Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pot] | ڤورت

Definisi : (Komp) pangkal atau hujung sesuatu sa­luran penghantaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pot] | ڤورت

Definisi : ist pangkal atau hujung sesuatu saluran (komputer). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata port


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah padanan perkataan dalam Bahasa Melayu untuk istilah "charging port", iaitu port di peranti seperti telefon bimbit pintar di mana kita memasukkan wayar USB untuk mengecas atau memindahkan fail?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah charging port ialah port mengecas. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah31.10.2022
Nasrol AJ THURS 15:06 IKLAN OLEH PIHAK JOHOR PORT - Pembantu Operasi Perlabuhan, Johor Port - Pasir Gudang. (Iklan melalui whatsapp) Wujudkan perkataan Perlabuhan ? Rasa sgt memalukan dgn kesalahan ejaan begini oleh pihak johor portTerima kasih di atas keprihatinan tuan terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul. Mohon tuan salurkan aduan beserta visual melalui e-mel mulia@dbp.gov.my untuk tindakan pihak kami. Sekian terima kasihEjaan23.03.2017
Saya dari Port Dickson dan mohon lesen perniagaan dari MPPD. Borang lengkap dan lampiran sudah siap tetapi MPPD kata perlu Pengesahan Ejaan Penggunaan Bahasa pada visual iklan premis oleh DBP. Saya pergi website www.dbp.gov.my. Saya tidak dpt sempurnakan kerana butir2 mengelirukan dan tak faham langsung. Saya perlu pertolongan kerana dah 3kali naik turun MPPD utk dpt lesen tapi masih sangkut dgn syarat DBP. Bantuan segera diperlukan. Hand phone saya 011 11660975.

Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal DBP Sah Bahasa, iaitu www.dbpsahbahasa.my

Lain-lain18.02.2021
ejaan jawi untuk port Dickson ialah ڤورت ديكسن‎ atau ڤورت ديكسون؟ . terima kasih‎Ejaan jawi Port Dickson ialah ڤورت ديكسن.‎  Ejaan27.03.2022
salam...nak cek maksud PORT FUEL INJECTION dalam bahasa melayu.istilah dalam automotif.Padanan bahasa Melayu bagi istilah Port Fuel Injection ialah liang pancitan bahan api. Untuk mendapatkan keterangan lanjut sila rujuk Kamus Kejuruteraan Automotif, terbitan DBP. Lain-lain26.10.2010
Apakah istilah atau terjemahan dalam Bahasa Melayu untuk "Space Port"? - lapangan terbang angkasa? - lapangan lancar angkasa?Kami mencadangkan "space port" diterjemahkan sebagai "pelabuhan angkasa" atau "pelantar angkasa", bergantung pada konteks dan konsep penggunaannya.Istilah15.07.2020
Salam, bolehkah di antara frasa-frasa dalam ayat diselangi dengan kata seperti kata bantu, kata penguat dan sebagainya? Contoh: 1. Rombongan sekolah akan ke Port Dickson. Frasa nama: Rombongan sekolah Frasa sendi nama: akan ke Port Dickson 2. Rumah itu amat besar. Frasa nama:Rumah itu Frasa adjektif: amat besar Terima kasih.1. Ayat yang gramatis, Rombongan sekolah akan melawat Port Dickson pada minggu hadapan. Kata sendi nama tidak hadir secara berurutan. 
2. Rumah itu amat besar. Ayat ini betul.
Tatabahasa30.04.2014
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Andaikata SSM saya bernama P.Mamam Legacy, adakah saya boleh letakkan nama Port Mamam untuk restaurant saya? Adakah saya akan mendapat kelulusan drpd pihak DBP utk tujuan pelesenan? Terima kasihNama Port Mamam tidak boleh digunakan kerana tidak berdaftar dengan SSM/MyIPO dan tidak menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul. Nama perniagaan untuk Papan Premis Kedai/Syarikat hendaklah menggunakan nama yang sama seperti didaftarkan dengan SSM/MyIPO, P.Mamam Legacy atau nama dalam bahasa Melayu sepenuhnya yang baik dan betul.Lain-lain02.11.2021
Next To The Port jika di BM kan ayat mana yang betul Berhampiran Pelabuhan ATAU Bersebelahan Pelabuhan Perkataan Leading Industrial Lots jika di BM kan ayat mana yang betul :- Lot Industri Premium ATAU Lot Industri Premier / Primer ?

Kami mencadangkan terjemahan “Bersebelahan dengan Pelabuhan” untuk “Next to the port” dan “Lot industri utama” untuk “Leading Industrial Lots”.

Penyemakan dan penterjemahan22.02.2023
1. Apakah penjodoh bilangan bagi kek? 2. Apakah penjodoh bilangan bagi kemalangan? 3. Apakah bezanya "mengadakan" dan " menganjurkan"? 4. Guru Besar atau guru besar? 5. di kalangan atau dalam kalangan? 6. baru atau baharu? 7. Dia makan epal, durian, dan manggis. Perlukah tanda koma diletakkan sebelum perkataan "dan"? 8. pantai Port Dickson atau Pantai Port Dickson? 9. negeri Selangor atau Negeri Selangor? 10. kereta api atau keretapi? 11. sebuah negeri atau satu negeri? 12. Apakah penjodoh bilangan bagi majlis dan hantu?

1. Penjodoh bilangan bagi kek bergantung pada bentuknya. Boleh digunakan sebiji kek (jika kek itu belum dipotong) ataupun sepotong kek.

2. Tidak ada penjodoh bilangan yang khusus untuk kemalangan.

3. Mengadakan bermaksud  1. menjadikan ada atau wujud, mewujudkan, menjadikan, menciptakan: Tuhanlah yg ~ seluruh alam ini; 2. meng­usaha­kan sehingga ada (tersedia, terdapat, dsb), menyediakan: ~ wang yg diperlukan; peruntukan belanjawan utk ~ lebih banyak sekolah dan maktab teknik; 3. mengusahakan sehingga berlaku atau berjalan sesuatu (spt seminar, mesyuarat, kenduri, dll), mengan­jurkan serta mengurus sesuatu: ~ kursus bahasa-bahasa asing; ~ kempen kebersihan, manakala menganjurkan  1. memajukan (menyorong, menghulur) ke depan: jangan dianjurkan badan keluar tingkap; 2. mengemukakan, mengesyorkan, menyarankan, mencadang­kan, mengusulkan: pengerusi ~ supaya mogok makan; 3. mengadakan: ~ ceramah.

4. Dalam konteks umum, guru besar dieja dengan huruf kecil kerana ia merupakan kata nama am. Walau bagaimanapun, ia perlu ditulis dengan huruf besar jika diikuti oleh kata nama khas.

5. Frasa yang betul ialah dalam kalangan.

6. Baru bermaksud 'just', contohnya baru tiba manakala baharu bermaksud 'new', contohnya seperti buku baharu, baju baharu dll.

7. Tanda koma tidak perlu diletakkan kerana epal, durian dan manggis tergolong dalam kategori yang sama.

8. Perkataan pantai Port Dickson tidak perlu ditulis dengan huruf besar pada perkataan pantai kerana pantai ialah kata nama am.  

9. Ejaan yang betul ialah negeri Selangor sahaja.

10. Ejaan yang betul ialah kereta api.

11. Sebuah negeri.

12.  Penjodoh bilangan bagi hantu ialah seekor kerana hantu tidak tergolong dalam kumpulan manusia tetapi hanya menyerupai bentuk manusia.

 

Tatabahasa10.03.2010
123

Kembali ke atas