Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.si.si] | ڤوسيسي

Definisi : IB 1. kedudukan, letaknya: kita tak mahu membahayakan ~ tentera kita; 2. jawatan (dlm pekerjaan dll), pangkat; 3. letak sesuatu perkataan dlm ayat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata posisi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
intermediary movementgerakan perantaraanPerubatanTiadaSemua pergerakan mandibel yang di antara posisi-posisi terhujung mandibel.
anatomical reference positionposisi rujukan anatomiSains SukanBiomekanikKedudukan badan dalam keadaan berdiri tegak dengan semua bahagian badan termasuk tapak tangan menghadap ke hadapan. Posisi ini merupakan posisi rujukan bagi semua pergerakan bahagian badan. Semua sudut sendi dalam posisi ini adalah neutral dan dinyatakan sebagai darjah sifar. Sinonim posisi anatomi.
eccentric positionkedudukan eksentrikPerubatanTiadaPosisi rahang yang lain dari posisi sentrik seperti posisi semasa gerakan ke lateral atau pemprotrudan.
retruded contact positionposisi sentuhan teretrudPerubatanTiadaPosisi mandibel apabila kondil berada di posisi teretrud di fosa glenoid dan terdapat pula sentuhan oklusi gigi di rim oklusi. Sinonim: posisi teretrud.
retruded axis positionposisi paksi teretrudPerubatanTiadaPosisi paksi putaran mandibel apabila ia berada di posisi teretrud.
compact storagesimpanan padatPerpustakaanTiadaPenyimpanan buku di rak-rak yang terletak berdekatan di antara satu sama lain yang boleh digerakkan daripada satu posisi ke posisi yang lain dengan bantuan rel atau roda yang dibuat daripada logam. Dengan cara ini buku dapat menempat ruang secara maksimum dan mudah memperolehnya semula bila dikehendaki.
physiologic rest positionposisi rest fisiologiPerubatanTiadaHubungan posisi mandibel ke maksila apabila pesakit berehat dalam posisi tegak. Kondil pula tidak berada diposisi tegang dalam fosa glenoid.
ambulationambulasiSains SukanBiomekanikPergerakan yang melibatkan perubahan daripada posisi asal kepada posisi yang baharu. Contohnya, atlet yang mengalami kecederaan otot yang serius sehingga menyukarkannya untuk bergerak, perlu diberikan rawatan tertentu seperti latihan ambulasi yang bersesuaian bagi membolehkannya kembali pulih. Sinonim ambulatori.
displaceability of tissuekesesaran tisuPerubatanTiadaKeadaan tisu mulut yang boleh diletakkan di posisi yang lain dari posisi rehatnya.
postural positionposisi posturPerubatanTiadaPosisi mandibel yang lazim apabila pesakit tegak, kebiasaannya planar sagital berada di antara kaki dan garis graviti melalui pusat graviti disendi lumbosakral.
12345678910...

Kembali ke atas