Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.si.si] | ڤوسيسي

Definisi : IB 1. kedudukan, letaknya: kita tak mahu membahayakan ~ tentera kita; 2. jawatan (dlm pekerjaan dll), pangkat; 3. letak sesuatu perkataan dlm ayat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata posisi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pengesahan definisi perkataan diposisikanPosisi ialah Perkataan Indonesia yang bermaksud kedudukan atau letak. Tidak ada contoh penggunaan/ makna perkataan diposisikan dalam sumber rujukan kami.Makna14.11.2011
apakah teori homorganik?

Homorganik ialah istilah linguistik untuk huruf konsonan yang disebut dari posisi yang sama seperti huruf m, p dan b. Tidak ada maklumat terperinci tentang teori ini dalam sumber rujukan kami, sila rujuk buku linguistik seperti buku Linguistik: Teori dan Aplikasi, terbitan UKM.

Tatabahasa15.10.2011
Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC Putrajaya) menerima aduan kira-kira jam 6.45 pagi tadi daripada kapal Sapura Construction yang menerima isyarat kecemasan daripada kapal Dayang Topaz di posisi 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri. dari atau daripada yang lebih sesuai dalam ayat di atas?Penggunaan kata sendi "dari" dan "daripada" dalam ayat tersebut adalah betul. Tatabahasa06.11.2020
salam, saya telah menerbitkan sebuah buku tarian, bolehkah sy tahu, apa yg perlu sy buat jika ada badan lain menggunakan bahan dalam buku sy sebagai buku teks/rujukan dengan menukar bentuk posisi/gambar yg asal tanpa kebenaran sy

Penggunaan bahan tanpa kebenaran bertulis pemilik hak cipta adalah satu kesalahan di sisi undang-undang, khususnya Akta Hak Cipta 1987. Pihak tuan perlu menghubungi pemilik hak cipta buku tersebut untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Lain-lain27.03.2023
Bagaimana cara-cara menunaikan solat secara berjemaah dan apakah kepentingannya?

Solat berjemaah bermaksud solat yang dilakukan lebih daripada seorang, atau secara beramai-ramai, dengan diketuai seorang imam. Solat berjemaah terdiri daripada seorang imam dan sekurang-kurangnya seorang makmum. Posisi imam mesti di hadapan makmum dan posisi makmum di belakang imam. Makmum  tidak boleh mendahului imam dalam perlakuan dalam solat.

Solat secara berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Bagi Mazhab Syafie hukumnya ialah fardu kifayah, manakala sesetengah pendapat mengatakan solat berjemaah hukumnya sunat mua'akad atau sunat yang sangat dituntut dalam Islam. Antara solat yang biasa ditunaikan secara berjemaah ialah solat fardu lima waktu, solat hari raya, solat sunat tarawih dan solat sunat witir. Tetapi bagi sembahyang Jumaat, ia wajib dikerjakan secara berjemaah

Sabda Nabi SAW:"Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat" (HR Bukhari dan Muslim)

Untuk maklumat lanjut berkenaan perkara yang dibincangkan silalah rujuk pakar bidang (ustaz/imam) secara langsung atau rujuk rujukan di laman sesawang atau di perpustakaan yang berhampiran.

 

Lain-lain16.01.2009
Assalamualaikum/ Salam sejahtera Tuan/ Puan/ Encik/ Cik, Saya ingin bertanya, apakah terjemahan yang paling cocok untuk istilah perubatan "benign paroxysmal positional vertigo"? Buat masa ini, saya terjemahkan istilah tersebut sebagai "vertigo kedudukan paroksismal tidak berbahaya." Mohon tunjuk ajar daripada yang arif. Terima kasih kerana memperjuangkan martabat Bahasa Melayu. Sekian.

Dalam data rujukan kami, padanan bahasa Melayu bagi istilah benign paroxysmal positional vertigo ialah benigna vertigo posisi paroksismal yang digunakan dalam bidang perubatan. Puan boleh layari http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=benign+paroxysmal+positional+vertigo&d=286464&#LIHATSINI .

