Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
potong
Kata Terbitan : berpotong-potong, memotong, potongan, pemotongan, pemotong,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berpenggal-penggal1. berkerat-kerat, ber­potong-potong; 2. terdiri drpd atau meliputi beberapa bahagian;Kamus Dewan Edisi Keempat
penggal1. kerat, potong: empat ~ tebu; 2. sebahagian drpd buku (kutipan cerita dll), bahagian, jilid; 3. bahagian drpd masa penga­jian setahun (di sekolah dll): cuti ~ pertama adalah pd bulan April; 4. = terpenggal: kepalanya gugur ke bumi, tubuhnya ~ dua; 5. Kl gagal, kecewa; berpenggal-penggal 1. berkerat-kerat, ber­potong-potong; 2. terdiri drpd atau meliputi beberapa bahagian; berpenggalan dikerat-kerat atau dipotong­-potong (kepalanya); memenggal 1. memotong, memancung, mengerat: ia menghunus pedangnya, menghampiri Militza dgn maksud hendak ~ lehernya; ~ lidah ki memotong percakapan orang, menyampuk; 2. membahagi dlm bahagian-bahagian (cerita dll); terpenggal sudah dipenggal, terpancung; penggalan 1. keratan, potongan; 2. bahagi­an (cerita dll); kasih bapa sepanjang jalan, kasih anak sepanjang ~ prb kasih anak kpd bapa tidak sama dgn kasih bapa kpd anak; pemenggalan perbuatan memenggal; pemenggal 1. orang yg memenggal (kepa­la); 2. alat utk memenggal (kepala).Kamus Dewan Edisi Keempat
dedes(dédés) I 1. potong (kerat, hiris) tipis-tipis (bkn daging dll); 2. Kl habis, kikis, licin; mendedes 1. memotong (mengerat, meng­hiris) tipis-tipis; 2. Kl menghabiskan (me­ngikis).Kamus Dewan Edisi Keempat
bergunting1. menyuruh potong (rambut) oleh tukang gunting: dia baru saja lepas ~; 2. dipotong dgn gunting: kain itu belum ~ lagi;Kamus Dewan Edisi Keempat
kerat I1. bahagian (drpd sesuatu), potong, penggal: tulang belakang tubuh manusia ada tiga puluh tiga ~ semuanya; se~ dawai sepotong dawai; tulang empat ~ anggota (kaki dgn tangan); (dgn) tulang delapan ~ (dgn) tubuh dan anggota sahaja; se~ jalan sebahagian jalan (belum sampai ke penghabis­an jalan atau perjalanan): kemenangan kita di Rusia ialah kemenangan se~ jalan; 2. (digunakan utk menegaskan sedikitnya bilang­annya): orang Melayu tidak harus berpuas hati dgn empat lima ~ sahaja yg berjaya dlm lapangan perniagaan; berapa ~ antara mereka itu yg benar-benar sanggup berkorban; berkerat telah atau sudah dikerat: batang ubi yg ~ itu diikatnya dlm dua berkas; ~ rotan memutuskan tali persahabatan (per­saudaraan); mengerat memotong, memenggal, meman­cung (kepala): maka dikerat pusatnya, dibedung dgn kain yg keemasan; dahan kayu itu dikeratnya menjadi beberapa potong; ~ batang padi; ~ kepala, ~ leher memenggal kepala; ~ lidah menyampuk atau menyelangi perkataan (per­cakapan) orang; terkerat terpotong (kayu, jari, dll), terpeng­gal (kepala), terhenti (percakapan, perbual­an) kerana sesuatu gangguan: banyak panglimanya mati ~ kepala mereka; percakapan mereka ~ oleh keriuhan di luar; keratan bahagian drpd sesuatu yg telah di­kerat, bahagian (drpd sesuatu), irisan, peng­galan, potongan: ~-~ kayu itu diikatnya dan dibawa pulang; syair lebih mementingkan keseragaman bunyi di hujung ~ perkataannya; ~ akhbar bahagian akhbar (biasanya yg mengandungi berita atau siaran tertentu) yg dipotong drpd sesuatu halaman surat khabar.Kamus Dewan Edisi Keempat
