Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.tong] | ڤوتوڠ

Definisi : 1. kerat, penggal, hiris: beberapa ~ roti; 2. bp penjodoh bilangan utk baju (kain, seluar, bungkusan barang, dll): biasanya aku mendapat se~ baju drpd ibuku; 3. = memotong memenggal, mengerat; rumah ~ rumah (tempat) menyembelih lembu dll; tukang ~ a) orang yg memotong (menyembelih); b) tukang gunting rambut; c) tukang sunat, mudin; ~ ayam a) memotong (menyembelih) ayam; b) sj sumpah pd orang Cina; ~ leher a) memenggal leher; b) bp meletakkan harga yg terlalu tinggi (memeras); c) ki dgn sengaja mencari kesusahan (menghilangkan mata pencarian sendiri); ~ rambut menggunting rambut; ~ ramus sj guntingan rambut (laki­laki); ~ trip bp memotong giliran (peluang) orang; ~ wajik bentuk wajik yg dipotong menyerong; ~ hidung rosak muka prb membuat sesuatu yg tidak baik kpd keluarga sendiri akhirnya dia juga yg mendapat malu (kesusahan); berpotong dipotong: kain yg di dlm kotak itu masih belum ~; berpotong-potong berkerat-kerat, berpeng­gal-penggal; memotong 1. memutuskan sesuatu dgn pisau (gergaji dll), memenggal, mengerat; 2. menghiris (daging, ikan dll); 3. menebang (kayu, pokok dll); 4. menyembelih (binatang dll); 5. menggunting (rambut), memangkas; 6. menggunting (pakaian dll); 7. menuai (jagung, padi dll); 8. mengudungkan (tangan dll); 9. membedah (perut dll); 10. mengurangi (gaji, pendapatan dll); 11. memintasi (jalan, per­jalanan dll); 12. menyelang (percakapan, orang dll); 13. memendekkan (kata, nama dll); 14. menoreh (getah); potong-memotong 1. saling memotong (me­lintasi); 2. pekerjaan menggunting (pakaian); memotongkan 1. memotong utk orang, menyuruh memotong; 2. menggunakan pisau dll utk memotong, memotong dgn; 3. = memperpotongkan mengira-ngira dgn cara memotong gaji (pendapatan dll) yg akan diperoleh; memperpotongkan hutang piutang mengurangkan hutang piutang; terpotong dapat dipotong: sebatang kayu pun tidak ~ pd petang itu kerana mereka terlupa membawa gergaji; potongan 1. bahagian-bahagian kecil atau pendek yg didapati setelah memotong sesuatu yg (lebih) besar atau panjang, keratan, penggalan; 2. cara memotong baju (seluar dll), guntingan: ~ baju; 3. bentuk (muka, rumah dll): ~ badan; ~ muka; ~ rumah; 4. pengurangan gaji (harga dll): ~ gaji; 5. kependekan kata (nama dll); pemotongan 1. perbuatan memotong (me­ngerat, menggunting, memenggal dsb), penge­ratan, pemenggalan: jenayah curi yg membawa kpd hukuman ~ tangan; 2. penyembelihan; 3. pemintasan (jalan dll); 4. pengurangan (gaji, harga, dsb); pemotong 1. orang yg memotong; 2. alat utk memotong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.tong] | ڤوتوڠ

Definisi : 1 kepingan (ketul) benda yg telah dikerat: se~ daging; tiga ~ lemang. 2 bp memotong (memenggal, mengerat): ~ ayam menyembelih ayam; ~ jalan mendahului atau mengambil peluang orang lain. ~ leher a. memenggal leher. b. menjual barang-barang dgn harga yg tinggi. 3 ist tindakan memotong sebahagian drpd imej objek dlm grafik komputer. 4 ist tindakan mengeluarkan teks atau grafik drpd dokumen. ~ dan tampal kaedah memindahkan sebahagian teks atau grafik (komputer) dr suatu kedudukan ke kedudukan yg lain. ~ wajik bentuk spt bentuk wajik yg dipotong menyerong. memotong 1 memutuskan sesuatu dgn benda tajam; mengerat; memenggal: ~ kayu; ~ daging; ~ layang memotong sesuatu tipis-tipis. 2 menyembelih: ~ ayam. 3 membuat jadi berkurang; mengurangkan; memendekkan: Pihak majikan telah ~ gajinya RM60.00 kerana dia tidak datang bekerja tanpa cuti. 4 mendahului orang lain ketika berjalan dll; memintas: Jika kamu memandu kereta, jangan sekali-kali ~ di sebelah kiri. 5 menyelangi (percakapan orang); mencelah: Tidak baik ~ percakapan orang tua-tua. 6 menoreh getah. potongan 1 hasil drpd memotong; keratan. 2 cara sesuatu benda dipotong: baju ~ Barat. 3 bentuk sesuatu benda: ~ muka. 4 bahagian yg telah dipotong: ~ gaji. 5 jumlah wang (harga) yg dipotong drpd harga penuh (asal): ~ 20%. pemotongan perbuatan atau hal memotong. pemotong 1 alat yg digunakan utk memotong: pisau ~ kuih. 2 orang yg kerjanya memotong: ~ getah penoreh getah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
potong
Kata Terbitan : berpotong-potong, memotong, potongan, pemotongan, pemotong,

Puisi
 

Potong ara potong kelapa,
     Potong mari belakang mati;
Mabuk arak tidak mengapa,
     Mabukkan janda membawa mati.


