Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
potong
Kata Terbitan : berpotong-potong, memotong, potongan, pemotongan, pemotong,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
A. Apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat-ayat berikut, tolong perbetulkan dan jelaskan mengapa ? 1. Zarina berasa kecewa kerana terpaksa memecahkan harapan keluarganya yang ingin melihatnya melanjutkan pelajaran di universiti. 2. 'Malaysia, di sini lahirnya sekeping cinta ' merupakan slogan Hari Kemerdekaan yang ke-57. 3. Lampin pakai campak keluaran syarikat Huggies menawarkan potongan harga yang menarik untuk setiap pembelian RM60.00 dan ke atas. 4. Encik Ali mengajar Geografi kepada murid-murid menengah atas. 5. Landasan konkrit projek Mass Rapid Transit yang sedang dalam proses pembinaan di Kilometer 10, Jalan Mewah menimbulkan kebimbangan pengguna jalan raya berikutan taraf keselamatannya yang kurang memuaskan. 6. Sempena jualan penghabisan stok di pasar raya itu, pemiliknya telah mengedarkan katalog baru kepada pembeli. 7. Hadiah kemenangan saya telah bertambah sebab saya memilih untuk menggunakan pembelian secara pukal. B. Bagaimana hendak tukarkan ayat tanya songsang kepada ayat tanya biasa bagi ayat berikut : 1. Bagaimanakah awak masuk ke rumah sedangkan awak lupa untuk membawa kunci ? C. Apakah peribahasa yang sesuai bagi kedua-dua ayat berikut ? 1. Pengadil bola keranjang itu dicemuh oleh penonton kerana bersikap _____________ ketika mengadili perlawanan. 2. Kehidupan keempat-empat anak yatim piatu di hujung kampung itu sungguh daif dan melarat umpama ________ . Terima kasih.1. Zarina merasa kecewa kerana menghampakan harapan keluarganya yang ingin melihatnya melanjutkan pelajaran di universiti. Ayat ini kurang tepat kerana penggunaan kata yang tidak tepat dalam konteks ayat tersebut. Untuk melihat penggunaan kata yang tepat, sila rujuk kamus atau layari laman web kami di www.prpm.dbp.gov.my. Ruang yang terhad ini tidak dapat menghuraikan satu demi satu kesalahan dan ayat selepas ini telah diperbaiki.
2. "Malaysia, di sini lahirnya sebuah cinta", merupakan slogan Hari Kemerdekaan yang ke-57.
3. Lampin pakai buang keluaran syarikat Huggies menawarkan potongan harga yang menarik untuk setiap pembelian RM60.00 dan ke atas.
4. Encik Ali mengajarkan Geografi kepada murid-murid menengah atas.
5. Landasan konkrit projek Mass Rapid Transit yang sedang dalam proses pembinaan di Kilometer 10, Jalan Mewah menimbulkan kebimbangan pengguna jalan raya berikutan tahap keselamatannya yang kurang memuaskan.
6. Bersempena dengan jualan penghabisan stok di pasar raya itu, pemiliknya telah mengedarkan katalog baru kepada pembeli.
7. Hadiah kemenangan saya telah bertambah kerana saya memilih untuk menggunakan pembelian secara pukal.

B. Bagaimanakah awak masuk ke rumah sedangkan awak lupa membawa kunci 

C. Sila rujuk penggunaan peribahasa yang sesuai dengan konteks ayat melalui laman web kami.
Tatabahasa23.09.2015
BETUL ATAU TIDAK PERKATAAN/AYAT MELELAPKAN BAYARAN? CONTOH DI BAWAH. 6.2 Adalah sentiasa dipersetujui oleh kedua-dua pihak bahawa cagaran yang dirujukkan di perenggan 6.1 di atas akan dikembalikan kepada Pengusaha tanpa apa-apa faedah selepas perjanjian ini ditamatkan dengan memuaskan dan tertakluk kepada potongan yang dibuat oleh Koperasi mengikut perjanjian ini. Adalah dipersetujui bahawa KKUiTMB berhak untuk melelapkan Bayaran Dahuluan jika perjanjian ini ditamatkan oleh sebab apa-apa perlanggaran syarat-syarat perjanjian ini oleh Pengusaha dan kelelapan deposit ini juga tidak akan menyekat Koperasi untuk menuntut kerugian atau gantirugi lain yang diakibatkan oleh Kontrak ini.Dalam bidang kewangan, perkataan melelapkan bayaran dalam ayat tersebut betul kerana berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, lelap bermaksud tidak dapat ditebus kembali kerana sudah lewat masanya (barang gadaian).

Mohon dibetulkan ejaan ganti rugi (dua perkataan).
Istilah15.04.2021
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Diespotting presses 2. Draw presses 3. Electroforming presses 4. Fixed Frame Straightening Presses 5. Flying Cut Off Presses 6. Four Post Guided Platen Presses Sekian, terima kasih.

Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. Diespotting Presses – Penekan Penumpuan Acuan
2. Draw Presses – Penekan Tarik
3. Electroforming Presses – Penekan Pengelektrobentukan
4. Fixed Frame Straightening Presses - Penekan Pelurusan Kerangka Tetap
5. Flying Cut Off Presses – Penekan Potongan Tepat
6. Four Post Guided Platen Presses – Penekan Platen Berpandu Empat Tiang

Istilah05.04.2016
salam..saya ingin bertanya,buku salina tidak diterbitkan lagi ke?sebab sudah lama saya mencari buku tersebut tapi masih tidak dapat.. 2)DPT patut wujudkan sistem kad keahlian kepada pelanggan DBP..dengan kad keahlian tersebut,DBP boleh buat jualan murah secara berperingkat sepertimana yang dibuat seperti pasaraya-pasaraya dan kedai-kedai buku yang lain..dengan adanya kad keahlian dan potongan harga untuk ahli,saya pasti minat membaca rakyat Malaysia semakin bertambah.. 3)tuliskan bilangan muka surat utk setiap buku yang dijual secara online sebab kalau tidak ditulis,agak sukar untuk mengagak ketebalan sesebuah karya.. diharapkan pihak DBP akan mempertimbang cadangan saya ini.. sekian,terima kasih...

Terima kasih kerana menggunakan talian khidmat bahasa DBP.

1) Untuk pengetahuan saudara buku Salina belum ada diterbitkan untuk edisi baru. Untuk membacanya saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu dan menjadi ahli RAKAN DEWAN.

2) Saudara boleh menjadi ahli RAKAN DEWAN dengan datang ke Pusat Dokumentasi Melayu DBP. Dengan keahlian ini secara automatik saudara akan dapat menggunakan kemudahan rujukan, penyelidikan dan pinjaman di Pusat Dokumentasi Melayu. Disamping itu dengan kad keahlian Rakan Dewan saudara akan menikmati diskaun sehinghga 25 peratus yang ditawarkan di mana-mana kedai Galeri Ilmu DBP di ibu pejabat, pejabat cawangan dan wilayah.

3) Jika saudara merujuk ke KATALOG AWAM ATAS TALIAN melalui sistem Pustaka, apabila saudara klik pada ikon TERPERINCI maka segala maklumat mengenai buku tersebut akan dipaparkan. Saiz buku, ketebalan buku dan lain-lain lagi.

Selamat Mencuba

Lain-lain03.12.2009
Jualan Hebat

Untuk semakan dan pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Sila layari laman web http://dbpsahbahasa.my/ atau datang ke kaunter di DBP Kuala Lumpur.1">

Sila betulkan POTONGAN SEHINGGA  50% tukar DISKAUN HINGGA 50%
Lain-lain05.06.2018
Assalamualaikum. Bolehkah DBP beri senarai lengkap perkataan yang berakhir denyan huruf 'e taling' seperti sate, tauge, wade, dan seterusnya? Susah kerana tiada fungsi pencarian rima akhir di PRPM untuk pembuatan pantun. Sepatutnya ada kerana pantun khazanah kita yang boleh dipermudah dengan adanya teknologi pencarian di PRPM.

Perkataan “sate”, “tauge”,“wade” dan “sake” yang berakhir dengan huruf e-taling ada ditunjukkan dalam PRPM seperti contoh di bawah:1">

1"> 

  1. (saté) sj makanan yg dibuat drpd potongan kecil daging yg dicucuk dan dipanggang (dimakan dgn kuah)1">
  2. /taugé/ kecambah kacang hijau dsb yg boleh dibuat sayur. 1">
  3. (wadé) sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal putih, berbentuk bulat dan berlubang di tengahnya.1">
  4. (saké) (Jepun) sj arak yg diperbuat drpd beras.1">

1"> 

Semua perkataan tersebut ditunjukkan penggunaan e-taling dalam kurungan atau diapitkan dengan tanda miring bagi pengguna mengetahui ritma akhir. Tuan/puan boleh mengetahui perkataan yang menggunakan e-taling apabila huraian disertakan dengan teks dalam kurungan atau diapitkan dengan tanda miring.  1">

Ejaan16.06.2019

Kembali ke atas