Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kad yg biasanya bergambar pd sebelah hadapannya dan pd sebelah belakangnya boleh ditulis khabar berita dan alamat (dan dikirim melalui pos). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kad yg dikirim melalui pos. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata poskad


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Ayat berikut yang manakah betul penggunaan kata sendinya. Ayat (1): Swee Ling menulis alamat rumah di atas sekeping poskad untuk dikirimkan kepada rakannya. Ayat (2): Swee Ling menulis alamat rumah pada sekeping poskad untuk dikirimkan kepada rakannya. Ayat 3: Menteri Besar Johor menurunkan tandatangan di atas batu asas sempena projek lebuh raya di Desaru. Ayat (4): Menteri Besar Johor menurunkan tandatangan pada batu asas sempena projek lebuh raya di Desaru.

Penggunaan kata sendi yang betul ialah “di atas”,  iaitu (1); Swee Ling menulis alamat rumah di atas sekeping poskad untuk dikirimkan kepada rakannya dan Menteri Besar Johor menurunkan tandatangan di atas batu asas sempena projek lebuh raya di Desaru. Kata sendi “di” digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Manakala “pada” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada pada. Contohnya: ...pada pukul tujuh pagi; Wang itu ada pada ibu dan kaki lembu itu disangkutkan pada cangkuk besi. Rujuk Tatabahasa Dewan halaman 265-266 dan 274-275.

Tatabahasa20.02.2014
Hana sangat suka mengumpul pelbagai jenis poskad. (Adakah penggunaan pelbagai jenis itu betul?)Menurut Kamus Dewan, pelbagai bermaksud beberapa jenis. Oleh itu, perkataan 'jenis' tidak perlu kerana 'pelbagai' telah membawa maksud tersebut.Makna15.04.2011
Tuan, Apakah jawapan untuk ayat di bawah ? 1. Fatimah ______________ rakan karibnya beberapa keping poskad ketika melancong ke Australia. a. mengirimkan b. mengirimi Terima kasih. Cik OngJawapan yang betul ialah "mengirimi".Tatabahasa07.11.2018

Kembali ke atas