin sekolah untuk membawa anak pulang.

2. Ibu bapa tidak digalakkan menggunakan bekas polistirena untuk menyimpan makanan yang diberikan kepada anak semasa kelas tambahan.

3. Ibu bapa murid Tahun 1 Sesi Persekolahan 2012 harus datang ke Bilik Pentadbiran SJK(C) Yuk Choi untuk membuat Pengesahan Penempatan Murid Tahun 1 Sesi Persekolahan 2012.

Tatabahasa22.07.2011
menjadi kembangMenurut Kamus Dewan perkataan kembang bermaksud mengembang menjadi besar (panjang, terbuka, terbentang, dsb), kembang, berkembang: atap pondok itu drpd daun lontar yg ~ lebar; buruk dikembang pd orang banyak, elok dipilih sama seorang prb keburukan atau kerugian hendak dipertanggungkan bersama orang lain tetapi keuntungan diambil seorang diri;Lain-lain06.08.2007
Salam. Adakah sarang buaya juga dikenali sebagai "jerumun"? Apakah makna sebenar jerumun?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, jerumun bermaksud 1. pondok tempat ber­teduh (yang terdapat di bendang dan lain-lain), dangau 2. rumpunan semak (belukar) 3. sejenis tumbuhan, derumun. Oleh itu, tidak terdapat dalam pangkalan data DBP yang menyatakan bahawa jerumun ialah sarang buaya.Makna17.01.2014
Jendel bermaksud tingkap. Fungsi tingkap untuk laluan angin, cahaya dan udara. Fungsi tingkap juga untuk melihat keluar, orang dari dalam rumah/pejabat/pondok melihat keluar, dan BUKAN orang dari luar melihat ke dalam. Betulkah takrifan saya di atas?Fungsi tingkap bergantung pada keadaan. Tidak semestinya hanya orang dari dalam rumah yang boleh melihat ke luar, orang dari luar juga boleh melihat ke dalam rumah contohnya reka bentuk tingkap pada rumah kampung yang lebih terbuka membolehkan orang dari luar juga melihat ke dalam rumah.Lain-lain05.09.2022
adakah perkataan kiosk (food kiosk) ada dalam istilah bahasa melayu?Padanan bahasa Melayu bagi perkataan kiosk ialah kios, iaitu pondok kecil tempat menjual rokok, surat khabar, makanan dan lain-lain.Lain-lain29.05.2010
123

Kembali ke atas