potong1. kerat, penggal, hiris: beberapa ~ roti; 2. bp penjodoh bilangan utk baju (kain, seluar, bungkusan barang, dll): biasanya aku mendapat se~ baju drpd ibuku; 3. = memotong memenggal, mengerat; rumah ~ rumah (tempat) menyembelih lembu dll; tukang ~ a) orang yg memotong (menyembelih); b) tukang gunting rambut; c) tukang sunat, mudin; ~ ayam a) memotong (menyembelih) ayam; b) sj sumpah pd orang Cina; ~ leher a) memenggal leher; b) bp meletakkan harga yg terlalu tinggi (memeras); c) ki dgn sengaja mencari kesusahan (menghilangkan mata pencarian sendiri); ~ rambut menggunting rambut; ~ ramus sj guntingan rambut (laki­laki); ~ trip bp memotong giliran (peluang) orang; ~ wajik bentuk wajik yg dipotong menyerong; ~ hidung rosak muka prb membuat sesuatu yg tidak baik kpd keluarga sendiri akhirnya dia juga yg mendapat malu (kesusahan); berpotong dipotong: kain yg di dlm kotak itu masih belum ~; berpotong-potong berkerat-kerat, berpeng­gal-penggal; memotong 1. memutuskan sesuatu dgn pisau (gergaji dll), memenggal, mengerat; 2. menghiris (daging, ikan dll); 3. menebang (kayu, pokok dll); 4. menyembelih (binatang dll); 5. menggunting (rambut), memangkas; 6. menggunting (pakaian dll); 7. menuai (jagung, padi dll); 8. mengudungkan (tangan dll); 9. membedah (perut dll); 10. mengurangi (gaji, pendapatan dll); 11. memintasi (jalan, per­jalanan dll); 12. menyelang (percakapan, orang dll); 13. memendekkan (kata, nama dll); 14. menoreh (getah); potong-memotong 1. saling memotong (me­lintasi); 2. pekerjaan menggunting (pakaian); memotongkan 1. memotong utk orang, menyuruh memotong; 2. menggunakan pisau dll utk memotong, memotong dgn; 3. = memperpotongkan mengira-ngira dgn cara memotong gaji (pendapatan dll) yg akan diperoleh; memperpotongkan hutang piutang mengurangkan hutang piutang; terpotong dapat dipotong: sebatang kayu pun tidak ~ pd petang itu kerana mereka terlupa membawa gergaji; potongan 1. bahagian-bahagian kecil atau pendek yg didapati setelah memotong sesuatu yg (lebih) besar atau panjang, keratan, penggalan; 2. cara memotong baju (seluar dll), guntingan: ~ baju; 3. bentuk (muka, rumah dll): ~ badan; ~ muka; ~ rumah; 4. pengurangan gaji (harga dll): ~ gaji; 5. kependekan kata (nama dll); pemotongan 1. perbuatan memotong (me­ngerat, menggunting, memenggal dsb), penge­ratan, pemenggalan: jenayah curi yg membawa kpd hukuman ~ tangan; 2. penyembelihan; 3. pemintasan (jalan dll); 4. pengurangan (gaji, harga, dsb); pemotong 1. orang yg memotong; 2. alat utk memotong.Kamus Dewan Edisi Keempat
potong-memotong1. saling memotong (me­lintasi); 2. pekerjaan menggunting (pakaian);Kamus Dewan Edisi Keempat
luka1. belah (cedera, lecet, pecah) pd kulit sebab kena potong, kena tembak, dll: ~nya sangat dalam; ~ parah luka yg sangat besar, luka yg sangat berbahaya; 2. mengalami cedera (pecah, lecet pd kulit) sebab kena potong, kena tembak, dll: tangannya ~ kena kaca; 3. ki sakit, pedih (perasaan) kerana kecewa: hatinya ~; ~ bakar Id luka sebab kena api; ~ hatinya = hatinya ~ ki sakit hatinya; ~ sudah hilang parutnya tinggal juga prb sungguhpun orang yg berselisih (berbantah) sudah berdamai kembali, keadaan berikut tidak akan spt keadaan sediakala; lain ~ lain menyiuk, lain sakit lain mengaduh prb orang lain yg membuat salah, orang lain yg berasa (susah dll); siapa ~ siapa menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh prb orang yg berasa