Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pos.tur] | ڤوستور

Definisi : posisi atau sikap tubuh seseorang, ter­utamanya semasa duduk, berdiri dsb: ~ yg baik menonjolkan imej yg positif. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata postur


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
postureposturKesenianDrama dan TeaterKeadaan tubuh seseorang pelakon mengikut kesesuaian peranan dan aksi yang dilakonkan. Contohnya, watak orang tua perlukan postur yang sedikit membongkok dan watak orang sombong memerlukan postur yang membusung dada.
postureposturKomunikasiKorporatKedudukan bahan sewaktu individu berada dalam keadaan duduk, berdiri, atau bergerak. Postur juga dilihat sebagai bahasa badan dalam proses komunikasi bukan lisan. Setiap kedudukan badan melambangkan minda atau sikap seseorang pada masa berkenaan. Kedudukan badan juga melambangkan keperibadian seseorang dalam proses komunikasi dengan khalayak. Sekiranya individu berada dalam keadaan badan yang tegak semasa duduk dan bahunya berkeadaan lurus, keadaan ini melambangkan individu tersebut bersedia untuk berinteraksi, menghormati khalayak, bersikap terbuka, dan bersungguh-sungguh dalam proses tersebut. Individu yang membongkokkan badan semasa duduk melambangkan sikap yang pasif, tidak serius, dan tidak berminat dengan kehadiran khalayak. Individu tersebut sukar mendapat kepercayaan daripada khalayak terhadap kebolehan dan kemampuannya. Individu yang mem- punyai kedudukan badan yang tegak dan tegap semasa berjalan dianggap sebagai seorang yang progresif, cekap, dan dinamik. Postur badan boleh menentukan keberkesanan proses komunikasi.
postural contractionpengecutan posturPerubatanTiadaKeadaan otot yang tegang dan mengesat untuk memelihara postur badan.
antigravity musclesotot antigravitiSains SukanBiomekanikOtot yang menentang daya graviti semasa postur badan dalam keadaan berdiri. Otot antigraviti berperanan dalam memastikan tubuh dalam keadaan tegak atau dalam keseimbangan postur. Contohnya, semasa dalam keadaan berdiri tegak, antara otot antigraviti yang terlibat ialah otot gastroknemius dan otot soleus (tumit), otot kuadriseps femoralis (paha) dan otot gluteus maksimus (pinggul).
anticipatory stabilizationpenstabilan antisipasiSains SukanBiomekanikPenyesuaian postur badan secara automatik yang menghasilkan pergerakan untuk menstabilkan sistem semasa antisipasi terhadap gangguan mekanikal yang berkaitan dengan pergerakan. Antisipasi bermaksud menduga pergerakan lawan dengan lebih awal. Contohnya, dalam perlawanan badminton, apabila pemain A melompat, maka pemain B perlu melakukan antisipasi, iaitu menduga lebih awal tindakan yang akan dilakukan oleh pemain A sama ada melakukan syot junam, smesy ke kiri atau ke kanan dan sebagainya. Dalam keadaan ini, postur badan perlu berada dalam keadaan yang betul dengan tindakan yang dilakukan, seperti kaki kanan dan tangan kanan ke hadapan.
postureposturBiologiFisiologiSikap atau kedudukan badan/tubuh.
sawhorse posturepostur kekudaVeterinarTiadaTiada
penguin posturepostur penguinVeterinarTiadaTiada
posturegaya diri; posturPendidikanTiadaTiada
posturegaya diri; posturPendidikanTiadaTiada
1234

Kembali ke atas