Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pon.do/] | ڤوندوق

Definisi : 1. rumah kecil yg didirikan utk semen­tara (di sawah, di ladang, dll), dangau, gubuk, teratak; 2. rumah (utk merendahkan diri apabila bercakap dgn orang); 3. Jk rumah kecil yg tidak elok (berdinding buluh beratap rumbia dll); 4. Jw madrasah dan asrama tempat mengaji (belajar agama dll); ~ telefon bangunan kecil tempat telefon utk kegunaan orang ramai; memondok menumpang tinggal dan makan; memondokkan 1. memberi tempat menum­pang (di rumah orang dll), menumpangkan (di rumah orang dll); 2. memberi tempat me­numpang; pondokan 1. = pemondokan rumah tum­pangan, rumah tempat menginap; 2. tumpang­an, penginapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pon.do/] | ڤوندوق

Definisi : 1 rumah kecil yg didirikan utk kegunaan sementara saja; dangau. 2 rumah (digunakan utk merendah diri apabila bercakap dgn orang). 3 rumah yg tidak berapa sempurna dan biasanya beratapkan rumbia, berdindingkan buluh dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pondok (kata nama)
Bersinonim dengan teratak, dangau, gubuk, ran, sudung, sudung-sudung, cungkup, gerogol, sapar, jerumun, telatap, sarudung, pundung, lepau, jambar, rompok, pelampang, sulap.,

Puisi
 

Dirikan pondok bertanam nanas,
     Biar saya berburu rusa;
Biar orang melonggok emas,
     Saya niaga budi bahasa.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
voting boothpondok mengundiSains PolitikPolitik PerbandinganPondok atau ruang yang digunakan oleh pengundi untuk membuat pemilihan calon dalam pilihan raya. Pondok ini disediakan khas bagi memastikan pengundi dapat membuat pilihan secara rahsia dan tidak terganggu. Pondok ini lazimnya terletak dalam bilik yang tidak berjauhan dengan meja pendaftaran pengundian dan kotak undi bagi memudahkan beliau meletakkan kertas undi yang telah digunakan.
sponging stationpondok basahSukanTiadaPondok khas yang membenarkan atlet membasahkan diri dengan menggunakan pancutan air atau span dalam acara jarak jauh yang melebih 10 km.
lookout housepondok pengesan apiPerhutananPengurusan HutanPondok yang dibina di tempat yang tinggi untuk meninjau kebakaran.
shedpondok; sebarPenilaian Harta TanahTiadaTiada
shedpondok; sebarVeterinarTiadaTiada
shedpondok; sebarKesenianTiadaTiada
cyberboothpondok siberTeknologi MaklumatTiadaTiada
doghousepondok anekaKejuruteraanPetroleumRumah kecil yang digunakan bagi menyimpan rekod-rekod penyewaan, tempat menukar pakaian para pekerja dan kegunaan-kegunaan lain yang berhubungan dengan hal sewa menyewa. Kadangkala digunakan juga sebagai tempat menyimpan barang-barang lain seperti fail-fail rekod dan sebagainya.
cyberboothpondok siberTeknologi MaklumatTiadaTiada
gauge housepondok tolokKejuruteraanTiadaTiada
1234

Kembali ke atas