ter­sindir, dialah yg membuat sesuatu yg disindir­kan itu; takkan serik ~ dimakan tajak, esok lusa ke bendang juga prb kesukaran dlm sesuatu pekerjaan tidak akan menghalangi seseorang mengerjakannya utk mencari nafkah; berlukaan sl mendapat luka-luka: kedelapan hulubalang itu bertetakan pedang dan ber­tikam tombak, seorang pun tiada ~; berluka-lukaan sl saling mendatangkan luka (pd lawannya dll): maka Bugis melawanlah lalu bertikam ~; melukai 1. mendatangkan luka pd; ~ musuh mendatangkan luka pd musuh; 2. = melukakan menyakiti (hati): sindiran yg ~ hati dihamburkan kepadanya; ~ hati menyakiti hati; kelukaan kedukaan kerana kecewa: kau begitu teguh menghadapi ~ dlm menjalani kehidupan.Kamus Dewan Edisi Keempat
potong1 kepingan (ketul) benda yg telah dikerat: se~ daging; tiga ~ lemang. 2 bp memotong (memenggal, mengerat): ~ ayam menyembelih ayam; ~ jalan mendahului atau mengambil peluang orang lain. ~ leher a. memenggal leher. b. menjual barang-barang dgn harga yg tinggi. 3 ist tindakan memotong sebahagian drpd imej objek dlm grafik komputer. 4 ist tindakan mengeluarkan teks atau grafik drpd dokumen. ~ dan tampal kaedah memindahkan sebahagian teks atau grafik (komputer) dr suatu kedudukan ke kedudukan yg lain. ~ wajik bentuk spt bentuk wajik yg dipotong menyerong. memotong 1 memutuskan sesuatu dgn benda tajam; mengerat; memenggal: ~ kayu; ~ daging; ~ layang memotong sesuatu tipis-tipis. 2 menyembelih: ~ ayam. 3 membuat jadi berkurang; mengurangkan; memendekkan: Pihak majikan telah ~ gajinya RM60.00 kerana dia tidak datang bekerja tanpa cuti. 4 mendahului orang lain ketika berjalan dll; memintas: Jika kamu memandu kereta, jangan sekali-kali ~ di sebelah kiri. 5 menyelangi (percakapan orang); mencelah: Tidak baik ~ percakapan orang tua-tua. 6 menoreh getah. potongan 1 hasil drpd memotong; keratan. 2 cara sesuatu benda dipotong: baju ~ Barat. 3 bentuk sesuatu benda: ~ muka. 4 bahagian yg telah dipotong: ~ gaji. 5 jumlah wang (harga) yg dipotong drpd harga penuh (asal): ~ 20%. pemotongan perbuatan atau hal memotong. pemotong 1 alat yg digunakan utk memotong: pisau ~ kuih. 2 orang yg kerjanya memotong: ~ getah penoreh getah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gunting1. alat utk memotong kain (rambut, kertas, dll) yg terdiri drpd dua bilah logam yg dirangkapkan; ~ babi sj perangkap babi yg menggunakan pisau; ~ tiket alat untuk menebuk lubang pd tiket; tukang ~ rambut tukang potong rambut; 2. bentuk atau potongan (baju, rambut, dll): baju ~ Cina; rambut ~ GI; spt ~ makan di hujung prb mencapai sesuatu dgn diam-diam; bergunting 1. menyuruh potong (rambut) oleh tukang gunting: dia baru saja lepas ~; 2. dipotong dgn gunting: kain itu belum ~ lagi; menggunting 1. memotong dgn gunting,memangkas (rambut dll); 2. Id menipu,mencatut;~ hati menyakitkan hati orang; ~ dlm lipatan prb membinasakan sahabat (bangsa dll)sendiri;mengguntingkan menggunting (kain dll)utk dijadikan sesuatu (baju dll): kalau ya kasihkan kami guntingkan awan sehelai baju; guntingan 1. hasil drpd menggunting, potongan (karangan, akhbar, buku, dll); 2.(Komp) gambar atau teks yg telah dipotong atau disalin oleh pengguna drpd dokumen yg sedia ada utk digunakan dlm lukisan atau dokumen lain;penggunting 1. orang yg menggunting; 2.alat utk menggunting.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas