Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pos] | ڤوس

Definisi : 1. sistem atau perkhidmatan menghantar surat, bungkusan, dsb: tawaran-tawaran yg tidak dihantar melalui ~ hendaklah dimasukkan ke dlm peti tawaran di pejabat itu; kartu (kad) ~ Id kad bersetem yg dijual di pejabat pos dan boleh dikirim melalui pos pd kadar yg lebih rendah drpd surat yg bersampul; kereta ~ kereta yg menjalankan urusan jabatan pos; pejabat ~ = Id kantor ~ pejabat tempat mengirim surat (wang dll); 2. surat, bungkusan, dll yg dihantar melalui pos; 3. Id kereta (kuda dll) yg menguruskan kiriman surat dll pd zaman dahulu; 4. Id ark perhentian kereta pos pd zaman dahulu; 5. Id, bp perhentian kereta api dll, stesen; ~ berdaftar perkhidmatan menghantar surat, bungkusan dsb yg didaftarkan, biasanya dikenakan bayaran yg lebih mahal sedikit dan diberi ganti rugi sekiranya surat, bungkusan dsb itu hilang atau rosak; ~ laju sistem atau perkhidmatan menghantar bungkusan, surat dsb dgn cepat yg disediakan oleh jabatan pos atau syarikat tertentu; mengepos mengirim (surat dll) melalui pos; mengeposkan mengepos utk: dia pergi ke pekan utk ~ kakaknya surat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pos] | ڤوس

Definisi : 1. pondok atau tempat polis (tentera dll) berjaga: si Amat masih menjaga ~nya; 2. jawatan atau kedudukan orang yg men­jalankan tugas (pegawai dll); 3. Id rumah atau tempat orang menjaga (mengawasi) gunung berapi dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pos] | ڤوس

Definisi : Id 1. sejumlah wang bagi peruntukan sesuatu keperluan (pekerjaan dll); 2. bahagian drpd anggaran belanja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pos] | ڤوس

Definisi : 1 badan (syarikat) yg mengurus hal-hal mengenai kiriman surat (barang, wang dll). 2 barang-barang (spt surat, wang) yg dikirim dgn perantaraan pos 1. ~ laju perkhidmatan menghantar surat, bungkusan dsb dgn cepat, yg disediakan oleh pejabat pos atau syarikat tertentu, dan dikenakan bayaran. mengepos mengirim (surat dll) melalui pos: Dia sudah pun ~ surat itu. mengeposkan mengirim (surat dll) utk seseorang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pos] | ڤوس

Definisi : pondok tempat polis (askar) berkawal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pos
Kata Terbitan : mengepos, pengeposan, pengepos,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEKOLAH GAYA POS

Sekolah gaya pos ialah institusi pendidikan

yang mengajar melalui surat-menyurat antara

guru dengan pelajar. Sekolah gaya pos ditujukan

kepada mereka yang berhasrat untuk mempelajari

sesuatu subjek secara sistematik, umumnya untuk

tujuan mendapatkan kelayakan profesional atau

teknikal. Mereka mungkin tidak berupaya datang

sendiri ke kelas disebabkan mereka cacat, atau

kerana mereka tinggal terlalu jauh, atau kerana

mereka bekerja pada waktu siang. Dengan

mengambil kursus gaya pos, pelajar boleh

membuat kerja pada bila-bila masa dan di mana-

mana tempat. Namun demikian, sekolah gaya pos

mempunyai keburukan kerana perhubungan

peribadi tidak wujud antara guru dengan pelajar.

UMUM 
PEJABAT POS UMUM 
POS DAN TELEKOMPOS DAN TELEKOM, jabatan yang memainkan peranan penting dalam sistem komunikasi negara. Kedua-dua jabatan ini berkait rapat kerana diletakkan di bawah pentadbiran yang sama sejak ditubuhkan sehinggalah sebelum pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Jabatan Pos dipisahkan daripada Jabatan Telekom semasa pentadbiran Jepun.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
KATALOG

Katalog lihat Pengiklanan (Pos langsung).

UMUM 
KEMENTERIAN TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASIMenguruskan hal-ehwal tenaga, telekom dan pos.SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
JAH HET,JAH HET, etnik Orang Asli di Malaysia daripada rumpun Senoi yang mendiami beberapa kawasan perkampungan seperti Kampung Pos Penderas, Kampung Pasu, Kampung Mendoi, Kampung Paya Keledan, Kampung Pian, Kampung Galung, Kampung Seboi dan beberapa kawasan perkampungan kecil lain di sekitar Lembah Krau dalam daerah Temerloh dan Jerantut, Pahang.BUDAYABangsa/Suku/Kaum
DEKSTRIN

Dekstrin ialah bahan melekit yang terbentuk

semasa pemecahan kimia kanji. Sesetengah

dekstrin digunakan sebagai musilaj (gam) pada

setem pos dan sampul surat. Dekstrin juga

digunakan dalam menentukan saiz kertas dan

tekstil.

UMUM 
NAGASAKI

Nagasaki (pend. 444 599) ialah sebuah bandar di

Jepun yang mempunyai hubungan yang paling

lama dengan orang Barat. Pelabuhannya telah

dibuka kepada perdagangan asing pada tahun

1571. Selepas tahun 1637, ia merupakan satu-

satunya pelabuhan di Jepun yang dibuka kepada

orang Barat untuk tujuan perdagangan. Pedagang

Belanda dibenarkan untuk membina pos

perdagangan di pelabuhan ini dan sebuah kapal

Belanda dibenarkan berhubung dengan pos

tersebut sekali dalam setahun. Pada tahun 1857,

Nagasaki merupakan salah satu daripada enam

pelabuhan di Jepun yang dibuka kepada pedagang

asing.

UMUM 
O'BRIEN, CONOR CRUISE

O’Brien, Conor Cruise (1917– ) ialah

diplomat dan penulis Ireland, menjadi ahli Seanad

Eireann pada tahun 1977 tetapi meletak jawatan

pada bulan Jun 1979. Dia pernah menjadi ahli

Buruh Dáil Éireann dari tahun 1969 hingga tahun

1977, dan berkhidmat sebagai Menteri Pos dan

Telegraf dari tahun 1973 hingga tahun 1977.

UMUM 
LATIHAN GURU

LATIHAN GURU, latihan yang diberikan kepada calon guru untuk mengajar di sekolah rendah dan menengah. Latihan guru bagi sekolah rendah Inggeris bermula pada tahun 1905 di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Apabila Perang Dunia Kedua meletus, kursus ini dibuat secara pos.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIDisiplin Ilmu
12

Kembali ke atas