Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pos.tur] | ڤوستور

Definisi : posisi atau sikap tubuh seseorang, ter­utamanya semasa duduk, berdiri dsb: ~ yg baik menonjolkan imej yg positif. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata postur


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
POSTUR

Postur ialah kedudukan tubuh seseorang ketika

berdiri atau duduk. Postur ditentukan oleh

keupayaan seseorang mengekalkan keseimbangan

terhadap daya graviti, yang menarik tubuh secara

berterusan ke bawah. Tindakan sesetengah otot

tertentu mengekalkan tubuh supaya tegak lurus.

Otot ini termasuk otot yang menahan belakang,

pinggul dan lutut daripada bengkok.

Disebabkan oleh tindakan tolak ansur dengan

tarikan graviti dan juga tindakan otot, maka postur

ialah keadaan yang dinamik dan sentiasa berubah.

UMUM 
SPINA

Spina ialah bahagian rangka yang menganjur ke

bawah di tengah belakang. Ia terdiri daripada satu

turus tulang yang dikenali sebagai vertebra. Spina

memainkan peranan yang penting dalam postur

dan pergerakan, dan ia juga melindungi korda

spina. Spina juga dikenali sebagai turus spina,

turus vertebra, atau tulang belakang. Haiwan yang

mempunyai spina dinamakan vertebrat.

UMUM 
KINESIKA

Kinesika ialah kajian saintifik tentang gerakan

tubuh yang terlibat semasa berkomunikasi,

terutama apabila gerakan itu mengiringi

percakapan. Gerakan ini meliputi gerak isyarat,

air muka, kelakuan mata dan postur.

UMUM 

Kembali ke atas