Istilah03.09.2018
Cikgu, 1. Apakah yang dimaksudkan dengan "bentuk sengau"? 2. Apakah maksud "daerah artikulasi" dan "homorganik"? 3. Adakah soalan saya dalam no.1 dan no.2 terdapat di dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga? Jika terdapat cikgu sila nyatakan muka surat tersebut. Terima kasih.1. Sengau adalah dengan bunyi suara yg keluar melalui hidung apabila bercakap; huruf ~ huruf (spt n, ng) yg dilafazkan dgn mengeluarkan udara melalui rongga hidung; sengau-sengauan bercakap-cakap spt orang sengau; menyengaukan melafazkan (huruf dll) dgn bunyi yg keluar melalui hidung: vokal i yg berlaku selepas atau sebelum konsonan n spt pd perkataan ini, disengaukan; sengauan bunyi sengau, sebutan sengau; kesengauan sifat (keadaan atau bunyi) sengau: ~ yg sengaja dibuat-buat utk menyindir sese-orang; penyengauan perbuatan menyengaukan sebut-an (sesuatu huruf).

2. Artikulasi bermaksud cara atau proses menyebut bunyi atau kata dgn jelas; Homorganik ialah istilah linguistik untuk huruf konsonan yang disebut dari posisi yang sama seperti huruf m, p dan b.

Tidak ada maklumat terperinci tentang ini dalam sumber rujukan kami, sila rujuk buku linguistik seperti buku Linguistik: Teori dan Aplikasi, terbitan UKM.  Saya cadangkan puan mendapatkan buku "Asas-asas Fonetik" tulisan Prof. Dr. Norhashimah Jalaluddin, dan juga buku "Asas-asas Fonologi" tulisan Prof. Dr. Zaharani Ahmad.
Tatabahasa07.05.2014
Salam. Saya ingin mendapat kepastian penggunaan Yang berbahagia dalam ucapan majlis rasmi. Siapakah yang layak untuk panggilan tersebut.Hal ini kerana, saya mendapati perkataan Yang Berbahagia diguna pakai untuk semua orang.Kalau di sekolah ditujukan kepada pengetua, penolong kanan dan sesiapa saja.Harap maklum dan terima kasih.

Ungkapan 'Yang Berbahagia'  dalam sesuatu majlis digunakan untuk:

1. Tetamu Kehormat yang paling tinggi. (Dari luar atau dalam)

2. Individu (bukan ahli politik) yang dianugerahkan gelaran kehormat seperti Dato'/Datin, Dato' Seri/Datin Seri, Tan Sri/Puan Sri dsb.

Sekiranya sesuatu majlis itu dihadiri oleh tetamu kehormat dari luar, dan sekolah bertindak sebagai penganjur, maka ungkapan yang sesuai untuk Pengetua Sekolah pada ketika itu ialah 'Yang Berusaha'.

Penggunaan ungkapan 'Yang Berbahagia' ini tidak tertakluk kepada individu tetapi kepada posisi seseorang individu dalam sesuatu majlis.

 

Lain-lain01.04.2009
Panggilan kehormat untuk pengetua dalam perhimpunan rasmi sekolah Yang Berbahagia atau Yang Berusaha? Dan apakah pula gelaran kehormat bagi Guru Penolong Kanan? Mohon pencerahan

Ungkapan 'Yang Berbahagia'  dalam sesuatu majlis digunakan untuk:

1. Tetamu Kehormat yang paling tinggi. (Dari luar atau dalam)

2. Individu (bukan ahli politik) yang dianugerahkan gelaran kehormat seperti Dato'/Datin, Dato' Seri/Datin Seri, Tan Sri/Puan Sri dsb.

Sekiranya sesuatu majlis itu dihadiri oleh tetamu kehormat dari luar, dan sekolah bertindak sebagai penganjur, maka ungkapan yang sesuai untuk Pengetua Sekolah pada ketika itu ialah 'Yang Berusaha'.

Penggunaan ungkapan 'Yang Berbahagia' ini tidak tertakluk kepada individu tetapi kepada posisi seseorang individu dalam sesuatu majlis.

Untuk Pengetua dan Penolong Kanan, panggilan yang digunakan ialah Tuan atau Puan.

Lain-lain08.11.2022

Kembali ke atas