Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.to.ngan] | ڤوتوڠن

Definisi : 1. bahagian-bahagian kecil atau pendek yg didapati setelah memotong sesuatu yg (lebih) besar atau panjang, keratan, penggalan; 2. cara memotong baju (seluar dll), guntingan: ~ baju; 3. bentuk (muka, rumah dll): ~ badan; ~ muka; ~ rumah; 4. pengurangan gaji (harga dll): ~ gaji; 5. kependekan kata (nama dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.to.ngan] | ڤوتوڠن

Definisi : 1 hasil drpd memotong; keratan. 2 cara sesuatu benda dipotong: baju ~ Barat. 3 bentuk sesuatu benda: ~ muka. 4 bahagian yg telah dipotong: ~ gaji. 5 jumlah wang (harga) yg dipotong drpd harga penuh (asal): ~ 20%. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
potong
Kata Terbitan : berpotong-potong, memotong, potongan, pemotongan, pemotong,

Peribahasa

Kasih bapa sepanjang jalan,
     kasih anak sepanjang penggalan.

Bermaksud :

Cinta kasih anak kepada bapa tidak seimbang dengan cinta kasih bapa kepada anak. penggalan = potongan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
total incomejumlah pendapatanPentadbiran PerniagaanTiadaPendapatan terkumpul tolak potongan-potongan tertentu di bawah Akta Cukai Pendapatan seperti rugi larasan tahun semasa, belanja cari gali dan derma kepada institusi lulus.
DNA fragmentationfragmentasi DNABioinformatikBioinformatik MolekulPemotongan jujukan DNA yang besar, biasanya DNA kromosom kepada potongan-potongan DNA yang lebih kecil. Fragmentasi DNA berlaku secara spontan di dalam sel atau dilakukan secara in vitro. Fragmentasi DNA digunakan untuk membina perpustakaan DNA bagi pengklonan jujukan DNA.
bar cutpotongan barPerikananTiadaPotongan yang dibuat pada bahagian mata pukat, yang disebut kaki. Setiap mata pukat mempunyai empat kaki dan empat ikatan atau titik. Potongan yang dibuat pada setiap kaki disebut potongan kaki dan potongan yang dibuat pada setiap ikatan disebut potongan titik. Potongan ini dilakukan untuk membentuk pukat seperti yang dikehendaki. Contohnya, potongan bar untuk membuat keroncong pukat.
die cutpotongan acuan; potongan daduKejuruteraanTiadaPotongan yang menghasilkan bahan dengan cara menebuk kepingan bahan.
accelerated montagemontaj cepatKomunikasiTiadaMontaj yang memperlihatkan pergerakan atau perubahan visual yang berlaku dengan cepat apabila ditayangkan semula. Kaedah yang dilakukan untuk menghasilkan montaj cepat ialah dengan cara mencantumkan potongan-potongan visual pendek mengikut keperluan.
mirepoixmirepoix; potongan sembaranganPentadbiran PerniagaanTiada1. Mirepoix: Bahan daripada campuran bawang, lobak merah, lik, potongan saderi kasar sebagai perencah, perasa atau bau untuk kaldu dan sos. 2. Potongan sembarangan: Potongan sayur yang tidak seragam.
saddle clamppengapit pelanaKejuruteraanPetroleumSinonim : pengapit pembaik bocor Peranti mekanikal yang digunakan untuk memegang atau menahan potongan logam, misalnya potongan paip yang mempunyai kelengkungan yang sama supaya potongan logam-logam tersebut bersatu. Boleh juga digunakan sebagai pengedap sementara jika berlaku kebocoran terutamanya pada talian paip di permukaan.
diskaundiskaunMatematikTiadaPotongan harga barang jualan. Potongan harga biasanya ditentukan dengan menolak beberapa peratus daripada harga asal.
tournedosturnedosPentadbiran PerniagaanTiadaPotongan stik kecil daripada potongan tenderloin daging lembu.
cents-off promogalakan potongan hargaKomunikasiKorporatStragegi sokongan untuk meningkatkan pasaran barangan atau perkhidmatan. Strategi ini dilakukan dengan memberikan potongan harga terhadap barangan atau perkhidmatan untuk satu tempoh tertentu. Potongan harga terdapat dalam pelbagai bentuk seperti pakej potongan harga asas, jualan satu sen, tawaran percuma, atau pembayaran balik bukti pembelian asal. Contohnya, sebuah syarikat penerbangan yang membuat promosi penempahan tiket penerbangan ke sesuatu destinasi secara percuma. Walau bagaimanapun, sewaktu tiket ditempah pengguna perlu membuat bayaran untuk tiket penerbangan pulang pada harga sebenar. Ciri promosi ini adalah pelbagai dan menguntungkan pelanggan. Walau bagaimanapun, tempat promosi ini adalah sangat terbatas dari segi masa, hari, atau jenis barangan.
12345678910...

Kembali ke atas