Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pon.do/] | ڤوندوق

Definisi : 1. rumah kecil yg didirikan utk semen­tara (di sawah, di ladang, dll), dangau, gubuk, teratak; 2. rumah (utk merendahkan diri apabila bercakap dgn orang); 3. Jk rumah kecil yg tidak elok (berdinding buluh beratap rumbia dll); 4. Jw madrasah dan asrama tempat mengaji (belajar agama dll); ~ telefon bangunan kecil tempat telefon utk kegunaan orang ramai; memondok menumpang tinggal dan makan; memondokkan 1. memberi tempat menum­pang (di rumah orang dll), menumpangkan (di rumah orang dll); 2. memberi tempat me­numpang; pondokan 1. = pemondokan rumah tum­pangan, rumah tempat menginap; 2. tumpang­an, penginapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pon.do/] | ڤوندوق

Definisi : 1 rumah kecil yg didirikan utk kegunaan sementara saja; dangau. 2 rumah (digunakan utk merendah diri apabila bercakap dgn orang). 3 rumah yg tidak berapa sempurna dan biasanya beratapkan rumbia, berdindingkan buluh dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pondok (kata nama)
Bersinonim dengan teratak, dangau, gubuk, ran, sudung, sudung-sudung, cungkup, gerogol, sapar, jerumun, telatap, sarudung, pundung, lepau, jambar, rompok, pelampang, sulap.,

Puisi
 

Dirikan pondok bertanam nanas,
     Biar saya berburu rusa;
Biar orang melonggok emas,
     Saya niaga budi bahasa.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
lookout housepondok pengawas (api)pondok pengesan apipondok pengesan apiPerhutanan
shedpondok, dangaupondokdangauPertanian
cottage gardentaman pondoktaman pondok/taman kotejtaman kotejPertanian
cottage-style patioserambi/teras gaya pondokpatio gaya pondok/patio gaya kotejpatio ala kotej/patio gaya kotejPertanian
voting boothbilik (pemungutan) suarapondok pengundipondok pengundiSains Politik
garden tool shedgudang perkakas tamanpondok perkakas tamanpondok perkakas tamanPertanian
cottage-garden colour rangeselang warna taman pondokjulat warna taman pondok/ julat warna taman kotejjulat warna taman kotejPertanian
homesteadpondok ladangTiadarumah-ladangGeografi
hill-stationpondok bukitTiadaperanginan bukitGeografi
cabin, lookoutpondok pengintai apiTiadastesen pengesan apiPerhutanan

Kembali ke atas