Lihat selanjutnya...(8)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Elina menjual buah-buahan potong di kantin pada waktu rehat. Adakah perkataan buah-buahan potong itu salah? Apakah perkataan yang betul?Salam sejahtera,

Jawapan yang betul ialah Elina menjual buah-buahan yang dipotong-potong di kantin pada waktu rehat.
Tatabahasa14.05.2020
1. Saya potong kuku dengan pemotong kuku. 2. saya memotong kuku dengan pemotong kuku. mana satukah yang betul?Ayat yang gramatis ialah "Saya memotong kuku menggunakan/dengan pemotong kuku"Tatabahasa20.05.2013
1. mesin pemotong rumput atau mesin potong rumput?
Mengikut data kami, penggunaan istilah yang betul ialah mesin potong rumput.
Istilah09.02.2017
Dalam gambar menunjukkan seorang lelaki memotong rumput dengan mesin. Adakah ayat ini betul? (Ayah memesin rumput dengan mesin potong rumput) ataupun (Ayat memotong rumput dengan mesin potong rumput) Terima kasih.Pilihan ayat yang betul:
1. Ayah memesin rumput.
2. Ayah memotong rumput dengan mesin.
3. Ayah memotong rumput dengan mesin pemotong rumput.
Lain-lain18.07.2023
dialek kata-kata bersinonim dengan kata 'bawa' dan Kata 'potong'

Sinonim kata bawa = angkut, pikul, dukung, junjung, jinjing, jinjit, bimbit, kendong, galas, tanggung, angkat, usung (penggunaannya bergantung pada konteks ayat)

Sinonim kata potong =   kerat, penggal, hiris (penggunaannya bergantung pada konteks ayat)

Istilah05.04.2009
soalan 1 Apakah beza antara kerat, potong,belah,cencang,cincang,rambah,cantas,memangkas bolehkah terangkan satu persatu. soalan 2 Adakah ayat ini betul. a)Dia tengah sedap melayan rancangan televisyen b)Di jalan mana kemalangan itu berlaku,Pak Mat? c)Anas sudah boleh bertutur dengan jelas. d)Jambatan yang roboh itu sudah di bina semula. e)"Makanlah nasi itu,nanti dingin pula,"kata ibu.1. Kerat sama makna dengan potong atau penggal. Belah bermaksud pecad dua atau tiga dan sebagainya. Cincang sama dengan cencang, iaitu  tetak kecil-kecil atau halus-halus. Rambah bermaksud menebas atau menebang. Cantas sama dengan memangkas, iaitu memancung hujung dahan.
2. Ayat c, d dan e betul, walau bagaimanpun sila betulkan ejaan dibina (dalam ayat d).
Sastera03.07.2012
apakah perbezaan antara digraf dan konsonan bergabung? perkataan seperti kh, gh, ng, ny dan sy ialah digraf. jadi, perkataan seperti krim, drama, skor, klinik ialah konsonan bergabung. bagaimanakah pula dengan perkataan pisang, potong, kacang? terima kasih atas keprihatinan tuan menjawab soalan saya.Perkataan ng dalam pisang, potong dan kacang merupakan digraf.Tatabahasa26.06.2013
CUT AND BEND BARSPOTONG DAN BENGKOK BARIstilah21.01.2011
mana lebih tepat jika soalanya gambar orang potong sayur guna tangan pilihan yg diberi a. merincih b. menyiang
Menurut Kamus Dewan perkataan "merincih" ialah memotong atau mengerat kecil-kecil dan meracik manakala "menyiang" ialah membersihkan ikan (daging, sayur) sebelum dimasak. Kedua-dua jawapan yang diberikan betul tetapi "merincih" lebih sesuai untuk ayat tersebut.  
Tatabahasa07.09.2015
A. dua baris ayat yg tidak gramatis dalam karangan ini. B. dua potong ayat yg tidak gramatis dalam karangan ini. yang manakah betul? apakah perbezaan bagi "sebaris ayat" dan "sepotong ayat"? Terima kasih.Sebaris ayat lazimnya digunakan bagi menggambarkan deretan ayat dalam baris yang sama, manakala sepotong ayat bermaksud potongan ayat yang diambil sebahagian daripada keseluruhan ayat.Tatabahasa06.01.2013
123

Kembali ke atas