Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.to.ngan] | ڤوتوڠن

Definisi : 1. bahagian-bahagian kecil atau pendek yg didapati setelah memotong sesuatu yg (lebih) besar atau panjang, keratan, penggalan; 2. cara memotong baju (seluar dll), guntingan: ~ baju; 3. bentuk (muka, rumah dll): ~ badan; ~ muka; ~ rumah; 4. pengurangan gaji (harga dll): ~ gaji; 5. kependekan kata (nama dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.to.ngan] | ڤوتوڠن

Definisi : 1 hasil drpd memotong; keratan. 2 cara sesuatu benda dipotong: baju ~ Barat. 3 bentuk sesuatu benda: ~ muka. 4 bahagian yg telah dipotong: ~ gaji. 5 jumlah wang (harga) yg dipotong drpd harga penuh (asal): ~ 20%. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
potong
Kata Terbitan : berpotong-potong, memotong, potongan, pemotongan, pemotong,

Peribahasa

Kasih bapa sepanjang jalan,
     kasih anak sepanjang penggalan.

Bermaksud :

Cinta kasih anak kepada bapa tidak seimbang dengan cinta kasih bapa kepada anak. penggalan = potongan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ujian

PERKATAANPADANANBIDANGHURAIAN
cross section  Potongan lurus sampel pada sudut tepat ke paksi. Keratan rentas sampel disediakan dengan menggunakan mikrotom yang berfungsi sebagai pemotong sampel bersaiz ultranipis.

Kembali ke atas